"Sekarang nie lagi pulok payoh jage anok perempuang...!" kata Ustaz Azhar dalam satu ceramah beliau di Surau Ladang, Terengganu. "Jangang buak lebih kurang dengang anok perempuang sekarang. Ibu-ibu akhir zamang le nie tidak ada rase bernilai dengang anok dia... Kalu nok kira cerdik, cerdik lagi berok... Tengok berok beranok kecik, cuba kita ambik anok dia...! Kalu dok dang labu betih, atas tengkok...!! Dok kira ketua kampong ke, wakil rakyat ke kalau ambik anok berok memang emok dia cerabah, kekoh selalu...!!! Tapi anok orang Islam akhir zamang le nie, motosikal mari ambik beng (van) mari hantor... Lori minyok mari ambik kereta giling mari hantor...!!! Teruk perangai ibu-bapok hok mengaku Islam le nie dari berok-berok hok naik nyiur...! Ibu Berok Mithali
"Sekarang nie lagi pulok payoh jage anok perempuang...!" kata Ustaz Azhar dalam satu ceramah beliau di Surau Ladang, Terengganu. "Jangang buak lebih kurang dengang anok perempuang sekarang. Ibu-ibu akhir zamang le nie tidak ada rase bernilai dengang anok dia... Kalu nok kira cerdik, cerdik lagi berok... Tengok berok beranok kecik, cuba kita ambik anok dia...! Kalu dok dang labu betih, atas tengkok...!! Dok kira ketua kampong ke, wakil rakyat ke kalau ambik anok berok memang emok dia cerabah, kekoh selalu...!!! Tapi anok orang Islam akhir zamang le nie, motosikal mari ambik beng (van) mari hantor... Lori minyok mari ambik kereta giling mari hantor...!!! Teruk perangai ibu-bapok hok mengaku Islam le nie dari berok-berok hok naik nyiur...! Aku Ingin Pulang...
Ke mana pun aku pergi bayang-bayangmu mengejar...Bersembunyi di mana pun selalu engkau terbungkam!
Aku merasa letih dan ingin sendiri...
Bertanya pada siapa, tak ada yang menjawab
Sebab semua peristiwa hanya di rongga dada...
Permulaan yang panjang dalam kesunyian...
Aku mencari jawaban di mana
Ku sedar langkah menyusuri pantai
Aku terasa mendengar suara
Menutupi jalan, menghentikan pertualangan...
Ke mana pun aku pergi selalu terbawa-bawa
Perasaan yang bersalah datang menghantuiku
Masih mungkinkah PintuMu ku buka...?
Dengan kunci yang pernahku patahkan...!
Lihatlah... aku terkapar dan luka
Dengarkanlah jeritan dari dalam jiwa...
AKU INGIN PULANG.....................
BELAJAR atau BELAYAR...?
Jangan sesekali permain hukum ALLAH SWT... Dia ALLAH, kita sapa..? Cuma makhluk maha lemah yang hidup atas belas-ikhsanNYA... Kena ekzos honda cup pun kita dah meraung inikan pula neraka jahannam...! Kita orang Islam. kalau bukan kita menaikkan martabat Islam siapa lagi...? RKA nak ingatkan diri RKA sendiri dan share dgn semua satu pepatah Arab yang berbunyi...
"Kalau kamu tidak alim hendaklah kamu BELAJAR... jika tidak ada orang alim (guru) hendaklah kamu BELAYAR..."
19 Huruf Yang Hebat...
Itulah HEBATNYA Islam & sebagai org Islam kita mesti bangga & bersyukur kerana mewarisi agama TERHEBAT ini...
Masih Bertemu Matahari...
RKA mc 2 hari sbb jatuh motor langgar lopak air kira-kira 3 km dari hentian Seremban masa otw balik kerja mlm smlm. Waktu tu hujan agak lebat. RKA potong sebuah lori ikut laluan motor tak sedar ada lopak air yg menyebabkan RKA hilang kawalan & jatuh terseret betul2 depan lori yg baru RKA potong tu. Alhamdulillah sekali lagi ALLAH SWT lindung RKA apabila lori tu sempat brek & secara tak langsung kedudukannya menghalang kenderaan lain dari merempuh RKA yg terlentang di tgh highway. RKA OK cuma luka2 kat lutut dan siku... "Jetski" merah RKA rosak sikit tapi masih boleh digunapakai... Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana memberi RKA peluang sekali lagi untuk melihat matahari...
Malampaya Selepas Maghrib
Gambar nie diambil secara tak sengaja masa RKA pergi site visit ke Malampaya SWP platform di Filipina Ogos 2009 iaitu 2 hari selepas ribut Katrina melanda perairan di situ. Pagi selepas gambar ini diambil ribut sekali lagi kelihatan menuju ke arah platform dan kami diarahkan meninggalkan kerja dan kembali ke vessel penginapan kami, Ullswater DP2. Sampai di vessel, RKA terus perlahan-lahan melaungkan AZAN di celah-celah pekerja Filipina yang kesemuanya bukan beragama Islam. Alhamdulillah dengan izin ALLAH SWT ribut yang pada mulanya kelihatan ganas menuju ke arah kami perlahan-lahan reda dan kami dibenarkan menyambung semula kerja beberapa minit selepas itu...
Hebat ALLAH
Yahudi Dalam Diri
Semasa Nabi Ibrahim dibakar dengan api yang menjulang oleh Namrud Laknatullah seekor burung kecil terbang membawa air dalam paruhnya yang kecil atas tujuan untuk membantu memadamkan api yang sedang marak kerana takut ditanya ALLAH SWT di padang mahsyar nanti, apakah usaha kamu dalam membantu nabi mu yang sedang dibakar...?
RKA tafakur sekejab... apa usaha RKA dalam membantu saudara Islam RKA yang disembelih di sana...?
The Smiling Moon
Bulan Senyum... Fenomena yang jarang berlaku dan RKA bersyukur kerana terpilih untuk menyaksikan dan seterusnya mengabadikannya di atas sehelai kertas putih bersih sesuci senyuman misteri sang bulan di malam 4 Zulhijjah 1429 yang lalu. Pepatah arab tu RKA petik dari ceramah Ustaz Azhar Idrus dari Terengganu. "RAMAINYA UMAT MANUSIA TUA DAN MUDA JANTAN DAN BETINA PAGI PETANG SIANG DAN MALAM BERSERONOK-SERONOK... PADAHAL KAIN KAPANNYA TELAH SEKIAN LAMA SIAP DITENUN..."
RKA - sebelum dimakan masa...
Gambar RKA masa tak berapa muda dulu... gambar berposing sakan di pantai Batu Feringgi Pulau Pinang. Masa tu kerja kat ANTARA Pasir Gudang. Pergi Penang sebab ada friendly match bolasepak, sepaktakraw dan ping-pong lawan Malayawata. RKA lukis sendiri sementara tunggu arwah emak siapkan hidangan makan malam... pakai pencil kontot Pendekar Mustar dan kertas lukisan A4 biasa je...
masa tu mana la ada duit nak beli bahan...


