Cerita Laut 2 - Ikan Oh Ikan Kenapa Engkau Timbul?

Entry ni saja nak usik-usik THJ Al-Lavendari (http://al-lavendari.blogspot.com)
Jejak je kaki atas platform mata RKA dah mula terintai-intai gerombolan ikan yang bermain-main kat celah-celah jacket leg (kaki pelantar) tu. Bermacam-macam jenis dan saiz...
Bermacam warna dan rupa...
RKA memang suka sangat tengok ikan... sebab...

dalam ikan ada keindahan alam...

dalam ikan ada kesempurnaan ciptaan...

dalam ikan ada kebesaran Tuhan...

Kawanan ikan berebut makanan yang kami campakkan kat tepi bot...
o

Platform adalah kawasan larangan memancing...! (Harap THJ Al-Lavendari tidak kecewa dgn kenyataan ini...hihii) 500m radius atau 1000m diameter dari pusat platform kita sama sekali dilarang memancing...!! Mulanya RKA pun kurang puas hati sebab punya la banyak ikan kat bawah tu (besau-besau pulak tu...) tapi tak boleh dipancing...! (hiii... geram mak...!!) Tapi setelah diberi penerangan baru la RKA faham kenapa dan mengapa...
o

Ikan apa entah... ikan cermin kot...?

Yellow Fin Tuna berkeliaran mencari mangsa...

Anak kembong, emak kembong, bapak kembong semuanya ada... kalau pakai apollo 10 mata insyaALLAH patah joran Silstar RKA nie...
(ikan kombong masak lomak campur pucuk rozel pun sodap...)
o
Spesis ikan yang melanggar Singapura pun ada kat sini...

Kat pasar pun ado...!!
Ikan todak pasar Kota Kinabalu... ikan yang bersubahat melanggar Singapura... (iye ke...?)
o
Antaranya ialah mata kail yang terputus boleh membahayakan penyelam ketika membuat kerja-kerja di dasar laut (underwater welding and etc...) Dan lagi satu, ikan-ikan di situ tercemar (sila lihat komen), sangat membahayakan kesihatan dan sudah pasti tidak selamat untuk di makan... (itu la pasal...)
o


Kelihatan Tuan Haji Ahmad Nordin, Zaharin Bohari dan Pyan sedang main jeling-jeling mata dengan ikan dan udang harimau...

o

Jadi untuk keselamatan semua pihak, sebelum balik tu singgah je la ke pasar-pasar terdekat... contoh macam kat Pasar Kota Kinabalu nie... Segar pun segar... Murah pun murah... (murah ke...?)

Belilah sikit sebagai buah tangan untuk anak-anak dan isteri yang menanti di rumah tu...

asyik beli T-shirt jer...

Cerita Laut 1 - Rindu Nak Ke Laut...

D35 Complex Bintulu Sarawak

Tengok SO bahagi-bahagikan coverall pagi tadi baru RKA teringat, masuk hari ni dah hampir setahun RKA tak ke laut. Rindu pulak rasanya... Dulu masa kat MMC O&G rajin jugak RKA ke laut. Pantang lesen hidup je mesti kena ke laut… Sesekali ke laut best jugak cuma yang lotihnya bila balik office kena buat site visit report dan mengadap kerja bertimbun yang ditinggalkan sepekan... (dah tanggungjawab kenalah buat... ujian ALLAH semua tu RKA...)

Merakam gambar kenangan bersama seorang client selepas mendarat di Miri Helibase

Platform pertama yang RKA pergi ialah D35 Complex di perairan Sarawak pada tahun 2006. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit dari Miri Helibase. First time naik chopper rasa teruja campur gementar (tapi bila dah selalu ke laut rasa macam naik bas SKS KL- Seremban la pulak...hehee) Sampai kat platform, selepas safety briefing kami akan dibawa ke bilik penginapan dan dibekalkan sehelai tuala mandi dan sebuku sabun mandi (yang lain-lain kena la bawak sendiri... ni bukan hotel tau...)

St. Joseph Platform - Kota Belut Sabah

Sebenarnya kerja kat offshore lebih kurang sama je macam kat darat cuma bezanya kat sana dikelilingi air laut yang cantik membiru. Dan yang bestnya kami tak perlu masak, basuh baju dan kemas tempat tidur sebab ada orang yang tolong kemas... Kat sana makan 6 kali sehari tapi sebenarnya kami bebas nak makan dan minum bila-bila masa (selagi tidak memudaratkan kesihatan...) (Cerita fasal makan akan diceritakan dalam episode Cerita Laut yang selanjutnya...insyaALLAH). Rakan sekerja di sana semuanya baik-baik belaka, peramah dan ringan tulang...

Discuss kat hotel sebelum berangkat ke laut keesokan harinya...

Berehat sambil berdiscuss - kali ni atas platform pulak...
(discuss lagi... bila nak kerja...?)


Gambar kenangan sebelum memulakan kerja di atas platform
(bergambar lagi..? bila nak discuss...?)

Gambar kenangan atas bot Broncos Firdaus 1 dalam perjalanan pulang ke darat (aik.. dah balik...? kerja dah siap ke...?)

Gambar kenangan atas helideck sebelum terbang pulang ke helibase dengan chopper (Sweet Melissa)
(Laa... bergambar lagi... bila nak balik...?)
Ada platform yang suraunya cantik dan sempurna seperti di D35Q-A, Angsi A dan Tapis-D Living Quarters…

Seorang sahabat (Iwan Safian) sedang solat di surau Tapis-D...
Wajah sejadah di salah sebuah satelite platform - tindih dengan air kotak dan angle bar...

Tak kurang juga yang tak de surau langsung (biasanya satelite/unmanned platform). Nak solat pandai-pandailah arrange sendiri… tindihlah sejadah tu dengan apa-apa pemberat supaya tak terbang ditiup angin…
hendak seribu daya…
apa masalahnya...?




Kuah Dah Tumpah Ke Nasi...

Keratan majalah yang tertera lukisan Muhammad sebagai pemenang (lower left corner)...
o
Peristiwa lama berulang kembali...? (atau kah "diteruskan kembali...?").

Masa RKA sekolah rendah (darjah 5) SKSC kat kampung dulu RKA pernah dapat tempat ketiga dalam pertandingan melukis seluruh daerah BP sempena kempen Keselamatan Jalanraya Peringkat Daerah. Manakala Suhana Ramlan (darjah 6) dapat tempat kelima. Bangga rasanya bila nama terpampang dalam akhbar Mingguan Pelajar masa tu.

Tak lama lepas tu cikgu bawak kami ke bandar BP untuk ambik hadiah. Sampai BP, RKA tengok ramai orang dah tunggu dengan kamera bergantung kat leher dan masing-masing menghulurkan salam dan mengucapkan "tahniah" kepada kami...(tahniah...? apa tu...? kuih ke...?)... Ohh, wartawan rupanya, manalah RKA tahu sebab itulah kali pertama jumpa wartawan dan itulah kali pertama dengar orang ucap tahniah... (kalau congratulation tu RKA tahu la...heheee)

RKA dapat pinggan chrome yang terukir nama RKA dan sekolah RKA di tengahnya... (hidung kembang semacam je... rasa macam satu dunia baca akhbar tu... hehee...)

Lukisan yang membawa kejayaan Muhammad...(dan mengembangkan lagi hidung abahnya yang memang dah sedia kembang...)

o

Tapi itu dulu... beberapa tahun dulu...
o
Semalam RKA dapat call dari zaujah RKA, 'Cheputeh Kuntum' katanya Muhammad dapat tempat pertama Peraduan Mewarna Petrosains Julai 2010 bagi kategori 7-10 tahun yang baru disiarkan keputusannya dalam sebuah majalah pelajar terpopular Malaysia, keluaran September. InsyaALLAH antara hadiah yang bakal Muhammad terima ialah keahlian percuma Petrosains dan beberapa hadiah sampingan.
o
"Hari ini saya bertuah betul la mak..." kata Muhammad kat emaknya masa on the way balik sekolah...
"Kenapa adik cakap macam tu...?"
"Iye la... peraduan mewarna saya dapat first place, Tafsir pulak saya dapat A..."
o
(Syukur alhamdulillah... ujian ALLAH semua tu, Dik...)
o
RKA bukannya apa, cuma nak bagi anak-anak seronok dan secara tak langsung menanam semangat membaca dan membina keyakinan serta jati diri dalam jiwa mereka...
o
o

Nota kaki: Ke mana tumpahnya nasik kalau tak ke lantai... tak apa, kalau ada rezeki insyaALLAH weekend ni abah belanja kat tempat yang adik cakap hari tu... insyaALLAH...

o
o

Antara Hanyir dan Airmata...

Baju raya rekaan RKA khas buat puteri RKA (RPNF) dan isteri RKA, Noin @ Cheputeh Kuntum...
Pemandangan depan rumah mak mentua RKA di Kodiang (Looking East). Kelihatan keretapi meluncur laju dari Arau menuju ke arah selatan...
o
Aidilfitri yang baru lepas nie RKA start cuti dari Rabu (8hb) sampai Selasa (14hb)... Hari Rabu (15hb) masuk kerja balik... lepas tu sambung cuti lagi dari Khamis (16hb) sampai la Ahad (19hb)... Hampir 2 minggu tak menulis, malasnya rasa nak menaip... (banyak sangat makan kuih raya kot...!!)

Rka sambut Aidilfitri kat Kedah lagi tahun nie. Dan sememangnya sejak bonda tercinta pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya pada 2001, RKA sambut Aidilfitri menumpang kasih kedua mentua RKA (Pak Lang Cin dan Mak Lang Yah) di Kampung Paya Ghosthill, Kodiang, Kedah sehinggalah sekarang. Bukan tak nak berhari raya dengan adik beradik kat JB tu... lain sangat rasanya berhari raya tanpa emak dan abah sendiri...


Rasa sunyi - tapi tak tahu di mana sunyinya...
Rasa kehilangan - tapi tak tahu apa dan kat mana nak cari...

Lagipun RKA sebenarnya tak mahu ganggu diorang.. Masing-masing ada keluarga sendiri... Ada anak dan ada yang dah bercucu pun... (RKA rasa daripada diorang layan RKA lebih baik diorang layan anak-cucu sendiri...kan...?) Walaupun dah lama tak beraya di JB namun pusara arwah emak dan abah di Tanah Perkuburan Islam Bukit Alif, Johor Bahru tu tak pernah RKA lupakan...

Selalu jugak RKA sekeluarga ziarahi bila ada ruang...
Mencabut semalu dan mencantas akar lalang...
Yang sentiasa meloloskan diri bila ada peluang...


RKA bertolak dari Seremban menuju ke utara pukul 1.40 pagi Khamis ikut LEKAS Highway yang bermula betul-betul di hujung taman perumahan yang RKA duduki sekarang. Alhamdulillah perjalanan lancar sebelum tersangkut dalam jam panjang berjela beberapa km dari Tapah. Ada lori ikan terbalik rupanya... (siapa sangka ikan yang pada awalnya berenang bebas di lautan boleh mati tergolek atas highway... semua tu urusan ALLAH SWT...... Hebat ALLAH...)

RKA keluar ke pekan Tapah untuk bersahur dan bersolat subuh kat masjid Tapah... (lupa pulak nama masjid tu...). Lepas tu zaujah (wife) RKA sambung drive sampai RnR Gunung Semanggul sebelum menyerahkan "baton" kepada RKA untuk memandu terus ke Kodiang Kedah Darulaman... Alhamdulillah kami selamat sampai kat kampung +-9.30 pagi.

Pemandangan belakang rumah mentua RKA (Looking West). Gambar ini menjadi latar belakang karya RKA yang diberi tajuk "JASA BONDA" di http://rka-algharyzah.blogspot.com/

Malam raya seperti biasa RKA ikut pak mentua bertakbir di surau Wa Noh. Kali ini RKA bawak Muhammad (hero RKA) sekali sebab RKA rasa Muhammad sudah cukup berakal untuk sama-sama bertakbir dan menghayati kemenangan berjuang melawan nafsu sepanjang Ramadhan. Tapi malam itu Muhammad kecundang dan terlentuk tidur sebelum sempat takbir selesai dilaungkan...

Agaknya jenuh menempuh perjalanan yang panjang...
Dan letih bermain dengan sepupu dan kawan-kawan di sepanjang siang...

Pagi raya tu, setelah selesai bersolat sunat Aidilfitri RKA tengok Muhammad antara yang paling depan beratur untuk dapatkan duit raya dari pakcik-pakcik dan tokwan-tokwannya kat sana. Sementara RPNF (puteri RKA) dan "Cheputeh Kuntum" (zaujah RKA) bergaya dengan baju raya rekaan kami sendiri... Lepas tu kami terus menziarahi pusara ninda-ninda sebelah zaujah RKA di belakang Masjid Kampung Kandih dan seterusnya beraya ke rumah saudara-mara terdekat...

Haruan, keli, sepat benua dan puyu yang menjadi mangsa kami di pagi raya ketiga...!

Aktiviti RKA berubah secara total di hari raya ketiga...!! Dari beraya rumah ke rumah berubah ke petak sawah yang sedia menunggu si haruan, keli, sepat benua dan puyu... Seawal 7.30 pagi RKA bersama Sarjan Aziz dan anak-anaknya Azim, Alif, Shaq, Aswari (anak Pakteh Tot) dan Muhammad turun ke sawah menyerkap ikan. Sementara RPNF dan Cheputeh Kuntum, Edah dan suaminya Syawal (paktam dan maktam) serta Mak Lin (isteri Pakteh Tot) datang menyusul dengan berkereta melalui "jalan darat"... Dari jauh RKA tengok pak mentua RKA tersenyum di atas kapcai antiknya melihat gelagat anak-cucu kelam-kelibut mengejar ikan di celah-celah lopak air yang dipenuhi jerami atas sawah yang baru dituai...

Kambing panggang menunggu masa untuk di ngap...!
o
Lebih kurang pukul 11.30 pagi kami balik dengan ikan setengah karung. Ingatkan nak rehat tapi belum sempat melabuhkan punggung terdengar sayup-sayup merdu suara sang kambing mengembek (key - D minor)... Mano pulak datang'ea soro kambing nie...?! Ooohoo... rupa-rupanya mak & pak mentua RKA dah standby 2 ekor kambing sebagai melahirkan rasa gembira mereka berdua. Mana tidaknya, untuk pertama kalinya tahun ini kesemua anak-anak pulang berhari raya di kampung... (Alahai... belum hilang hanyir haruan terpaksa mengadap hamis kambing la pulak...hehee...) Petang tu, 2 ekor kambing (BBQ la apo laei...), 2 ekor ayam selasih, beberapa ekor ayam kampung dan puyuh daging (yang Paksu Lan bela... kitorang makan je...hehee...) menjadi hidangan untuk kenduri kesyukuran menyambut anak-menantu serta cucu-cucu balik...!!
o
Keceriaan tak habis di situ... malamnya setelah selesai majlis kenduri kesyukuran kami disaji pulak dengan tazkirah pendek dan soal-jawab agama oleh pak mentua RKA yang juga imam di kampung tu. Alhamdulillah, walaupun pendek namun banyak juga ilmu yang RKA dapat hasil dari tazkirah ringkas tu...
o
Namun disebalik keceriaan dan gelak-tawa sepanjang Aidilfitri, RKA tetap tidak dapat menyembunyikan rasa hiba yang sentiasa bermain di hati...
Antara keseronokan melayan hanyir haruan dan hamisnya kambing tidak dapat melenyapkan airmata RKA setiap kali mendengar suara takbir bergema, tanpa kelibat suara dan wajah ayahnda dan ibunda tercinta...
o
alfatihah buat emak dan abah...

o

SANGAT PENTING...!! Tips Pulang Berhari Raya Di Kampung...

Selain tips-tips biasa (tips keselamatan jalanraya, larangan bermain mercun dan lain2...) bersempena menjelangnya Syawal yang mulia ini, RKA ada 3 lagi tips yang selalu kita terlepas pandang bila balik berhari raya bersama-sama adik-beradik serta saudara-mara di kampung.

1) Tak payahlah membeli sangat...
Seronok sungguh merai orang kampung...! Biasa la... setahun tak jumpa, sesekali balik kampung kita biasanya seronok nak rai saudara-mara dengan pelbagai jenis makanan. Leka belikan itu dan ini sedangkan adik-beradik yang lain pun membeli sakan jugak...! Kesudahannya makanan tu takde siapa nak makan dan akhirnya "...Dipersilakan ke longkang...!!" sepatah kata S. Samsudin (dalam filem Seniman Bujang Lapok...)

Orang kat kampung tu kalau kita tak balik pun diaorang makan jugak, bukannya tak makan (...heheee...) Jadi tak payahlah membeli sangat. Elakkanlah pembaziran kerana membazir itu amalan Red Devil...

2) Bawa berita gembira...
Tinggalkan masalah kita kat rumah. Jangan bawak ke kampung. Emak-abah bukannya sihat sangat dan bersedia nak dengar masalah kita. Dari kita kecik mereka tanggung masalah kita takkan dah besau panjang pun mereka nak tanggung lagi. Kita dah cukup dewasa (dah tua pun sebenarnya...) untuk menanggung masalah kita sendiri... Jadi hidanglah kepada mereka berita gumbira dan bukannya berita duka yang bakal membengkakkan hati mereka setelah kita balik ke rumah kita sendiri nanti...

3) Jauhi mengumpat...!
Ini satu lagi perkara yang sangat-sangat-sangat-sangat kita kena jauhi. Lama tak jumpa pelbagai cerita nak dikongsi dan dalam tak sedar keburukan dan keaiban serta rahsia rumahtangga adik-beradik sendiri jadi perbualan (gossip). Habis cerita luar dan dalam kelambu dijadikan bahan umpatan. Biasanya yang teruk jadi mangsa adalah adik-beradik yang tak berpeluang balik kampung tahun tu...! Yang tak berkesempatan membela diri semasa diumpat...!!! Segala keburukan adik-beradik kita akan terpahat dalam hati pasangan masing-masing dan terpatri di hati anak-anak kita yang mendengar... Ini secara tidak langsung akan membibitkan perasaan benci dan hilang rasa hormat di hati pasangan serta anak-anak kita terhadap adik-beradik yang kita umpat itu, sedangkan kebenaran cerita tu belum tentu lagi sahihnya... Sesekali balik kampung kita sepatutnya mengeratkan silaturrahim bukannya memecah-belahkan adik-beradik sedarah-sedaging kita... Rahsiakan dan simpanlah aib mereka, semoga ALLAH SWT sorokkan keaiban kita di akhirat nanti. Amin

Itulah serba sedikit tips berhari raya di kampung yang ingin RKA kongsikan bersama pembaca. Semoga ALLAH SWT beri kita taufiq dan hidayahNYA kepada kita semua untuk tidak melakukan dosa dan perkara sia-sia di Syawal yang mulia ini...
Wallahualam...


Selamat Hari Raya Ampun Maaf Zahir Dan Batin.

RKA - Aidilfitri Poetry 2010

R. Muhammad Al-Baihaqi dan kakaknya tersenyum simpul...
tak sabar nak balik kampung la tu...
o
Rajab, Syaaban berpuasa sunat
teRKAbul doa di hujung Ramadhan
ALLAH dan Rasul sentiasa diingat
beRKAt dan rahmat jadi balasan
o
bulan Ramadhan peRKAyakan ibadah
tiba Syawal takbir bersama
tarawih, tadarus peRKAsakan akidah
semoga diterima ALLAH Yang Esa
o
manis bibir delima meRKAh
senyum terukir di Aidilfitri
beRKAsih semusim di Syawal terpisah
waRKAh dan email pengganti diri
o
beRKAyu meranti berpapan keruing
buat mengalas pelantar minyak
berbaju labuci beRKAsut bersamping
menggalas kemaafan dosa sejambak...
o
sepuluh jari lentik tersusun
beRKAki ayam meniti batasan
RKA sekeluarga memohon ampun
makan dan minum minta halalkan
o
dingin Syawal subuh beRKAbus
kayu sebeRKAs ditimpa embun
dosa yang lama harap terhapus
silap yang lepas harap terampun...
o

Salam Ramadhan Al-Mubarak dan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
mohon ampun dan maaf zahir dan batin
dari kami sekeluarga...
o
RKA - Johor
Noin - Kedah
R.P.N.F - Perlis
R. Muhammad Al-Baihaqi - Nogori Sembilan


TEKAD PENUH MUSLIHAT...!

(Gambar ikhsan Google)

Engkau sering bertekad
Untuk menambahkan ibadat
Engkau rukuq, engkau sujud mengadap qiblat
Namun tekadmu penuh muslihat...!

Lima waktu engkau bersolat
Di rumah atau di pejabat
Tekadmu penuh muslihat
Mengaburi mata setiap yang melihat...
Sembangmu menyala-nyala
Cerita fasal hukum debat fasal agama
Menutup sumbangmu yang berleluasa
Di belakang mata-mata manusia

Tiba waktu 'Asar
Engkau panjat mimbar
Engkau laungkan seruan azan
Dengan harapan mendapat pujian
Tapi engkau tak perlu gusar...
Bukan orang tahu nawaitu mu yang sering tersasar
Laungkanlah azan
manalah tahu nanti dapat imbuhan
Untuk menambahkan pendapatan...

Engkau bertekad lagi
Untuk menambah muslihat
Salam mu mengambil syarat
Puasa mu mengikut adat
Solat mu khusyuknya mengikut tempat
Di depan mertua kau jelaskan mahraj
Di belakangnya Basmallah pun tak sempat...!!!

Ingatlah... ada yang mencatat..!!
Segala tekadmu yang penuh muslihat
Perbetul nawaitu mu agar terselamat
Dari api di tujuh peringkat
Yang sentiasa menjilat
Kayu-kayunya dari insan yang terlaknat...!


RKA
7hb Mac 2003



 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.