Terbang...

Assalamu'alaikum,
Entri terbaru kali nie RKA nak cerita sikit pasal perkhidmatan kapalterbang tambang murah terbaru, HERITAGE AIR yang memulakan operasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam, Melaka pada 14 Disember 2010 (kebetulan sama tarikh dengan birthday anak sulung RKA, RPNF tu... Kira nie hadiah abah untuk kakak (RPNF) sebab dapat 9A dalam PMR yang baru lepas tu la ye... hehee.... Syukur alhamdulillah... Tahniah buat anak abah...)


Logo HA (peringkat awal) rekaan RKA...
eeeee

Logo HA di ekor pesawat...

eeeee

Pandangan keseluruhan badan pesawat (peringkat awal) rekaan RKA...

eeeee

Rekaan terakhir menggabungkan idea RKA dan rakan kongsi HA...
eeee
Kerja-kerja mengecat badan pesawat sedang dijalankan...
eeee
Wajah sebahagian badan pesawat HA yang telah siap...
eeee
Gambar bahagian belakang pesawat dari dekat (ihsan Google)
(sahabat di dalam gambar itu bukan RKA...)
eeee
Para penumpang sedang memasuki pesawat HA untuk penerbangan pertama...
eeee

Pesawat HA sedia melakukan penerbangan pertama pada 14 Disember 2010 di Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam, Melaka...

eeee
Alhamdulillah... Syabas... RKA doakan semoga HERITAGE AIR sukses dan terus sukses sehingga menjadi antara perkhidmatan kapalterbang tambang murah terbaik dunia. RKA turut merasakan keseronokannya sebab idea RKA diterima-pakai walaupun tidak 100%. Sekurang-kurangnya ada la jugak sentuhan tangan dan idea yang dikurnia ALLAH SWT kepada RKA ini diterima di peringkat antarabangsa... dan insyaALLAH akan dikenang oleh anak-cucu RKA suatu hari nanti...
e
Terimakasih RKA ucapkan kepada Abang M dan YM Kak Engku kerana memberi peluang ini kepada RKA dan terimakasih jugak kepada isteri RKA, "Cheputeh Kuntum", anak sulung RKA (RPNF) dan Muhammad kerana memberi komen membina dan berkongsi idea untuk merealisasikan impian ini...
e
Kepada kawan-kawan RKA di luar sana, kalau hangpa naik kapalterbang HERITAGE AIR nie untuk ke mana jua destinasi korang, ingat-ingatlah RKA di sini ye...
e
e
e
e
e
e
jazakallahu khair... luv you all....
e
e
e

13 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Tahniah..:)

Ada juga mendengar berita ini tapi tak tahu destinasinya

Abd Razak said...

Lupa nak tanya tadi...nape aircraft ni berdaftar dengan RP

Aanas said...

Assalamualaikum
selalu jengok umah, gelap jer, tak de orang... tetiba nengok, ehh terang lahh...

serius, got the chance create logo kapaiterbang tu ker.. wahh, serius tabikk... patutlah umah asyik gelap, dok bertapa melukih ka...

apa pun, tahniahh...

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Wa'alaikumussalam ustaz, semoga ustaz sekeluarga sihat selalu... ana diberi tugas kecil saja ustaz, design logo dan badan pesawat, itu sahaja... yang lain-lain ana kurang arif dan tak berani nak komen...(takut silap dan berdosa pulak nanti...) Ana ada terbaca macam2 cerita dalam internet fasal HA nie. Tak tahu la sejauh mana kebenarannya... kalau betul, harap-harap dapat diselesaikan secepat mungkin...

terimakasih banyak kerana sering berkunjung ke blog ana nie...

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Wa'alaikumussalam Aanas, semoga Aanas sekeluarga sihat selalu... sibuk sikit kebelakangan nie tu yang golap yo rumah, bil api bayar tapi suis tak on...tu la pasal...

terimakasih... fasal logo tu eseh pun raso macam tak cayo tapi dah ALLAH SWT kato jadi maka jadilah dio... ingat ado maso eseh nak poi Melako saksikan sendiri HA terobang dopan mato...

terimakasih sekali lagi kerana sering berkunjung walaupun pelito tak selalu menyalo...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..bagus info ini..sy tak tau pun..kne try nie hehehehehe

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Salam Shahromnasrudin, semoga tuan sekeluarga sihat selalu...

memang belum ramai yang tahu fasal HA nie... insyaALLAH satu hari nanti tau la kot...hehee

terimakasih atas kunjungan..

Jejaka Desa said...

Baru ni koi dengo pasey kapal terbang ni...

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Salam JD...
Memang masih baru lagi syarikat penerbangan nie... baru sebulan beroperasi...

terimakasih JD

cemomoi said...

tahniah le.. ada hasil keja tertempek kat situ

sapa tokey kapal terbang tu

al-lavendari said...

saya tumpang bangga dan bahagia .. 1One kopitiam tu buka 24 jam ke ?

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Salam Cemomoi... harap cemomoi sekeluarga sihat sentiasa...

Maaf lambat reply...
terimakasih banyak... kejayaan yang tak pernah diterfikirkan... alhamdulillah...

tak silap saya HA nie dimiliki oleh kerajaan Melaka jv dgn Kagum (indonesia)

terimakasih sekali lagi...

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Salam THJ, semoga ALLAH SWT kurniakan kesihatan yang paling tip-top kpd THJ sekeluarga pada hari ini dan seterusnya... Amin...

Alhamdulillah THJ, rezeki ALLAH SWT bagi kadang-kadang datang dari sudut yang tak pernah terjangkau oleh fikiran...

Kalau ada orang nak belanja kat I-one kopitiam kira rezeki jugak tu... hehee...
dah try nasi ambeng kat Hang Li Po belum...?... mencongkam, THJ....

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.