Pergi Tak Kembali...

Syawal dah seminggu berlalu... Masing-masing menyambutnya dengan nasib dan ketentuan yang berbeza-beza... Ada yang gembira dan tak kurang juga yang menyambutnya dengan penuh kesedihan... (Seingat RKA inilah Syawal yang paling banyak RKA terima berita pemergian saudara atau kenalan terdekat... Ya ALLAH ampunkanlah segala dosa kami dan dosa mereka...)

1- Dalam kegelapan subuh Aidilfitri... ketika orang lain sedang (masih) lena diulit mimpi RKA dikejutkan dengan panggilan seorang sahabat (Sahferi). Dengan nada suara yang penuh kesedihan beliau memberitahu tentang pemergian ibunya yang tercinta disaat takbir sedang rancak bergema di udara...

2- Syawal ke-8, petang penghulu segala hari (Jumaat) RKA terima SMS dari anak saudara RKA (Abdul Hadi) di Singapura... Tok Alang (Mak Alang RKA) meninggal dunia di Changi Hospital... Mak Alang (Raja Ramlah) adalah adik kepada arwah ayah RKA...

3- Adik kepada Hezraq, officemate RKA, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalanraya...

4- Ayah kepada Norhayati (jiran sekampung dan juga ex-officemate RKA) meninggal dunia di HSA, JB...

5- Ibu kepada Czah (ex-officemate) meninggal dunia akibat serangan jantung...

6- Pakcik RKA, Radin Katan meninggal dunia, juga di HSA, JB...

7- Ibu kepada Norhana (ex-officemate di CBE Senawang) meninggal dunia awal pagi tadi di Seremban...

Di sini RKA pohonkan kepada sahabat-sahabat sekelian agar dapatlah sama-sama kita sedekahkan alfatihah dan berdoa semoga roh Allahyarham dan Allahyarhamah (yang disebutkan di atas tadi) diampunkan segala dosanya dan ditempatkan oleh ALLAH SWT ke dalam golongan insan beriman dan beramal soleh... Amin Ya ALLAH...

Kepada sahabat serta ahli keluarga yang lain RKA doakan semoga kamu semua tabah menghadapi ujian ini... Perbaharui syahadah, perbanyakkan amal maaruf dan tinggalkan yang munkar... kerana masa kita akan tiba jua...

Sesungguhnya tiada yang kekal di dunia ini melainkanNYA...

6 comments:

Nizam Awang Brahim said...

AlFatihah.Same2 la kite buat yang disuruh tinggal yang dilarang.Esok luse mungkin kite pule ikut jejak mereke...

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Salam JD, semoga JD sekeluarga sihat dan ceria selalu...

Terimakasih... betul kata JD tu, sama2lah kita menjaga amal dan sentiasa memastikan ahli keluarga kita sentiasa berada di landasan yang betul...

Anonymous said...

Salam... Ni Zul IKM Jasin...

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Walaikumussalam Zul...
Terimakasih kerana sudi singgah di sini...
buat masa ni RKA belum ada masa nak buat cerita baru...tengoklah sehari-dua nie camana...

Tengkiu very big...


cheers...

Abd Razak said...

Salam...

Semoga Allah tempatkan roh mereka di kalangan orang-orang yang mendapat nikmat di sisi~Nya..

Unknown said...

sedikit pembetulan... ayahanda saya meninggal dirumah kak long di taman skudai kanan, pd 4hb oct 2010, 3 hari setelah dibenarkan keluar dr HSA. setelah doc mengesahkan tdk ade ape yg blh dilakukan lg utk menghalang kanser yg tlh merebak diseluruh tubuhnye.
Ampunkan kite ye ayah sbb tak jadi anak yg baik utk ayah. Maafkan kite diatas ape yg tlh kite lakukan dan diatas ape yg tidak dpt kite lakukan utk ayahanda.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.