Tengok SO bahagi-bahagikan coverall pagi tadi baru RKA teringat, masuk hari ni dah hampir setahun RKA tak ke laut. Rindu pulak rasanya... Dulu masa kat MMC O&G rajin jugak RKA ke laut. Pantang lesen hidup je mesti kena ke laut… Sesekali ke laut best jugak cuma yang lotihnya bila balik office kena buat site visit report dan mengadap kerja bertimbun yang ditinggalkan sepekan... (dah tanggungjawab kenalah buat... ujian ALLAH semua tu RKA...)
Merakam gambar kenangan bersama seorang client selepas mendarat di Miri Helibase
Platform pertama yang RKA pergi ialah D35 Complex di perairan Sarawak pada tahun 2006. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit dari Miri Helibase. First time naik chopper rasa teruja campur gementar (tapi bila dah selalu ke laut rasa macam naik bas SKS KL- Seremban la pulak...hehee) Sampai kat platform, selepas safety briefing kami akan dibawa ke bilik penginapan dan dibekalkan sehelai tuala mandi dan sebuku sabun mandi (yang lain-lain kena la bawak sendiri... ni bukan hotel tau...)
St. Joseph Platform - Kota Belut Sabah
Berehat sambil berdiscuss - kali ni atas platform pulak...
(discuss lagi... bila nak kerja...?)
Gambar kenangan sebelum memulakan kerja di atas platform
(bergambar lagi..? bila nak discuss...?)
Gambar kenangan atas bot Broncos Firdaus 1 dalam perjalanan pulang ke darat (aik.. dah balik...? kerja dah siap ke...?)
Tak kurang juga yang tak de surau langsung (biasanya satelite/unmanned platform). Nak solat pandai-pandailah arrange sendiri… tindihlah sejadah tu dengan apa-apa pemberat supaya tak terbang ditiup angin…
10 comments:
Salam...
Kerja di kawasan itu ker..?
Salam tuan RKA,
first time la dapat tahu pasal kisah2 orang kerja kat platform minyak nih.. selalu dok wonder cam mana la gaya kehidupan kat sana.. selalu bila balik ganu, kampung husband, selalu bila lalu kat Paka tu, hb akan kata kita dah sampai planet.. hehe.. tu baru kat darat, lom lagi tengok yang kat laut.. citer la lagi ehh.. lagi dan lagi dan lagi.. hihi..
p/s: raya tak balik BP ker? ehh, BP ke segamat aek..
Salam Tuan AR, semoga tuan sekeluarga sihat selalu
Ana kerja di KL cuma sesekali kalau ada site modification work baru lah kena ke laut... lokasinya ikut projek mana yang kami involve...tak semestinya di Malaysia...
terimakasih banyak atas kunjungan tuan...
Salam Aanas,
memang dah lama nak cerita sebab saya percaya tak ramai orang tahu suka-duka orang di situ... nampak mcm best tapi banyak kepayahan tidak diceritakan... terutamanya faktor keselamatan dan marabahaya yg sentiasa menunggu di sana.
Saya raya kat Kedah lagi tahun nie... ceritanya ada di http://rkainstinct.blogspot.com/2010/09/antara-hanyir-dan-airmata.html
terimakasih bnyk2 atas sokongan Aanas...
Salam.
Bila terlihat gambar laut membiru, tiba-tiba lutut saya jadi ketar.. teringin nak memancing !
Salam THJ semoga sihat selalu...
hahaa... saya rasa kalau THJ ke sana jangan2 terus terjun ke laut kot, sebab ikan kat sana jinak-jinak... insyaALLAH nanti saya ceritakan dalam Cerita Laut seterusnya... insyaALLAH...
terimakasih THJ
As Salam....
Beruntung la RKA.... dapat ke laut selalu. Ana kerja sama bidang tapi dapat 2 kali aje turun laut. Itu pun platform yang sama (bulan puasa lagi... tak la dapat 6 kali makan. Ok lah tu, dapat gak cerita kat anak cucu nanti. Tak gitu RKA....
Salam Tuan Riasreka, (riasRKA...?) semoga tuan sekeluarga sihat selalu
mungkin Cerita Laut ini biasa bagi kita yg dah pernah ke sinun... tapi ana percaya ramai yang tak tahu dan ingin tahu mengenainya jadi tak salah rasanya kalau berkongsi...
tuan pegi 2 kali tapi dah cover gaji setahun ok la tu..hehee
Salam. Nice blog. Saya pun nak followwwwww..... :D
Salam Fa*atip, semoga ceria selalu...
terimakasih banyak2 kerana sudi singgah dan follow blog nie...
Post a Comment