The Traveller - Lonely Bus...

Assalamu’alaikum, 
Sebenarnya RKA agak malu nak cerita sebab takut…(klik) Tapi atas semangat yang diberi oleh blogger tersohor TNHJ AL-LAVENDARI (klik) RKA gagahkan jugak lah…hehee

 bergaye depan opis...

Camni cerita dia…tajuk dia "The Traveller - Lonely Planet Bus"...

Ramai sedara-mara, sahabat dan kenalan bila jumpa RKA akan bertanya pengalaman serta kesanggupan RKA 8 tahun kerja berulang-alik KL-SBN… ada yang respect ada jugak yang suspect…huhuu..  Tapi, dah orang bertanya RKA cerita ler…(orang tak tanya pun kadang2 RKA cerita jugak…hehee peramah la katakan…) Cuma sesekali tu jemu jugak bila soalan yang sama diajukan.. lenguh lidah nak cerita benda yang sama dimasa-masa yang berlainan…
Ditakdirkan ALLAH SWT, pada hari Rabu 31 Julai 2013 lepas seorang wartawan paper NST telah dengan bangganya menyelek (men-select) RKA untuk dijadikan model cover cerita kisah orang berulang-alik KL-SBN… Dia interview over the phone je… 5.30 am dikala subuh-subuh sapi’e Khamis 1 Ogos tu sorang photographer NST dah terpacak depan pintu-gate rumah RKA...ambik gambar dari rumah sampai la ke dalam bas kat tmnl 1…pastu sampai KLCC sorang lagi jurugambar dah siap sedia menanti..dia snap..snap..snap…snap…snap sampai la kat opis RKA…Umangaiii…dah macam artis la pulak… dan pada Ahad 4 Ogos cerita RKA tu pun tersiarlah di dada akhbar New Sunday Time (NST)… hambik kau…! Satu Malaya baca… glamer kejab sehhh…hehee


Pastu ramai la sahabat lama call ucap tahniah dan usik-usik RKA…Alhamdulillah...
RKA nak ucapkan ribuan terimakasih kepada TNHJ AL-LAVENDARI (klik) kerana war-warkan cerita nie kat facebook LH…so nanti tak payahlah RKA susah-susah bercerita…kalau orang tanya lagi RKA jawab sila layari link di bawah ini…

 Lapan tahun berulang-alik memang la letih tapi...
IT WAS WORTH IT WHEN HE RETURNED HOME TO SEE HIS WIFE (CHEPUTEH), DAUGHTER (RPNF) AND SON (MUHAMMAD) LIVING COMFORTABLY… 
“AS A FATHER, IT MAKES ME HAPPY…”

Terimakasih juga RKA ucapkan kepada isteri RKA yang tersayang sebab tak pernah jemu gosok baju dan kejutkan RKA dan anak-anak setiap pagi... 
Luv You So Much...



RKA03

 


14 comments:

al-lavendari said...

saya selalu gak keluar surat khabar tapi tak ada orang kesah pun.

mungkin kena masuklah lepas ni .. baru orang kesah. hehe.

t/kasih kerana mempromosikan blog dan diri saya. kalau buat selalu pun saya tak kecik hati. hehe

fairus said...

SYABAS.. KESANGGUPAN TUAN BERULANG ALIK KE TEMPAT KERJA DEMI KELUARGA.. NASIB BAIK TK JAUH SANGAT, KALAU PERLIS KE, JOHOR KE, JAUH TU..

Acik Erna said...

Semoga anak2 RKA berjaya didslam peperiksaannya.
Anak sulong RKA akan menduduki SPM
Anak bongsu acik pun SPM..doakan mereka semua berjaya

anyss said...

Assalamualaikum,
Datang dari blog pakngah ni...

Saya dah lama kagum dgn org seremban yg keja dikl...tabik spring!

ibuintan said...

AS A FATHER, IT MAKES ME HAPPY... sanggup berkorban apa saja kan demi keluarga

pastinya hilang segala penat bila sampai je di rumah disambut senyuman manis anak2 dan isteri

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Tnhj takyah masuk paper dah popular dah hehee. . . RKA tolong promosi takat yg mampu je tnhj, blog RKA blm cukup popular utk mempopularkan org lain

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Tqvm tuan Fairus,
Prnh jugak berulang SBN-Telok Ramunia Johor 2004-2005 lg parah tuan..duit habis atas jln tak dpt nk nyimpan

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Acik Erna,
Anak rka dh spm tahun lps skrg kt local ipt..sama2 kita doakn kejayaan mereka dunia akhirat..

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Wlkmslm Anyss,
blog pakngah mmm blog popular tu..

Tabik spring ganda 23...toinggg...!

Tqvm anyss

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Amek boto tu ibuintan...tengok wajah ceria mereka lupus semua lelah & hiba...

Tqvm ibuintan

fairus said...

NI LINK SAJAK TU.. http://fairusmamat.blogspot.com/2011/03/tujuan-sebenar-berblog-sebelum-kenal.html

JunAina said...

Salam...

Singgah dari blog Pak Ngah Al-Lavendari. Saya berulang dari Kajang pun ada yg kata jauh inikan pulak Seremban... Rasa dengar pun dah letih.

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

tn fairus,
insyaALLAH free time saya baca sajak2 tn tu..


tqvm tn

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

tqvm junAina sebab sudi singgah sini... blog pak ngah al-lavendari tu memang ngam...jiran seh tu..hehee

kajang pun jauh jugak kalau jam hehee

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.