Assalamu'alaikum wbh...
.
Hujung minggu yang baru lepas ni kami sekeluarga berkampung 3 hari 3 malam di wad 314 Senawang Specialist Hospital (Hospital SALAM Lavender Heights). Anak RKA, Muhammad patah siku kanan ketika bermain bola bersama RKA di Pusat Sukan Paroi malam Sabtu lepas.
Muhammad menahan kesakitan masa mula sampai kat hospital Salam Lavender Heights
.
Malam tu, selepas balik dari hantar anak sulung (RPNF) tusyen kat Ampangan, RKA, Cheputeh dan Muhammad singgah di pusat sukan tu untuk riadah mingguan... Bagaimanapun segalanya bertukar menjadi tragedi apabila Muhammad terpijak bola ketika cuba menahannya dari meleret jauh ke tengah padang...
.
(wah... hensem la pakai cap tu... macam nak buat teknik rebonding je dik...)
.
.
.
Dua batang wayar (3 inci) dipasang kat siku Muhammad untuk mencantumkan semula tulang yang terpatah...
. Alhamdulillah selera makan Muhammad dah pulih semula dan nampak bertambah sihat... (Sedang menjamah laksa penang pemberian jiran kami makcik Sue & pakcik Nasa beberapa jam selepas sepinggan spaghetti Pizza Hut... hmmm... anak abah ...)
.
.
Syukur ALHAMDULILLAH Muhammad dah mula sembuh dan berselera macam biasa... Terimakasih kami ucapkan kepada Doktor Zairul, Doktor Hanafi, Doktor Fizah (Klinik Anjung Karisma) dan semua staff Hospital SALAM Lavender Heights atas layanan dan budi baik kamu semua. Juga terimakasih kepada semua sahabat-sahabat, jiran-jiran dan saudara-mara yang berkunjung dan menghantar sms, mendoakan kesejahteraan Muhammad...
.
Perkara yang berlaku sekelip mata terasa seakan menyentap sedikit kegembiraan, namun RKA pasti ada banyak rahmat ALLAH SWT tersembunyi disebaliknya...
.
.
.
Alhamdulillah...
.
.
.
5 comments:
iols ngeri tengok x-ray tulang yg patah tu... nak plak ada wayar tu... aduhhhhhhh!~
kena kurangkan aktiviti lasak buat sementara waktu lah ye...
kesian dia....
tak pe - kanak2 yang sihat & cergas
pasti cepat sembuh seperti sediakala...
assalamu'alaikum miloais,smoga sihat slalu...
sayu hati tengok keadaan dia tapi dia rileks je... (abahnya pulak yg terlebih-lebih sayu hehee...)
memang doktor nasihatkan dia berehat panjang dari aktiviti sukannya. kalau ikutkan hujung bulan nie Muhammad wakil sekolah untuk acara sepaktakraw dan memanah peringkat MSSD... dah jadi mcm ni terpaksalah berehat...
terimakasih miloais...
Assalamualaikum saudara...
Moga saudara sihat hendaknya di samping tugas seharian serta ibadah kepada~Nya..
Allahu akhbar...moga anak saudara segera sembuh..
Wa'alaikumussalam ustaz, semoga ustaz sekeluarga juga sihat dan sentiasa dibawah lindungan ALLAH SWT... insyaALLAH.
Terimakasih banyak atas doa ustaz tu...sememangnya itulah yang sentiasa diharapkan dari ALLAH SWT... semoga ALLAH SWT kurniakan kesembuhan yang benar-benar sembuh kepada Muhammad...
terimakasih lagi sekali atas kunjungan...
Assalamu`alaikum
alahai.. Inshaallah, masa acik anaa tulis ni, Muhammad dah almost 100% sembuh kot.. cian dia.. nengokkan bengkak tu, macam boleh bayangkan sakitnya.. achik dulu masa terpelot yang tak patah tu pun sakit kemain.. lepas ni, jagalah siku tu ye.. atte wayar tu bila pulak nak dibuang..?
Post a Comment