RKA - Aidilfitri Poetry 2010

R. Muhammad Al-Baihaqi dan kakaknya tersenyum simpul...
tak sabar nak balik kampung la tu...
o
Rajab, Syaaban berpuasa sunat
teRKAbul doa di hujung Ramadhan
ALLAH dan Rasul sentiasa diingat
beRKAt dan rahmat jadi balasan
o
bulan Ramadhan peRKAyakan ibadah
tiba Syawal takbir bersama
tarawih, tadarus peRKAsakan akidah
semoga diterima ALLAH Yang Esa
o
manis bibir delima meRKAh
senyum terukir di Aidilfitri
beRKAsih semusim di Syawal terpisah
waRKAh dan email pengganti diri
o
beRKAyu meranti berpapan keruing
buat mengalas pelantar minyak
berbaju labuci beRKAsut bersamping
menggalas kemaafan dosa sejambak...
o
sepuluh jari lentik tersusun
beRKAki ayam meniti batasan
RKA sekeluarga memohon ampun
makan dan minum minta halalkan
o
dingin Syawal subuh beRKAbus
kayu sebeRKAs ditimpa embun
dosa yang lama harap terhapus
silap yang lepas harap terampun...
o

Salam Ramadhan Al-Mubarak dan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
mohon ampun dan maaf zahir dan batin
dari kami sekeluarga...
o
RKA - Johor
Noin - Kedah
R.P.N.F - Perlis
R. Muhammad Al-Baihaqi - Nogori Sembilan


8 comments:

al-lavendari said...

salam.

saya sungguh tertarik dengan kreativiti RKA menyusun perkataan-perkataan menjadi bait-bait puisi yang sangat indah.

lebih tertarik bila huruf-huruf R,K dan A di manipulasi sepenuhnya untuk menyampaikan maksud.

memang kelas. boleh minta sain autograf ?

Abd Razak said...

Salam...

Moga sdra sihat hendaknya..

Menyambung kasih,
merajut cinta,
beralas ikhlas,
beratap DOA
Semasa hidup bersimbah khilaf & dosa,
berharap dibasuh maaf

Selamat Idul Fitri

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Salam THJ, semoga sihat selalu...
Alhamdulillah, idea datang dariNYA... saya cuma key-in je..

(...kudrat mengkey-in pun datang dariNYA...ahhh...siapalah kita nie...?)

terimakasih banyak THJ...

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Salam Tuan AR,
semoga tuan sekeluarga sihat selalu...

wahh, susunan ayat tuan lagi tinggi levelnya... tak terjangkau fikiran saya...

terimakasih banyak tuan..
Salam Lebaran juga buat tuan sekeluarga di sana...

Mohon maaf zahir dan batin...

ikan emas said...

salam kenal,

En AL yg kenalkan.
tak rugi jenguk ke sini.

cuma kalau rumah ni dibuka sepenuhnya tentu lg ramai yg dtg menjenguk..blh kita mskkan dlm list

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

salam Ikan Emas...semoga sihat selalu..

rumah kosong, perabut takde malu nak jemput tetamu datang...

anyway, terimakasih banyak2 kerana sudi bertandang dan memfollow blog RKA yang ini...

Temuk said...

Salam Abi Al-Baihaqi
Mohon izin singgah. Terima kasih ziarahi rumah saya.

Indah, unik, dan rapinya susunan bahasa. Menjadi halwa pada telinga, menjadi manisan pada hati. Semoga doa dan harapan termakbul. Semoga cetusan rasa yang begitu menggamit, membuhulkan hubungan murni yang berpanjangan sesama insan.

SELAMAT HARI RAYA.

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Assalamu'alaikum tuan Temuk, semog tuan sihat selalu...

Rasa seronok dan terharu bila blog ini disinggahi oleh seorang blogger hebat seperti tuan...

Maaf kerana lambat menjawab komen tuan ini sbb sepanjang weekend sibuk mengemas rumah dan hantar anak tiusyen... pagi nie baru sempat buka blog.

Selamat Hari Raya
Maaf zahir dan batin...

Terimakasih banyak tuan...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.