Rka sambut Aidilfitri kat Kedah lagi tahun nie. Dan sememangnya sejak bonda tercinta pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya pada 2001, RKA sambut Aidilfitri menumpang kasih kedua mentua RKA (Pak Lang Cin dan Mak Lang Yah) di Kampung Paya Ghosthill, Kodiang, Kedah sehinggalah sekarang. Bukan tak nak berhari raya dengan adik beradik kat JB tu... lain sangat rasanya berhari raya tanpa emak dan abah sendiri...
Rasa sunyi - tapi tak tahu di mana sunyinya...
Rasa kehilangan - tapi tak tahu apa dan kat mana nak cari...
Lagipun RKA sebenarnya tak mahu ganggu diorang.. Masing-masing ada keluarga sendiri... Ada anak dan ada yang dah bercucu pun... (RKA rasa daripada diorang layan RKA lebih baik diorang layan anak-cucu sendiri...kan...?) Walaupun dah lama tak beraya di JB namun pusara arwah emak dan abah di Tanah Perkuburan Islam Bukit Alif, Johor Bahru tu tak pernah RKA lupakan...
Selalu jugak RKA sekeluarga ziarahi bila ada ruang...
Mencabut semalu dan mencantas akar lalang...
Yang sentiasa meloloskan diri bila ada peluang...
RKA bertolak dari Seremban menuju ke utara pukul 1.40 pagi Khamis ikut LEKAS Highway yang bermula betul-betul di hujung taman perumahan yang RKA duduki sekarang. Alhamdulillah perjalanan lancar sebelum tersangkut dalam jam panjang berjela beberapa km dari Tapah. Ada lori ikan terbalik rupanya... (siapa sangka ikan yang pada awalnya berenang bebas di lautan boleh mati tergolek atas highway... semua tu urusan ALLAH SWT...... Hebat ALLAH...)
RKA keluar ke pekan Tapah untuk bersahur dan bersolat subuh kat masjid Tapah... (lupa pulak nama masjid tu...). Lepas tu zaujah (wife) RKA sambung drive sampai RnR Gunung Semanggul sebelum menyerahkan "baton" kepada RKA untuk memandu terus ke Kodiang Kedah Darulaman... Alhamdulillah kami selamat sampai kat kampung +-9.30 pagi.
Pemandangan belakang rumah mentua RKA (Looking West). Gambar ini menjadi latar belakang karya RKA yang diberi tajuk "JASA BONDA" di http://rka-algharyzah.blogspot.com/
Malam raya seperti biasa RKA ikut pak mentua bertakbir di surau Wa Noh. Kali ini RKA bawak Muhammad (hero RKA) sekali sebab RKA rasa Muhammad sudah cukup berakal untuk sama-sama bertakbir dan menghayati kemenangan berjuang melawan nafsu sepanjang Ramadhan. Tapi malam itu Muhammad kecundang dan terlentuk tidur sebelum sempat takbir selesai dilaungkan...
Agaknya jenuh menempuh perjalanan yang panjang...
Dan letih bermain dengan sepupu dan kawan-kawan di sepanjang siang...
Pagi raya tu, setelah selesai bersolat sunat Aidilfitri RKA tengok Muhammad antara yang paling depan beratur untuk dapatkan duit raya dari pakcik-pakcik dan tokwan-tokwannya kat sana. Sementara RPNF (puteri RKA) dan "Cheputeh Kuntum" (zaujah RKA) bergaya dengan baju raya rekaan kami sendiri... Lepas tu kami terus menziarahi pusara ninda-ninda sebelah zaujah RKA di belakang Masjid Kampung Kandih dan seterusnya beraya ke rumah saudara-mara terdekat...
Aktiviti RKA berubah secara total di hari raya ketiga...!! Dari beraya rumah ke rumah berubah ke petak sawah yang sedia menunggu si haruan, keli, sepat benua dan puyu... Seawal 7.30 pagi RKA bersama Sarjan Aziz dan anak-anaknya Azim, Alif, Shaq, Aswari (anak Pakteh Tot) dan Muhammad turun ke sawah menyerkap ikan. Sementara RPNF dan Cheputeh Kuntum, Edah dan suaminya Syawal (paktam dan maktam) serta Mak Lin (isteri Pakteh Tot) datang menyusul dengan berkereta melalui "jalan darat"... Dari jauh RKA tengok pak mentua RKA tersenyum di atas kapcai antiknya melihat gelagat anak-cucu kelam-kelibut mengejar ikan di celah-celah lopak air yang dipenuhi jerami atas sawah yang baru dituai...
o
11 comments:
salam...
RKA bukan pereka fesyen... saja je gatal tangan nak melakar... cukuplah asalkan dapat menutup aurat dengan sempurna...
Salam...
Moga awak sihat hendaknya..
Best kambing panggang tu, saya suka..:)
Salam Tuan,
Terimakasih atas doa...semoga tuan sekeluarga juga sihat sentiasa...
kat kampung kambing murah... 2 ekor baru RM500.00 kalau kat KL nie untuk aqiqah seekor je dah RM700.00...
Nengok ke ikan nengok ke kambing panggang ter ceroh mate weh...
salam JD...
jangang buak lagu "kambing panggang" pulok sudah lerr... hehee
terimakasih...
Salam tuan RKA
patut lah suka beraya kat kodiang. suasana meriah sungguhh... pemandangan sungguh laaa cantiknya. Dulu saya belajar kat Sintok, pernah pegi umah sedara kawan kat Kok Diang... memang best.. hehe..
Salam Aanas, semoga sihat selalu...
Memang best raya kat sana sebab suasana kampung masih kuat terasa... dan dapat tangkap ikan dengan bebasnya tanpa dihalang oleh Jabatan Perikanan Malaysia... hahaa
thank you the very much for singgahing...
Salam Aanas...
Siapa nama kawan Aanas tu, manalah
tahu kalau-kalau saya kenal...
AsSalam....
Taun depan boleh design satu baju untuk ana....:)
Salam tuan RKA,
nama kawan saya tu Faridah Jaafar. tak silap saudara dia yang kat kokdiang tu ialah pangkat nenek sebelah mak dia. tak sure nenek sedara ke atau apa.. dia pun now 38 jugak.
Salam tuan riasreka, semoga sihat dan ceria selalu...
insyaALLAH apa salahnya...
(upahnya 3 ketul kek lapis dah ler..hehee)
Post a Comment