Kuah Dah Tumpah Ke Nasi...

Keratan majalah yang tertera lukisan Muhammad sebagai pemenang (lower left corner)...
o
Peristiwa lama berulang kembali...? (atau kah "diteruskan kembali...?").

Masa RKA sekolah rendah (darjah 5) SKSC kat kampung dulu RKA pernah dapat tempat ketiga dalam pertandingan melukis seluruh daerah BP sempena kempen Keselamatan Jalanraya Peringkat Daerah. Manakala Suhana Ramlan (darjah 6) dapat tempat kelima. Bangga rasanya bila nama terpampang dalam akhbar Mingguan Pelajar masa tu.

Tak lama lepas tu cikgu bawak kami ke bandar BP untuk ambik hadiah. Sampai BP, RKA tengok ramai orang dah tunggu dengan kamera bergantung kat leher dan masing-masing menghulurkan salam dan mengucapkan "tahniah" kepada kami...(tahniah...? apa tu...? kuih ke...?)... Ohh, wartawan rupanya, manalah RKA tahu sebab itulah kali pertama jumpa wartawan dan itulah kali pertama dengar orang ucap tahniah... (kalau congratulation tu RKA tahu la...heheee)

RKA dapat pinggan chrome yang terukir nama RKA dan sekolah RKA di tengahnya... (hidung kembang semacam je... rasa macam satu dunia baca akhbar tu... hehee...)

Lukisan yang membawa kejayaan Muhammad...(dan mengembangkan lagi hidung abahnya yang memang dah sedia kembang...)

o

Tapi itu dulu... beberapa tahun dulu...
o
Semalam RKA dapat call dari zaujah RKA, 'Cheputeh Kuntum' katanya Muhammad dapat tempat pertama Peraduan Mewarna Petrosains Julai 2010 bagi kategori 7-10 tahun yang baru disiarkan keputusannya dalam sebuah majalah pelajar terpopular Malaysia, keluaran September. InsyaALLAH antara hadiah yang bakal Muhammad terima ialah keahlian percuma Petrosains dan beberapa hadiah sampingan.
o
"Hari ini saya bertuah betul la mak..." kata Muhammad kat emaknya masa on the way balik sekolah...
"Kenapa adik cakap macam tu...?"
"Iye la... peraduan mewarna saya dapat first place, Tafsir pulak saya dapat A..."
o
(Syukur alhamdulillah... ujian ALLAH semua tu, Dik...)
o
RKA bukannya apa, cuma nak bagi anak-anak seronok dan secara tak langsung menanam semangat membaca dan membina keyakinan serta jati diri dalam jiwa mereka...
o
o

Nota kaki: Ke mana tumpahnya nasik kalau tak ke lantai... tak apa, kalau ada rezeki insyaALLAH weekend ni abah belanja kat tempat yang adik cakap hari tu... insyaALLAH...

o
o

6 comments:

Nizam Awang Brahim said...

Alhamdulillah.Tahnioh.Teruskan usaha.Capei lagi tinggi.

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Salam JD...semoge sihak sentiasa

Koi ande rahsie nak kabo ke deme... sebenornye yg koi menang dulu tu kakak koi (R. Taksiah) yg tolong lukiskan...bukan salah koi, cikgu koi yg suruh...hehee

sebak ter badan koi gigil mase gi ngambik hadiah, sebak takuk deme suruh koi lukis balik...mapuh kerah koi nanti...heheee

terimakasih...

Unknown said...

eloklah tu..teruskan jgn sekadar mewariskan pada keturunan je tapi biarlah terus berkembang seperti dinegara barat..dgn melukis je boleh jadi jutawan...
tahniah adik..teruskan
abahnya melukis lagi dak? laa ni

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

salam tuan Lana~Bulu,
terimakasih atas nasihat tuan tu... saya masih melukis bila ada masa terluang tapi untuk suka2 je...

ingat nak jadi jutaan yang pandai melukis, insyaALLAH...hihii

Anaasuria said...

Salam RKA

waaah kreatif ekk budak2 skang nih.. lawa tuh dia kaler, very the colorful...
muhammad ni sekolah tahfiz ker? RKA ada berapa anak?

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

salam Aanas... semoga Aanas sekeluarga sihat selalu...

ya..kreatif... memang kreatif...(abah dia tolong sikit...heheee)

RKA ada 2 anak, yang sulung nak PMR minggu depan... (doakan kejayaannya ya...TQVM) Muhammad pulak baru darjah 4... dua-dua sekolah aliran agama kt seremban tpi bukan tahfiz...

kiut miut macam omak'ea...

tengkiu the very big for the comment...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.