Hilang Tak Berganti...

.
Assalamu'alaikum wbh...
.
Hari Isnin, 21 Mac 2011 sedang kami bergembira menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 11 anak RKA, Raja Muhammad Al-Baihaqi, kami dikejutkan dengan berita sedih pemergian adik kepada emak mertua RKA, Juhari bin Darus atau lebih mesra dengan panggilan Tok Awang Juri @ Pak Teh Awang dikalangan adik-beradik dan saudara-mara terdekat.
.
Pak Teh bersama 4 rakannya yang lain meninggal dunia setelah van yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan ngeri di Pendang, Alor Star, Kedah lebih-kurang pukul 3.30 pagi ketika dalam perjalanan pulang dari membuat persembahan silat di Sungai Buloh, Selangor.
.
Pemergian beliau RKA sifatkan sebagai kehilangan besar dalam dunia persilatan Melayu kerana beliau merupakan seorang pesilat Gayung Fatani yang sangat aktif dan disegani di utara semenanjung.
.
Bersama kita berdoa semoga roh beliau dan rakan-rakannya yang lain ditempatkan bersama insan beriman dan beramal soleh. Amin Ya ALLAH...
.
.
.
Al-fatihah...
.
.
.

10 comments:

Kakcik Seroja said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun. Semoga roh mereka semua damai di sisi Maha Pencipta. InsyaAllah.

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Amin...InsyaALLAH...
terimakasih banyak kakcik...

Anonymous said...

al- fatihah untuk semua mangsa...

dah sampai ajal kan, hanya ALLAH
yang Maha Mengetahui hidup dan
mati kita ~

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Assalamu'alaikum manje...moga sihat slalu...

terimakasih... betul tu, ajal maut tak siapa tahu... dan bila bertandang tak siapa boleh menghalang...

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Hidup mereka di dunia setakat tu jer kan! Moga Allah tempatkan mereka di kalangan orang-orang yang berbahagia di sisi~Nya..

miloaiskurangmanis said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun
Al-Fatihah

salam takziah buat keluarga arwah...

semoga rohnya tenang di sisi Nya...

al-lavendari said...

salam.

takziah juga dari saya .. tak sangka diantaranya ada kena mengena dengan RKA.

begitulah .. bila sampai saatnya yang telah ditentukan, tidak cepat atau lambat sesaat kita akan dipanggil menemuiNya.

sesungguhnya dunia ini pinjam-pinjaman.

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Assalamu'alaikum ustaz, smoga sihat sentiasa...

Betul kata Ustaz... hidup ini sebuah..

"PERJALANAN YANG SINGKAT..."

terimakasih banyak ustaz...

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Assalamu'alaikum miloais...harap sihat...

Terimakasih banyak atas doanya...

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

wa'alaikumussalam THJ... smoga THJ sihat...

memang tepat kata THJ tu... dunia ni pinjam-pinjaman...

terimakasih banyak THJ...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.