1) Tak payahlah membeli sangat...
Seronok sungguh merai orang kampung...! Biasa la... setahun tak jumpa, sesekali balik kampung kita biasanya seronok nak rai saudara-mara dengan pelbagai jenis makanan. Leka belikan itu dan ini sedangkan adik-beradik yang lain pun membeli sakan jugak...! Kesudahannya makanan tu takde siapa nak makan dan akhirnya "...Dipersilakan ke longkang...!!" sepatah kata S. Samsudin (dalam filem Seniman Bujang Lapok...)
Orang kat kampung tu kalau kita tak balik pun diaorang makan jugak, bukannya tak makan (...heheee...) Jadi tak payahlah membeli sangat. Elakkanlah pembaziran kerana membazir itu amalan Red Devil...
2) Bawa berita gembira...
Tinggalkan masalah kita kat rumah. Jangan bawak ke kampung. Emak-abah bukannya sihat sangat dan bersedia nak dengar masalah kita. Dari kita kecik mereka tanggung masalah kita takkan dah besau panjang pun mereka nak tanggung lagi. Kita dah cukup dewasa (dah tua pun sebenarnya...) untuk menanggung masalah kita sendiri... Jadi hidanglah kepada mereka berita gumbira dan bukannya berita duka yang bakal membengkakkan hati mereka setelah kita balik ke rumah kita sendiri nanti...
3) Jauhi mengumpat...!
Ini satu lagi perkara yang sangat-sangat-sangat-sangat kita kena jauhi. Lama tak jumpa pelbagai cerita nak dikongsi dan dalam tak sedar keburukan dan keaiban serta rahsia rumahtangga adik-beradik sendiri jadi perbualan (gossip). Habis cerita luar dan dalam kelambu dijadikan bahan umpatan. Biasanya yang teruk jadi mangsa adalah adik-beradik yang tak berpeluang balik kampung tahun tu...! Yang tak berkesempatan membela diri semasa diumpat...!!! Segala keburukan adik-beradik kita akan terpahat dalam hati pasangan masing-masing dan terpatri di hati anak-anak kita yang mendengar... Ini secara tidak langsung akan membibitkan perasaan benci dan hilang rasa hormat di hati pasangan serta anak-anak kita terhadap adik-beradik yang kita umpat itu, sedangkan kebenaran cerita tu belum tentu lagi sahihnya... Sesekali balik kampung kita sepatutnya mengeratkan silaturrahim bukannya memecah-belahkan adik-beradik sedarah-sedaging kita... Rahsiakan dan simpanlah aib mereka, semoga ALLAH SWT sorokkan keaiban kita di akhirat nanti. Amin
Itulah serba sedikit tips berhari raya di kampung yang ingin RKA kongsikan bersama pembaca. Semoga ALLAH SWT beri kita taufiq dan hidayahNYA kepada kita semua untuk tidak melakukan dosa dan perkara sia-sia di Syawal yang mulia ini...
Wallahualam...
Selamat Hari Raya Ampun Maaf Zahir Dan Batin.
6 comments:
Salam Raja RKA
ho lah tau doh name die.. kita tangang jer kida, mate dok kida .. ambe ni tengoh jahik buleh lagi menaip.. hihi..
hok tip jangang ngumpak payoh skek, sebak taing raye la banyok citer ngang gosik, lama dok jupe sedara kang..
Salam Aanas, semoga Aanas sekeluarge sihak sokmo...
Ambe nok ucakkang terimekasih krane sudi jengok dan jadi follower di blog ambe hok dok brape nok merioh nie... Kalu dipikirkang sedalang-dalangnye perbuatang ngumpak nie memang bahaye...lebih bahaye dari ngisak dadoh...!
Siape penulis sajak "Mok, Aku Nok Tubaik...?"
Ada detail dia tak...?
terimakasih...
Hari baik bulan baik elok kite cakak mende baik2 je.Gurau2 menamboh keceriaan.Tapi maseh ande had dan batasnye.
Salam JD, semoga JD sekeluarga sentiasa sihat dan ceria...
Koi memang ternanti-nanti ngape aok doh lame tak buak entry baru... tup-tup bukak blog nampak komen aok kat sini... tengkiu JD
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin dari koi sekeluarga...
salam
lama betul awak bercuti raya !
Salam THJ, semoga sihat selalu...
lepas2 raya nie rasa semangat menulis agak menurun, agaknya banyak makan kuih semprit kot...
insyaALLAH akan keluar entry baru tak lama lagi...
insyaALLAH...
Terimkasih banyak THJ
Post a Comment