Assalamu’alaikum,
Selang beberapa hari selepas DYMM Tuanku Muhriz dimasyhurkan menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 29 Disember 2008, RKA berkesempatan berbual dengan mantan Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Yang Berbahagia Ustaz Zaidi selepas beliau menyampaikan ceramah kuliah subuh di Surau Ibnu Khaldun, LH. Dalam perbualan itu Ustaz Zaidi menceritakan tentang kezuhudan YM Tuanku, dari bagaimana YM Tuanku menjaga solatnya hinggalah kepada hidang-santapannya yang sentiasa dipastikan halal dan bersih.

RKA terpegun dan bermula dari saat itu RKA “jatuh cinta” dan memasang azam untuk berjumpa dan kalau boleh memeluk baginda tuanku.
Masa berlalu namun angan dan kerinduan untuk bertemu YM
Tuanku tetap segar dalam sanubari RKA. Kerinduan ini pernah RKA ceritakan
kepada seorang sahabat baik YM Tuanku yang juga jiran baik RKA di LH, iaitu En.
Mohd. Ghazi. Beliau mempelawa RKA bersolat Jumaat bersama YM Tuanku kerana
inilah satu-satunya peluang terbaik RKA untuk bertemu YM Tuanku secara dekat.
Alhamdulillah, pada hari Jumaat 30hb Ogos 2013 yang lepas RKA
bersama anak RKA, Raja Muhammad Al-Baihaqi (Muhammad) berpeluang menyertai rombongan Di-Raja
bersolat Jumaat di Masjid Al-Firdaus, Melang, Kuala Pilah. Rombongan bertolak
dari Istana Hinggap, Seremban lebih-kurang pukul 12.45 tengahari dan
sampai di Masjid Al-Firdaus, Melang sejurus sebelum azan zuhur berkumandang. Rombongan kami disertai oleh lima orang Polis Pengiring Bermotosikal dan 8 kereta termasuk 1 kenderaan rasmi YM Tuanku.
Sekali
lagi RKA bersyukur kerana selain terpilih untuk bersama dalam satu rombongan YM Tuanku, dapat pula bersolat Jumaat satu saf dengan baginda. Alhamdulillah...
Selesai solat rombongan kami terus ke Istana Seri Menanti untuk makan tengahari bersama YM Tuanku. Selepas makan RKA dan Muhammad diperkenalkan kepada YM Tuanku oleh En. Mohd. Ghazi. Kami sempat berbual pendek dan bergambar sebelum YM Tuanku berangkat pulang ke Istana Hinggap di Seremban untuk urusan baginda yang selanjutnya.
Pertemuan singkat tapi manis itu insyaALLAH akan terus kekal dalam ingatan RKA. RKA doakan semoga ALLAH SWT lanjutkan usia YM Tuanku dan limpahkan rahmat serta kurniakan kesihatan yang baik ke atas YM Tuanku, keluarga serta kerabat YM Tuanku.

Raja 'Adil Raja Di-Sembah
Raja 'Alim Raja Di-Rindu…
Daulat Tuanku
RKA03
Daulat Tuanku
RKA03
Rombongan kami memasuki perkarangan Masjid Al-Firdaus Melang, Kuala Pilah sejurus sebelum azan zuhur
Muhammad tak lepaskan peluang berposing di hadapan kereta rasmi Raja kesayangannya, DYMM Tuanku Muhriz...
Polis Pengiring Bermotosikal
DYMM Tuanku Muhriz mengatur langkah menuruni tangga Masjid Al-Firdaus Melang
YM Tuanku sempat berbual mesra dengan para jamaah sebelum memasuki kenderaan rasmi baginda untuk berangkat pulang ke Istana Hinggap, Seremban
Hidangan di Dewan Santapan...
Curi-curi ambil gambar Muhammad dalam Dewan Santapan Di-Raja
Bergambar kenangan bersama DYMM Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir, Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan ke-11
Jumpa sahabat lama RKA, En. Jaafar Pengarah Bomba Kuala Pilah (rakan sePing-Pong RKA)
8 comments:
Assalamualaikum adik kakcik RKA...
Alhamdulillah. Semoga kezuhudan baginda menjadi contoh teladan kepada rakyat jelata.
InsyaAllah, 8/9 (Ahad) ini kakcik akan ke Lavender Height. Adakah RKA akan berada di sana?
Wa'alaikumussalam kakcik.. mudah-mudahan macam tulah...insya'ALLAH
Insya'ALLAH Ahad nie kalau takparal saya hadir...jumpa kat sana...
YOU'RE SOMEBODY...
fairus...
ekau pun somebody gak...asyik masuk paper je sampai mamak jual paper tu pun dah konal kau...huhuu
tahniah bro, insyaALLAH dlm masa terdekat nie RKA nak tulis kisah RKA masuk paper pulak hehee
Mana perginya komen saya .. huhu.
maaf tnhj...dalam entry yang ini tnhj komen kat dalam blog tnhj tapi saya tak ingat entry yang mana satu...
saya ada baca pantun tnhj fasal dapat menantu tapi nak balas tak boleh masuk...
Assalamualaikum bang RKA, pengalaman MANIS tu :-)
Wa'alaikumsalam wbh paktam...lamo tak jumpo...harap sihat walafiat selalu...
terimakasih paktam...
Post a Comment