Cerita Laut 3 - Chopper vs Boat

Assalamu'alaikum wbh, (nak sambung balik Cerita Laut nie... sila ambik tempat duduk masing-masing ye...)

Biasanya ada dua cara nak ke platform. Satu naik chopper, satu lagi - naik bot... (tapi kadang-kadang RKA berenang je sebab malas nak susahkan diorang...) Kalau naik chopper OK sikit sebab terus landing atas helideck kat platform atau accommodation vessel tu... tapi kalau naik bot ada sikit masalah... nak kena bergayut guna swing rope kat boat landing atau guna bakul atau lebih dikenali dengan istilah basket transfer... (sesekali RKA panjat je tiang platform tu sebab RKA memang spesis tak suka susahkan tuan tanah...hehee)
Naik chopper kat salah satu platform di perairan Kerteh, Terengganu.

Berjalan kaki menuju ke chopper di lapangan terbang El-Nido Island, Palawan, Philippines untuk ke Malampaya SWP.
Bot parking tepi platform. RKA dan sahabat yang lain bersiap-sedia untuk "dibakulkan..."

Basket transfer. Angkat pakai platform crane.
(Bibir menguntum senyuman tapi hati tuhan je yang tahu... hehee... ketaq beb...)

Guna swing rope kat landing platform. Bahaya nie, don't play-play... silap hari bulan 'bedebus' ke laut kita...

Salah seorang platform crew menunggu saat yang sesuai untuk melakukan hayunan dan lompatan... seorang lagi stand by untuk memberi bantuan jika ada perkara yang tak diingini berlaku...
HEBAT ukhwah diorang nie...!

Ada juga yang gunakan jambatan atau gangway (widow maker) yang dihubung terus dari accommodation vessel ke main platform...

Bot bergerak laju meninggalkan platform...

Route map dari Manila ke El-Nido Island, Palawan. Penerbangan mengambil masa 1 jam 20 minit dari Manila ke El-Nido. Dari El-Nido ke Malampaya SWP 15 minit je naik chopper...

Best friend of mine, Mr. Salvador bergambar di hadapan pesawat kecil (20 penumpang) yang membawa kami dari Manila ke El-Nido Island...

Posing separa maut atas bot on the way balik ke darat...
(Imam Muda Nasrullah, TK dan Tnhj Ahmad antara yang paling kerap bersama RKA ke laut...)

Gambar kenangan bersama boat crew sebelum balik KL...
o
part bergambar kitorang memang pakar...hehee
o
o
o
o

5 comments:

piewahid said...

Salam,
Subhanallah, Allahu Akbar.

Jazakallah atas pesanan yang ditinggalkan di blog saya. Terasa keikhlasan cuba membantu. Memang saya sedang mengumpul maklumat tentang pusat rawatan Islam & homeopati sekarang.

Insya-Allah tempat tersebut akan ada dalam senarai keutamaan saya nanti.

Tindakan lanjut saya akan ambil selepas 19hb nov selepas temujanji utk 2nd opinion di GH Ampang.

Jazakallah khier...

Abd Razak said...

Salam...

Selamat menjalankan tugas..

Baik-baik ya!

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Salam tuan Piewahid,
Ana cuma nak share dan berharap tuan cepat sembuh dan ceria seperti sediakala...

terimakasih

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Salam UStaz, semoga sihat selalu...

Terimakasih banyak ustaz atas ucapan dan pesanan tu...

insyaALLAH ana akan berhati-hati dan sentiasa berdoa agar ALLAH SWT lindungi kita semua setiap masa dan di mana jua kita berada...

jazakallah ustaz..

Anaasuria said...

Salam tuan RKA,
lama den tak singgah mai.. purak2 sibuk la ni.. ye lah, end of the year ni kan appraisal time, so kena lah pandai berlakon. kehkeh..

tengok gambar2 dalam post ni, rasa excited sangat, apsal tah.. bila tiba part 'dibakul sampah' kan, hehehe, tetiba lak den yang gayat... eeee, takutnya, mana lah tau tiba2 ada jaws melompat keluar dari laut tu menyambar 'bakul' tuh.. pergh, ni sure kes banyak nengok tom and jerry.. :).. bab hayunan tu pun tak tahan nengok, silap2 terhantuk, kehkeh..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.