Tak Rela Diperbodoh...!!!

Gambar kapcai kat Bandaraya Manila yang sempat RKA rakam sebelum balik KL...
.
.
.
Assalamu'alaikum wbh...
.
Dah lama sebenarnya RKA nak tulis entry nie tapi ada je aralnya... kali nie dapat peluang RKA publishkan sebagai tanda tak puas hati RKA kat satu iklan TV nie... (tak pasti pulak RKA dah ada orang komplen ke belum...)
.
Dulu masa RKA masih bersekolah, kat JB tu banyak betul group motor kapcai tumbuh macam mushroom soup ditimpa hujan... Antara yang paling popular ketika itu ialah kumpulan DUNE, ELORA dan SALAMAYAT... Sesekali kalau ada peluang dapat jugak RKA join diorang lepak kat tembok hujung simpang, dekat dengan balairaya SK... Saje je lepak dengar diorang bersembang fasal motor dan aktiviti rempit diorang... Lagikpun diorang tu bukan orang lain, sedara mara sepupu sepapat RKA jugak...
.
Masa tu RKA sekolah lagi, so melopong je la mulut RKA dengar cerita diorang...
Antara perkataan yang selalu digunakan ialah perkataan "BODOH"...
.
Contoh:
.
"Bukan camtu, BODOH..."
"Camni, BODOH..."
Lama kelamaan perkataan BODOH tu disingkatkan menjadi "DOH" sahaja...
.
Contoh:
.
"Bukan camtu, DOH..."
"Camni DOH..."
(tapi bukan semua ahli kumpulan yang cakap macam tu...)
.
Sekarang, ada satu iklan TV, tanpa disekat-sekat... tanpa ditegur... dengan "bangganya" membodohkan SELURUH para penonton... dari yang terendah "kasta" sampailah yang setinggi-tinggi "kasta"...
.
"LAJJU DOOOOOOOOH....!!!
.
Atau kalau diterjemahkan mengikut bahasa budak-budak DUNE, ELORA dan SALAMAYAT...
.
"LAJU, BODOOOOH....!!!"
.
Atau kalau diterjemahkan ke bahaso nogori...
.
"LAJU, BANGANG...!!!
.
.
.
.
.
huh... malas nak cerita panjang... pikir la sendiri...
.
.

8 comments:

miloais said...

now i know where the word 'dohhh / dowhhhh' come from!
hahahahah

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

aslmkm miloasikurangmanistambahgulabatu...
semoga anda serta ais-ais anda sihat selalu...

macam tu la sebenar kekdahnya... ingat kalau takda apa2 tindakan saya nak repot kat persatuan pengguna...

Jejaka Desa said...

Assalamu'alaikum Abi.Tak perasan pulok koi iklan kat tv ter.Mende koi jarang2 nengok sebenornye.Tapi memang ande sesetengoh iklan ter yang tak berape molek untuk ditayangkan.

kakcik said...

Oh! itulah asalnya perkataan 'dowh' itu? DOWH - begitulah ejaan yang sering kakcik jumpa!

Sekarang, kakcik perhatiakan dua orang anak kakcik tu kalau marah, akan cakap macam ni'bukan macam tu lah PANDAIIIIII...' Mereka dah gantikan perkataan bodoh kepada pandai. :)

Aanas said...

Assalamualaikum tuan RKA,
ye lah.. baru ler tahu asal usul perkataan dowh tuh... lepas ni boleh ler tegor kengkawan yang guna perkataan tuh tanpa tahu apa maknanya..

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Assalamu'alaikum JD... harap JD sihat selalu

Kalau JD selalu tengok TV insyaALLAH jumpa iklan nie... sekarang nie iklan TV memang dah semakin teruk... kadang2 tak masuk akal pun ade... haiii.. apa nak jadi dengan generasi anak2 kita esok iye...

tq JD...

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Assalmu'alaikum Kakciks... didoakan semoga kakciks sihat selalu...

macam tu la sikit lebih kurang ceritanya... sakit betul hati tengok iklan tu...

bagus juga idea anak2 kakciks tu... kalau selalu disebut perkataan "pandai" tu boleh jadi satu doa tu...

terimakasih kakciks...

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Assalamu'alaikum Aanas... dengar tuari kurang sihat... harap2 dah sembuh...

Bagus tu...tegur je... sebab perkataan2 tak baik macam nie memang cepat jadi ikutan...

terimakasih Aanas...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.