Dari Meja Pejabat Ke Tenis Meja...

Assalamu'alaikum semua...
Pelawaan Ustaz Alias untuk RKA menjadi jurulEtih ping-pong murid rendah dan menengah sekolah SRI tu sememangnya tak dapat RKA tolak. Selain dapat menimba pengalaman sekurang-kurangnya ada la jugak aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh walaupun cuma sekali seminggu...
.
Aksi RKA dan Pak Sheikh dalam satu siri perlawanan persahabatan menentang RNZ
.
RKA bukanlah sehebat Syakirin Ibrahim (Malaysia) atau setangkas Ma Lin (China) dan sehandal Jan-Ove Waldner dan Jorgen Persson (Sweden) tu... Pencapaian terbaik RKA setakat nie ialah menjadi juara perseorangan MMCOG 2007 sebelum tumpas tergolek-golek di suku akhir di tangan Pak Sheikh (Hj. Azrin Taharudin) pada tahun berikutnya... Kira OK la tu kan... heheeee...
.
Sapo la agak'ea yang rajin menghonggih mejo nie... Osah lapa amek la nie...hehee
.
Umangaiii... Cam nie punyo bosa kuyak ikan Marlin pun buleh telopeh nie...!!
.
Tengoklah betapa hensemnya meja dan net ping-pong lama sekolah SRI tu... Sesuai sangatlah dengan bad ping-pong Butterfly Combi RKA yang dah berusia 26 tahun tu...
.
Tugasan pertama yang diberikan kepada RKA ialah mencari dana untuk beli meja ping-pong dan net baru. Kesian jugak tengok murid-murid tu berlatih dengan meja lama yang uzur dan menunggu masa menyembah bumi... Alhamdulillah, dalam masa yang singkat RKA dapat sumbangan yang cukup dari rakan-rakan sepejabat RKA yang sangat pemurah dan baik hati (hebat-hebat belaka diorang nie...)
.
JurulEtih sedang menurunkan ilmunya...
.
Anak jurulEtih, R. Muhammad Al-Baihaqi sedang khusyuk mendengar penerangan abahnya...
.
Aikk...... wahh, lawan taukeh nampak anak abah nie...
.
Rusdy Muhammad, Presiden Kelab Ping-Pong Sekolah SRI (Rendah)...
.
Keberangkatan tiba meja ping-pong Butterfly di perkarangan Laluan Ilmu Sekolah Sri...
Ustaz Alias berbaju coklat... (Baju hitam tu bukan ustaz... tu Cino dreba lori...!!)
.
Dan pada 19.01.2011 lebih-kurang pukul 12.30 tengahari waktu Malaysia, setongkol meja ping-pong baru berjenama Butterfly selamat mendarat di perkarangan sekolah disambut oleh murid-murid dan wakil guru sekolah tersebut... RKA rasa yang paling gembira sekali ialah anak RKA, Muhammad walaupun dia sebenarnya ahli Kelab Sepaktakraw... (haiii... poning palo abah... hehee)
.
Tanpa membuang masa RKA patrikan nama sahabat-sahabat RKA yang teramat baik hati di belakang meja ping-pong baru tu...
.
Haa... Inilah dia nama sahabat-sahabat yang RKA maksudkan tu...
(En. Mohtar Ansor, En. Nordin A. Rahman, Ir Hj. Shahril, En. Hussin Asran, Hj. Azrin Taharudin, En. Abd. Malek Elias, En. Mohd. Akharan, En. Abd. Rahim (MMC) dan En. Raja Kamarulzaman)
.
Ustaz Asfar bergaya disamping meja baru...
.
Tengoklah betapa seronoknya sebahagian dari pelajar sekolah SRI bila dapat meja baru...
.
Ustaz Alias sibuk mengejas ketinggian meja dan memasang net baru... tak sabar nak test power la tu...hehee...
.
SEBELUM...
.
SESUDAH...
.
MEWAKILI PIHAK SEKOLAH, USTAZ ALIAS DAN USTAZAH SUZANA MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMAKASIH KEPADA SAHABAT-SAHABAT RKA YANG SANGAT-SANGAT PEMURAH TU... DAN MENDOAKAN SEMOGA MEREKA SEMUA DIMURAHKAN REZEKI YANG HALAL OLEH ALLAH SWT... INSYAALLAH...
.
AMIN YA ALLAH...
.
.
.
.
.
.

10 comments:

Aanas said...

salam tuan RKA,

kenapa nama penyumbang terbesar kat bawah sekali.. heheh... :)

sib baik apak juruletih, kalo pengadil, sure tak achi.. sah2 asyik R.Muhammad jer yang menang nanti.. :)

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Aslmkm Aanas... smoga sihat selalu...
penyumbang tersikit kena la duduk bawah skali...hehee

sebenarnya memang letih jadi juruletih untuk mereka2 yang baru belajar...kena banyak sabar...kadang2 sampai mengantuk tersengguk-sengguk layan diorang nie... tapi seronok jugak bila diorang panggil saya ustaz... hehe tak payah susah2 pegi Mesir...

terimakasih banyak2 kerana tak jemu2 singgah blog saya walaupun saya lama tak jengok blog kamu... sibuk sgt skrg nie...

Aanas said...

salam tuan RKA,

budak2 panggil ustaz walopun bukan ustaz sebeno, sebab janggut lebih panjang dari ustaz Mesir kot.. heheh..

takde hal tak singgah, sikihit pun den tak kocik ati.. bukan ada apa pun, citer hal anak2 jer.. itu lah pun asal tujuan blogging..

Anonymous said...

Assalamualaikum sheikh,

Baru baca blog tuan. Sangat menarik. Sampai posting lamo-lamo pun den baco. Teruskan berblog dan beramal.

MMS, Laman Villa.

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

wa'alaikumussalam wbh tuan... semoga sihat dan ceria selalu...

terimakasih atas "lawatan che kiah" tuan ke blog ana yang baru nak belajar nie...hehee... ana memang nak jumpa tuan dan belajar lagi fasal komputer nie... kalau boleh ana nak berguru dengan tuan... boleh kan...?

terimakasih tuan...

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Aslmkm Aanas... semoga sihat selalu

Janggut cari makan tu... hehee

Iya lah kan, dah maghrib macam nie cerita anak2 je yang paling best untuk dikongsikan...

terimakasih banyak Aanas...

miloais said...

wahhhh!~ terer uols main pingpong...
for me... bab sukan2 ni... takat tolong tengok bleh...
hehehehe

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Aslmkm Miloais... semoga ceria selalu...

Boleh la sikit-sikit... bersukan sekadar mencari peluh dan mencari kawan selain mengukuhkan ukhwah dengan saudara dan sahabat yang sedia ada...
tapi kadang2 bersukan juga boleh hilang kawan... hehee...

terimakasih miloais atas kunjungannya...

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga sdra sihat hendaknya..

Wah menarik dah jadi jurulatih rupanya. Takper kan, bakat yang ada tu dicurahkan kepada yang berhak menerimanya.

Saya tak mahir sangat main table tennis ni, lebih minat kepada lawn tennis :)

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Wa'alaikumussalam wbh ustaz...terimakasih atas doanya dan semoga ALLAH SWT kurniakan kesihatan yang baik buat ustaz sekeluaraga...insyaALLAH

Ana jurulatih tak bertauliah ustaz... ajar sekadar yang tahu ikut pengalaman je..hehee
kalau ana ke Sarawak nanti boleh la kita main lawn tennis... Setahu ana Sarawak punyai pasukan lawn tennis remaja yang kuat selain Perlis, KL dan Negeri Sembilan... syabas buat orang Sarawak...

(sebenarnya ana sangat2 terharu atas kunjungan ustaz ke blog ana nie walaupun ana sejak akhir2 nie dah jarang buat blogwalking... terimakasih banyak2 ustaz...)

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.