Sambal Belacan Asam Kalenda

Assalamu'alaikum wbh...
Pernah tak tengok buah ni...? Orang Kodiang panggil buah Asam Kalenda dan benihnya RKA import dari rumah mertua RKA di Kodiang. Ini kali keempat pokok yang RKA tanam tepi laman rumah RKA ni berbuah. Kali ni lebih lebat dari biasa... Ada lebih kurang 347 biji kesemuanya (jangan percaya, RKA hentam je..heheee...)

Kalau tengokkan rupanya memang boleh meleleh air liur tapi rasanya mak oii... masam kedarok (sepatah kata orang Johor). Burung pun tak sanggup nak makan (kecuali burung mengandung sulung...)
Warnanya yang merah menyala mencantikkan laman sempit rumah RKA... memang sesuai untuk dijadikan pokok hiasan... tapi AWAS... durinya panjang, bercabang dua, tajam dan sangat berbahaya kepada perahu-perahu kecil...!!
Geram tengok kaler dia...
Tak pernah pulak RKA tengok depa masak buah nie, kalau ada pun makan dengan garam-belacan + cili api (cabai melaka) dan sedikit gula... tapi biasanya dibiarkan begitu saja atas pokok atau jatuh ke tanah tanpa jasa...
2 minggu lepas RKA tak boleh tahan... ambik tapis dan "tuai" buah asam nie... (konon-konon macam tuai anggur kat kampung RKA di selatan Belarus tu...)
Buah asam kalenda tu RKA bersihkan dan tos... Lepas tu termenung sekejab... nak buat apa pulak dengan asam nie...? Dibuang sayang dimakan masam...
Last-last dapat idea... ambik cili api sikit, belacan Klebang sikit + ikan bilis... maka terhasil lah Sambal Belacan Asam Kalenda... RKA rasa Chef Wan pun tak pernah buat resepi nie... nie boleh dikira signature recipe RKA la nie... hehee
Selebihnya RKA bubuh garam dan gula, masukkan dalam botol - buat jeruk...

kan ALLAH SWT dah berfirman,
"TIDAKKU JADIKAN SESUATU ITU SIA-SIA..."

HEBAT ALLAH, KAN...?

15 comments:

ahmad humairi said...

selamat menyambal

...moga ceria selalu.

R F ™ said...

Assalamualaikum :)

study,alhamdulillah.
tspi sekarang tengah semester cuti 4bulan. apa khabar keluarga?sihat?

miloaiskurangmanis said...

salam RKA...
iols tak penah lagi makan asam ni
ni pun - first time nampak gambarnya..dan tau namanya...

apa2 pun - bab masam2 ni... iols kena tolak tepi lah... iols ada gastrik... memang tak leh makan asam2 ni!

tapi gambo buah tu cantik ye..

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Asam Kalenda...
Tak pernah dengar.
Tapi kalau dah masuk bab sambal, memang nak nampak mertua kat belakang.

salam ziarah
TQ

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Assalamu'alaikum cikgu humairi...
terimakasih atas kunjungan tapi minta maaf lambat reply sebab leka menyambal... hehee

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Wa'alaikumusalam RF...
kami sekeluarga alhamdulillah sihat... kalau balik kampung jangan lupa sampaikan salam "assalamu'alaikum" kami pada keluarga di sana ya...

terimakasih

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Salam miloais...
saya pun nasib baiklah dapat isteri orang kodah kalau tak mungkin tak dapat tengok pokok nie...
kalau ada gastrik memang tak elok makan benda masam2...

ais pun kena kurangkan...

terimakasih miloais...

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Wa'alaikumussalam admin p@p...
tu la tu... sambal belacan memang power sampai alleycat buat lagu...hehee

terimakasih kerana sudi singgah kat sini...

R F ™ said...

alhamdulillah.
InsyaAllah :)

Unknown said...

hhmm..memang terasa pecah ayaq lioq bila dengar kome bercerita...fuuhh..
tak pa..kalau teman rasa nak makan poi je doket soromban tu boleh ambik kot..haa
kira halal laa.kan kalau nak makan..kan..hee

Abd Razak said...

Assalamualaikum ya sahabat...

Moga sahabat sihat hendaknya serta sentiasa dalam perlindungan Allah Taala..

Pertama kalinya dengar buah asam ini. Biasanya kalau buah asam ni saya minat juga.

FaAtip said...

salam.
baru berkesempatan singgah. cantik pulak blog yang baru ni kalau nak compare dgn yang lama.... :)

saya dah terliur tengok buah tu! nasib baik kat rumah ada mangga epal!

Anaasuria said...

terer gak masak ekk..

synthec96 said...

NIce!!! do visit wwww.synthec96.blogspot.com

synthec96 said...

nice one lah ... boleh lah kalu nak lawat. www.synthec96.blogspot.com

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.