Kalau dulu mengumpat dan mengata nie paling-paling jauh pun sampai hujung anak tangga rumah je... Sambil-sambil cari kutu... sambil-sambil cabut rambut gatal-merenyam... atau sambil-sambil buat letup-letup kepala... masa tu lah waktu yang paling sedap ngumpat - sampai nasik hangit kat dapur pun tak sedau...!! dan biasanya cerita sensasi atau gossip dulu-dulu akan dipanjang-luaskan lagi oleh tukang jual kain "lasit latang" (istilah yang digunakan orang kampung RKA untuk penjual barang rumah ke rumah)...
Tapi sekarang zaman dah berubah... suratkhabar pun dah kecik... kecanggihan teknologi maklumat melebar-luaskan lagi jarak jangkauan umpatan dari celah mata tangga membawa ke dalam igloo di Kutub Utara...! Dengan laptop atas riba, desktop atas meja... dan dengan hanya satu klik - umpatan dan fitnah yang tidak ada kasihan belas menerjah mata dan minda seluruh umat dunia yang zalim, dengan rakus meratah daging saudara mereka yang tidak berpeluang membela diri...!
Kesian, sedih, pelik dan hairan sangat-sangat bila aku duduk sorang-sorang memikirkan keadaan aku sekarang nie... dah berjuta-liun kali diingatkan bahawa perbuatan mengumpat itu sangat keji dan berdosa besar kenapa aku tak paham-paham lagi... dah buta ke hati aku nie...?
Hey aku...! Cuba check dan pikir sebelum klik... Sempoerna-A sangat ke aku nie...? Orang yang aku bela tu betul ke baiknya...? Orang yang aku cerca tu confirm ke jahatnya...? Jangan kerana satu kepentingan atau pujian orang yang mengatakan bahawa aku hebat dan pandai berhujah aku sanggup gadaikan diri aku menjadi bara, bahan bakar api neraka...!
Ya ALLAH... ruginya aku... dalam hidup yang sangat singkat ini aku penuhkan dengan dosa percuma separa membangangkan diri sendiri...
Ya ALLAH... izinkanlah aku untuk tidak mengizinkan blog aku nie jadi medan mengumpat-mengeji, menghina-mencaci saudara-saudara Islam aku di luar sana yang sangat-sangat aku kasihi...
Ya ALLAH ampunilah kami... maafkanlah kami hambaMu yang hina-dina ini...
o
o
o
o
o
7 comments:
Assalamualaikum sdra..
Moga sdra sihat hendaknya serta sentiasa dalam rahmat~Nya..
Kadangkali kita tak perasan bila publish satu N3 ia menganjur kepada sahabat-sahabat untuk sama-sama buat dosa mengumpat atau mencerca..
Allahu Akhbar
Wa'alaikumussalam ustaz, terimakasih atas doa dan semoga ustaz sekeluarga sihat dan ceria juga di sana...
Itu yang ana takut tu ustaz... dalam berhati-hati kadang2 terlepas juga... tapi insyaALLAH ana tak akan jadikan blog ana ini medan untuk menghimpun dosa percuma...
Jazakallahu khair ustaz...
sambung sikit...
bagi ana mengumpat nie ibarat meludah ke langit... setinggi mana kita hambur ludah kita tu lambat-laun ianya akan jatuh ke muka kita balik...
jangan buat dosa dengan orang nanti susah nak cari mintak maap
Salam cemomoi...moga sihat selalu
Memang betul cakap tuan tu... dosa mengumpat paling payah nak mintak maaf tu pasal saya bersungguh-sungguh elak perbuatan keji dan hina tu... dan ajak ahli keluarga, saudara-mara serta sahabat lain menjauhinya...
lagik satu, kalau yang diumpat tu dah meninggal camana...?
wana'uzubillah...
salam tuan RKA,
huhu.. orang pompuan yang selalu ngayam ketupat nih.. termasuk lerr den.. cuma den selalu jadik tukang dengo.. sama gak peratus pahala yang dapat ngan tukang kabo kan.. adusss..
Salam Aanas... semoga sihat dan ceria selalu
Sebenarnya mengumpat nie bukan orang pompuan je... semua jenis terlibat, maksud saya, pompuan, lelaki, pomki... semuanya tak terlepas dari perbuatan mengumpat nie...
tapi saya memang serious dalam hal mengingatkan sahabat fasal dosa umpat-mengumpat nie sebab inilah satu-satunya perbuatan keji yang ALLAH tak ampunkan selagi orang yang diumpat tu tak ampunkan kita... bayangkan betapa sukarnya kita di alam barzakh nanti... oleh itu sama-samalah kita jauhi perbuatan terkutuk itu...
terimakasih Aanas...
Post a Comment