Masih Bertemu Matahari...

RKA mc 2 hari sbb jatuh motor langgar lopak air kira-kira 3 km dari hentian Seremban masa otw balik kerja mlm smlm. Waktu tu hujan agak lebat. RKA potong sebuah lori ikut laluan motor tak sedar ada lopak air yg menyebabkan RKA hilang kawalan & jatuh terseret betul2 depan lori yg baru RKA potong tu. Alhamdulillah sekali lagi ALLAH SWT lindung RKA apabila lori tu sempat brek & secara tak langsung kedudukannya menghalang kenderaan lain dari merempuh RKA yg terlentang di tgh highway. RKA OK cuma luka2 kat lutut dan siku... "Jetski" merah RKA rosak sikit tapi masih boleh digunapakai...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana memberi RKA peluang sekali lagi untuk melihat matahari...

9 comments:

Nas said...

syukur hang selamat... alhamdulillah..

http://al-jerami.blogspot.com/

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

alhamdulillah, terimakasih al-jerami...
next time kena lebih berhati-hati...

Riasreka said...

Alhamdulillah hang selamat. Hang jatuh depan Damsyik kerr...

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

a..aa depan Damsyik terseret sampai Tebing Barat Sungei Ujung. Comeynya anak2 hang smoga jadi insan soleh sebagaimana ibu & bapanya...

Anonymous said...

Salam. Lama kita tak berjumpa.Hebat kamu ni sekarang. Diatas segala usha kamu selama ini serta sokongan dari keluarga diberkati Allah s.w.t. Alhamdulillah diatas segala kurniaan Allah kamu dah berjaya. Saya tumpang gembira saya doakan kamu terus berjaya didunia dan diakhirat. Amin. Comment saya pasal jatuh motor.Alhamdulilah kamu selamat. Lain kali beli motor melebihi 1200cc. kerana motor yang berkuasa besar tak pernah potong kenderaan disebelah kiri atau ikut laluan motor. Motor besar tayar pun besar setakat lopak boleh lompat. Fikir fikir kan lah. Sekian hingga berjumpa lagi MARTNOE-OWNER 1250cc.VOLVO Bike.

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Walaikumussalam wbh... takde la hebat sangat boss. Kalau hebat pun itu adalah disebabkan tempias serta tunjuk-ajar yg pernah saya dapat dari seorang boss yang hebat masa saya di ANTARA dulu...
Tengah fobia ni nak cerita fasal motor pun gayat. Memang ada niat nak tukar... tapi "TUKAR KALER JE..." (ayat yg sama masa boss kenakan Din Misai 20 tahun dulu...hahaaaa)

suhaimisafety said...

salam...RKA. Kenal tak gua nie. From Melaka ler. Wah nampak memang glamoooor giler sejak dah ade blog sendiri nie. Boleh nampak kemajuan dari segi rohani dan jasmani. Insyallah.

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Imi Toche, kalau nak kira maju, perut aku nie memang dah lama maju ke depan... Blog nie aku suka-suka je. Saje nak share serba sedikit pengalaman dan ilmu yang aku dapat dari mana-mana para ilmuan yg ada kat dunia nie.
Moga ada tempias pahala yang memungkinkan kita terlepas dari api neraka...insyaALLAH

suhaimisafety said...

Itulah Raja Toche...sememangnya sesuai untuk kerja2 kreatif macam ni...untung jadi kawan toche..walaupun dah 21tahun tak jumpa tapi rasa macam baru semalam berpisah, semoga kawan2 kita semua sihat dan dimurahkan rezeki.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.