Kidal vs Kudung...

Selalu betul RKA tengok orang makan dan minum guna tangan kiri. Sedih rasa hati sebab bukan ke dah banyak kali diingatkan dengan hadith bawah nie...



(gambar ikhsan alkiram.net - tengkiu very big...)

Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya". Hadith riwayat Muslim


(terimakasih imam muda Firdaus MMC kerana forwardkan hadith nie...)

Pun begitu ada jugak yang kata, "Doh ambe memang kidal, nok wat guane...?"

RKA rasa itu bukan masalahnya... kidal ke tak kidal, makan dan minum kena pakai tangan kanan...! Itu kata Nabi dan sebagai umatnya kita kena patuh. Kena ikut. Kecuali la kalau kudung, takde tangan kanan...! Itu lain cerita...

Kalau kidal dijadikan alasan kenapa pulak orang tak kidal boleh istinjak (bersuci dari najis kecil) pakai tangan kiri...? Kenapa tak pakai tangan kanan...? Pokok pangkal ibu-bapa kena ajar anak sedari kecik. Biar la anak nak buat pekerjaan lain guna tangan kiri (andainya dia kidal) tapi makan dan minum ajar atau kalau perlu paksa pakai tangan kanan. Ajar anak ikut sunnah... Bagitau kat anak-anak "...ini Rasulullah S.A.W. yang suruh..." dan bukannya "...malu kat orang nanti...!!"

ALLAH SWT jadikan Rasulullah S.A.W. sebagai manusia, tapi bukanlah manusia biasa macam kita. Rasulullah S.A.W. manusia LUAR BIASA yang menjadi contoh kepada seluruh umat. KuburNya pun tidak pernah dan tidak akan dihinggapi lalat sebagaimana kubur-kubur orang lain... Sebegitu hebatnya Rasulullah S.A.W., masihkah kita mencari contoh ikutan (idola) yang lain selain dari Baginda...?


Hebat ALLAH...

JOM NYANYI - Satu Keluarga Islam...

(Ikut rentak lagu Air Pasang Pagi...)

Satu Keluarga Islam
Hantar anak sekolah agama
Satu kampung kutuk
Tanya besar nanti nak kerja apa...?!!

Satu Keluarga Islam
Tak tahan dikutuk, tak tahan dicerca
Tak sampai sebulan
Tarik anak masuk sekolah biasa

Satu Keluarga Islam
Hantar anak sekolah biasa
Dapat jimat belanja
Sebab sekolah Islam "mahal" yurannya...

Satu Keluarga Islam
Hantar anak sekolah biasa
Dapat jimat belanja
Cukup bulan tukar sport rim pula...

Satu Keluarga Islam
Anak belajar sampai pandai
Takde pelajaran agama
Buat mak-bapak macam keldai

Satu Keluarga Islam
Kurang pengetahuan agama
Bila Islam kena hina
Dia tak tahu nak buat apa...!

Satu Keluarga Islam
Boikot sana boikot sini
Konon tak nak beli sardin kedai kapir
Tapi si-kapir tu dah pakai Ferrari...!!!

Satu Keluarga Islam
Kalau hantar anak sekolah agama
Jangan kita kata
Jangan kita hina

Satu Keluarga Islam
Hantar anak sekolah agama
Besar nak kerja apa
Itu rezeki ALLAH punya kuasa

Satu Keluarga Islam
Hantar anak sekolah agama
Bila Nabi kena hina
Ada pelapis membela Baginda

Satu Keluarga Islam
Kalau cukup pelajaran agama
Bila Islam kena hina
Dia menangis bukannya ketawa

Satu Keluarga Islam
Kalau tak ada pelajaran agama
Satu Keluarga Islam
C U M A T I N G G A L N A M A . . . . . . . . . . .

Hujan... F.O.C...

"Gelap je... Nak hujan lagi la tu..." keluh seorang penjual air depan masjid tu beberapa minit sebelum azan zuhur dilaungkan. Dia menjeling ke arah RKA sambil mengharap simpati dan "sokongan" gayanya...
"Itu tanda ALLAH adil..." jawab RKA perlahan menyebabkan wajahnya tersenyum kelat. Agaknya kecewa sebab jawaban yang keluar tidak seperti yang dikehendaki. RKA tinggalkan dia dengan persoalan yang dia kena cari sendiri jawabannya... RKA tinggalkan dia bukan sebab RKA sombong... Dah azan, takkan nak sembang lagi...

Hujan......... Petanda ALLAH memang Maha Adil. Bukan setakat Maha Adil malah Maha Bijaksana dan Maha Penyayang...

Kalaulah hujan tak turun langsung macamana ekk...?
Kalau asyik hujan manjang macamana ekk...?
Kenapa ALLAH turunkan hujan dalam bentuk air ekk...?
Kalau hujan turun dalam bentuk batu-bata macamana ekk...?
Kalaulah hujan turun berkeping-keping macam plywood macamana pulak ekk..?

Toksah mengeluh. Toksah tamak. Bila hujan lebat turun air sirap kita orang tak beli. Orang beli pisang goreng kedai sebelah... Bila panas terik orang tak beli pisang goreng tapi beli air sirap kita... Bila cuaca suam-suam kuku pulak orang beli pisang goreng kedai sebelah sikit dan air sirap kita sikit...

Adil..?

Jawabannya ada dalam dada. Kita sebagai makhluk cuma perlu bersyukur atas segala apa yang DIA kurnia... Nak mengeluh apa, oksigen yang kita sedut dalam tidur dan jaga tu ALLAH bagi free je... Tak mintak bayaran pun...

Hebat ALLAH...

Sotong Hijau Terbesar Dunia Ada Di Malaysia...!

Seluruh dunia sekarang nie gempaq dengan "kehebatan" seekor sotong kurita dan burung serindit yang kononnya handal meramal pemenang piala dunia. (Hahahaaa... tergelak besar RKA mendengarnya). RKA harap kita tidak termakan dengan permainan Yahudi syaitan a.k.a. iblis nie. Kalau nak kira hebat sebenarnya kita lagi hebat. Sedar atau tidak kat Malaysia nie ada seekor sotong berwarna hijau terbesar di DUNIA dan sekarang ni berada di perairan Terengganu..!!! Nak jumpa dia bukan senang beb... RKA terpaksa naik chopper ke Platform Angsi A dulu, lepas tu naik bot pulak ke Angsi B, balik semula ke Angsi A sebelum diterbangkan ke FPSO Perintis, tidur satu malam kat situ dan keesokkan paginya terbang lagi dengan chopper untuk bertemu dengan SOTONG HIJAU TERBESAR DI DUNIA nie... jinak dah sotong nie sampaikan RKA ambik gambar pun dia tak usik... Lebih-kurang 4 jam di atas sotong tu kami pun terbang balik ke Kerteh sebelum terbang pulang ke office di KL... Kitorang terpaksa balik awal sebab manalah tau kalau-kalau dia "ngap" kitorang...
Sebenarnya itu adalah platform Sotong-A (unmanned platform) milik Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB) dan RKA ke sana untuk project mengubahsuai skid beam atas platform tu... Walaupun cuma 6 hari di Angsi A, Angsi B, FPSO Perintis dan beberapa jam di atas sotong hijau macam-macam keindahan alam dapat RKA saksikan...
Hebat... Hebat.... Hebat ALLAH...

Pak Sheikh...

Dekat sebulan tak jumpa Pak Sheikh... bermakna dekat sebulan jugalah RKA breakfast sorang2 tanpa mendengar tazkirah free dari Pak Sheikh (nama timang-timangan seorang sahabat RKA kat ofis, merangkap imam ofis). Pak Sheikh baru balik dari Syria dan insyaALLAH pertengahan bulan ni akan ke sana lagi bagi menyambung tugas yang masih berbaki… Alhamdulillah pagi nie, sambil pekena nasi goreng yang ditapau dari cafe Tabung Haji kat bawah tu, RKA dijamu lagi dengan tazkirah pagi yang pendek tapi cukup mengesankan dari Pak Sheikh… Di akhir kalam tazkirah pendeknya tu Pak Sheikh tanya RKA secara berseloroh, "Pernah tengok kucing pergi kursus memancing atau menjala?" Tak ada jawab RKA pendek... "Macamana kadang2 ikan kembung, kadang2 ikan tenggiri yang kat tengah laut tu boleh jadi habuan dia...?" RKA diam sebab RKA tau Pak Sheikh akan jawabkan untuk RKA... "Itu nak menunjukkan bahawa rezeki bukan datang dari kita tapi dari ALLAH SWT... Semuanya atas kehendak dan ketentuan DIA..."

Teringat masa ke offshore di perairan Sarawak dengan Pak Sheikh beberapa musim dulu… Dari KLIA airport sampai la atas platform kat tengah laut tu, RKA dihidangkan dengan tazkirah yang mengingatkan RKA tentang kebesaran ALLAH SWT dan kesedaran betapa kerdilnya kita sebagai makhluk ciptaanNYA…

Alhamdulillah … Terimakasih ALLAH… kerana menemukan RKA dengan Pak Sheikh...



Hebat ALLAH...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.