Aku Bukan Munshi - 1

Karya 1998 (Water colour + artline pen)

---------------------------------------------------------------
.
"Mal..."
"Saya mak..."
"Tolong tuliskan surat untuk Abah..."
.
Kadang-kadang...
.
"Tuliskan surat untuk Long..."
.
Kadang-kadang...
.
"...surat untuk ngah..."
.
Lepas tu...
.
"...surat untuk Kak Cik..."
(bukan Kakcik Seroja tapi Kak Cik Sam (R. Shamsiah) yang kat Mersing tu...hehee)

.
Seingat RKA seawal darjah 2 lagi RKA dah jadi tukang tulis dan tukang baca surat untuk emak. Bila emak suruh je RKA terus ambik kertas dari buku latihan yang dah tak pakai pastu duduk bawah lampu pam (lampu gasolin) dan mulalah mengarang.
.
"Assalamu'alaikum, kehadapan Long sekeluarga. Apa Khabar? Kami doakan semoga Long sekeluarga sihat sentiasa hendaknya.... kami di sini sihat-sihat sahaja..."
.
Ayat yang sama untuk pembuka kata surat Ngah, itulah jugak ayat untuk Kak Cik dan itulah jugak ayat pembuka untuk beberapa abang dan kakak yang lain.... Perkataan "Assalamu'alaikum" tu biasanya dalam jawi... Yang lain-lain rumi... hehee... Kira OK la kan...
.
Tulisan jangan kira ler... senget-benget... yang tak tahan, siap lukis kartun sikit kat belakang surat... pakai pensil 2B pulak... tengah-tengah malam buat silap, cari pemadam tak jumpa, padam la pakai rubber band yang dililit kat belakang pensil... hahaa... asal boleh je... habis comot-koreng surat tu RKA kerjakan... lantak... asalkan diorang paham... tapi RKA rasa memang diorang paham pun sebab selang beberapa minggu lepas tu diorang balas surat RKA tu. Kalau tak paham takkan diorang balas kan...? Kadang-kadang siap selitkan duit singgit sebagai upah RKA tolong tulis dan bacakan surat untuk emak... (hehee... kayo pakcik...)
.
Yang bestnya setiap kali diorang balik kampung RKA dapat banyak hadiah...
.
"Peksa dapat nombol berapa...?"
"Satu..."
.
Siap ler... petang tu kadang-kadang Long bagi pensil kaler... Ngah pulak bagi pen Pilot dakwat basah... ingat lagi RKA, pen tu warna maroon, harga dia RM5.70... mahal tuu.... Kak Nor bagi pensil 2B satu dozen... Kak Lut pulak bagi pencil box ada gambar robot... tu belum kira hadiah yang sekolah bagi lagi tu...
.
Bila tiba hari penyampaian hadiah kat sekolah, emak RKA siap bawak beg plastik bising untuk bawak hadiah yang RKA dapat... sebab dapat nombol satu dan markah tertinggi dalam hampir kesemua mata pelajaran... (meninggalkan pencabar terdekat Fadhilah Paiman, Lili Rohayu Saipol dan Rohana Taib...) Kadang-kadang tu awal persekolahan tak payah beli alat tulis sebab semua dah dapat free... siap bagi-bagi kat adik-adik yang lain... jimat...jimat... heheee
.
...best tul la masa tu....
.
.
.
.
.
.
...tapi itu dulu...
Sekarang semuanya dah berlalu... Emak dan abah pun dah lama pergi meninggalkan RKA... Hampir setiap kali mengadap dan menulis blog nie RKA mesti terkenangkan peristiwa RKA menjadi tukang tulis surat untuk emak...
.
Apapun, atas berkat susah-payah emak ngan abah hantar RKA ke sekolah lah maka RKA pandai menulis dan membaca macam sekarang nie... kalau tak tak tau la...
.
.
.
.
.
.
.
.
(so..... perlu ke aku meninggi hidung setinggi hidung Munshi...? lagi pun aku tak pasti siapa Munshi...)
.
.
.

10 comments:

miloaiskurangmanis said...

salam RKA

wahhhh.... dari kecik dah asah bakat menulis
bagus betul uols!

no wonder - hasil penulisan uols best banget

:D

Abd Razak said...

السلام عليكم ورحمةالله ..:)

Moga sdra sihat hendaknya serta sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya...

Ibubapa kita membesarkan kita serta memberi kita pelajaran dan sebagainya tidak mengharapkan balasan kan! Begitulah pengorbanan mereka.

Anaasuria said...

salam tuan R.Mal@RKA

heheh. darjah 2 dah pandai tulih jawi..? kita darjah 6 pun terkial2 lagik.. beso pahala tolong omak jadi tukang tulis dan tukang baca..

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Salam Miloais... moga sihat selalu... maaf banyak-banyak sbb lmbt reply... masa tak mengizinkan saya berblogging sepanjang minggu nie... sibuk amek...
apapun terimakasih banyak2 atas kunjungan dan tinggalkan komen kat sini...

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Salam Ustaz, semoga ustaz sihat selalu... maaf banyak2 sebab ana tak berkesempatan nak jengok blog sepanjang minggu nie... camanapun ana ucapkan berbanyak terimakasih sebab tak jemu-jemu berkunjung ke blog ana nie...

jazakallah ustaz...

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Salam Aanas, moga sihat selalu...

tahu tulis jawi tu pun sebab emak & abah hantar sekolah... kalau tak ontahlah...

terimakasih banyak Aanas...

sahromnasrudin said...

tahniah kerana memang peraduan kakcik...sdra sungguh berbakat..syabas dr saya...

Kakcik Seroja said...

Assalamu'alaikum Dindaku...

harapnya dapatlah adinda emelkan alamat adinda kepada kekanda di emzekjay@hotmail.com. Ada sesuatu yang ingin kanda titipkan buat dinda.

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Assalamu'alaikum saudara Sahromnasrudin, semoga tuan sekeluarga sihat selalu... alhamdulillah dan terimakasih dari saya... tuan pun hebat juga...
Maaf sebab lambat reply, bizi amek sejak kebelakangan nie... kojo melahak ibarat kato oghang nogori semilan...

terimakasih sekali lagi dari saya atas kunjung tuan tu...

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Assalamu'alaikum Kakcik Seroja, semoga kakcik sekeluarga sihat selalu...
Maaf sebab tak berkesempatan menjenguk blog, sibuk sangat sejak kebelakangan ini… Saya ucapkan ribuan terimakasih kepada kakcik dan juri professional kakcik, puan Azieazah yang memilih saya sebagai 1st runner-up… inilah kali pertama saya menang peraduan menulis (sebab ini kali pertama masuk peraduan…hehee)

saya dah emelkan addressnya...

terimakasih sekali lagi kakcik...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.