Kidal vs Kudung...

Selalu betul RKA tengok orang makan dan minum guna tangan kiri. Sedih rasa hati sebab bukan ke dah banyak kali diingatkan dengan hadith bawah nie...



(gambar ikhsan alkiram.net - tengkiu very big...)

Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya". Hadith riwayat Muslim


(terimakasih imam muda Firdaus MMC kerana forwardkan hadith nie...)

Pun begitu ada jugak yang kata, "Doh ambe memang kidal, nok wat guane...?"

RKA rasa itu bukan masalahnya... kidal ke tak kidal, makan dan minum kena pakai tangan kanan...! Itu kata Nabi dan sebagai umatnya kita kena patuh. Kena ikut. Kecuali la kalau kudung, takde tangan kanan...! Itu lain cerita...

Kalau kidal dijadikan alasan kenapa pulak orang tak kidal boleh istinjak (bersuci dari najis kecil) pakai tangan kiri...? Kenapa tak pakai tangan kanan...? Pokok pangkal ibu-bapa kena ajar anak sedari kecik. Biar la anak nak buat pekerjaan lain guna tangan kiri (andainya dia kidal) tapi makan dan minum ajar atau kalau perlu paksa pakai tangan kanan. Ajar anak ikut sunnah... Bagitau kat anak-anak "...ini Rasulullah S.A.W. yang suruh..." dan bukannya "...malu kat orang nanti...!!"

ALLAH SWT jadikan Rasulullah S.A.W. sebagai manusia, tapi bukanlah manusia biasa macam kita. Rasulullah S.A.W. manusia LUAR BIASA yang menjadi contoh kepada seluruh umat. KuburNya pun tidak pernah dan tidak akan dihinggapi lalat sebagaimana kubur-kubur orang lain... Sebegitu hebatnya Rasulullah S.A.W., masihkah kita mencari contoh ikutan (idola) yang lain selain dari Baginda...?


Hebat ALLAH...

2 comments:

Unknown said...

AsSalamualaikum....
Naqib pun dah tunjuk kekidalannya.
Susah gak nak cuba mengubahnya. Bagi apa pun kat tangan kanan pasti ditukar ke tangan kiri. Mudah-mudahan bila semakin membesar/faham, akan berubah nanti. Akak dan abang dia pun kidal gak masa kecik. Tapi sekarang alhamdulillah dah ok.

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

wa'alaikumussalam dan terimakasih kerana sudi berkunjung ke sini...

bertuah Naqib kerana mempunyai ibu-bapa yang soleh/solehah yang sentiasa berusaha membentuk sebuah keluarga muslim dalam keadaan iman dunia yang semakin goyah ini...masyaALLAH

hebat ALLAH...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.