Pak Noh...

Lama jugak RKA tinggal kat rumah Pak Noh, dari cuti penggal 3 darjah 6 sampailah cuti penggal 3 tingkatan 2... (Lepas tu tumpang teduh pulak kat rumah Cik Sam (kakak sulung RKA) sampai hujung tingkatan 3...) Bukan sebab RKA tak ada emak & abah, ada... cuma tak tau la waktu tu berat betul hati nak tinggalkan kampung...
Trak askar 2 tan penuh dengan barang-barang pindah dah menanti di jalanraya depan rumah Che Sai'on... emak dan abah pulak dah mula salam-salam orang kampung... sementara adik-adik RKA si Aidil dan Masita (Makcu Ita) tu dah terlompat-lompat tak sabar nak naik trak askar Ngah Sulai... Memang sedih suasana tu tapi tak dapat mengubah keputusan RKA untuk tidak ikut emak pindah ke JB...!
"Jom, Mal..." mak ajak RKA pergi sambil melambai-lambai tangan ke arah jiran-jiran yang bakal ditinggalkan... RKA terdiam sekejab.
"Macamana nak cakap dengan mak ni...? Agak-agak mak marah ke tak ekk..?" RKA cakap sorang-sorang dalam hati... tapi camanapun, nak tak nak RKA kena cakap jugak...
"Err... mak, kalau Kamal cakap mak jangan marah ye... Kamal rasa Kamal tak nak ikut mak pindah la..."
"Ehh, sungguh ke nie...?" Lembut je suara mak bertanya... RKA cuma mampu menganggukkan kepala tanda mengiyakan pertanyaan mak...

"Bagus...! Bagus...! Bagus...!! Meh duduk dengan Cik... Meh duduk dengan Cik...!" Tiba-tiba RKA terdengar suara Cik Timah (mak Pak Noh), berjalan dan seterusnya memegang tangan RKA. RKA dah agak dah sebab Cik Timah memang dah lama nak ambik RKA jadi anak angkat dia. Sejak RKA kecik lagi... tak tau la kenapa, mungkin sebab RKA nie hensem kot... (isshhh... tak baik kutuk diri sendiri... hihiii).

Kehadiran RKA dalam keluarga Pak Noh sebenarnya menambahkan lagi koleksi anak angkat Cik Timah dan Anjang Hussin. Sebelum tu Cik Timah dah ada Apit (Mohd. Rafiz), Cacah (Kursiah) dan Arah (Syarifah Zaharah) dan tak lama lepas RKA, hadir pulak seorang lagi iaitu Acir (Raja Mohd. Nasir)...

Sepanjang tempoh itu apa yang menghairankan RKA ialah tiada langsung rasa cemburu di wajah dan hati Pak Noh walaupun sebenarnya kehadiran kami sedikit sebanyak merenggut sebahagian dari kasih-sayang dan perhatian Cik Timah dan Anjang Hussin kepada Pak Noh yang merupakan anak bongsu dalam keluarganya... dan bermula saat itu RKA mula mengenali hati-budi Pak Noh...

Pak Noh sepupu RKA. Usia Pak Noh cuma 3 tahun je tua dari RKA. Ayah kami adik-beradik. RKA panggil dia Pak Noh sebab terikut-ikut Si-Apit, Cacah dan Acir, anak saudara Pak Noh tu. Seingat RKA sepanjang RKA duduk situ tak pernah RKA tengok Pak Noh marah. Kalau saudara-mara dari jauh datang Pak Noh la jadi mangsa cari buah-buahan, pucuk paku, pucuk ubi dan kelapa untuk dijadikan buah tangan diorang... kadang-kadang kalau nasib baik siap dapat cendawan busut lagi... dan kadang-kadang, adakalanya Pak Noh jadi supir pulak, angkut sedara-mara ke rumah Atuk kat darat atau pergi ke kedai membeli barangan keperluan dapur bagi melengkapkan hari-hari gembira orang lain...

Sabar dan tak berkira langsung kalau buat kerja, dan tak pernah RKA dengar Pak Noh mengeluh apatah lagi memberontak atau mengata-ngata di belakang... Sikap Pak Noh tu sedikit-sebanyak mempengaruhi cara hidup RKA dan perlahan-lahan RKA tengok kami seolah-olah se"aura"...!

Selepas tingkatan 3 kami berpisah. RKA berhijrah (juga akhirnya) ikut mak dan abah duduk kat JB dan selepas itu lama jugak RKA tak jumpa Pak Noh sehingga pada suatu hari RKA terima panggilan dari Pak Noh. Pak Noh bersama isteri dan 3 orang anaknya nak singgah rumah RKA kat Seremban...!!

Waktu pertama kali masuk rumah RKA apa yang RKA nampak ialah wajah Pak Noh yang tak henti-henti tersenyum...

"Sama..." kata Pak Noh, pendek...
"Sama...? Apa yang sama...?" tanya RKA kehairanan...

Selang beberapa minggu lepas tu RKA membalas kunjung ke rumah Pak Noh di Kuala Lumpur...
"Ya ALLAH... memang sama...!" cuma itu yang mampu RKA katakan sejurus menjejakkan kaki kat rumah Pak Noh.

Cat dalaman rumah kami memang sama (beige dan sebahagian sudut berwarna cyan)
Sofa kami sama design, sama corak dan sama warna...
No. rumah RKA, 403
No. kereta Pak Noh 430
No. kereta RKA (waktu itu) 7380
No. motor Pak Noh 3780...
Dan yang terbaru, baju yang dipakai anak RKA dan anak sulung Pak Noh (Raja Mursyid) sama jenama, sama corak dan sama warna...!!

Ya ALLAH... sesungguhnya ini satu persamaan qada' dan qadarMu yang cukup indah bagiku.
Ya ALLAH...sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Agung, Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki, kurniakanlah kami sebaik-baik kesudahan dan masukkanlah kami sekeluarga ke dalam syurgaMu melalui pintu yang sama...
o
o
o
o
o
RKA doakan semoga Pak Noh, Kak Ita serta anak-anak (Raja Mursyid, Raja Hakeem, Raja Badrul Amin dan Raja Nur Mursyidah) sihat dan ceria selalu... Amin Ya ALLAH...
o
o
o

RKA instinct - Mengumpat Is Not Allowed

Assalamu'alaikum semua,

Kalau dulu mengumpat dan mengata nie paling-paling jauh pun sampai hujung anak tangga rumah je... Sambil-sambil cari kutu... sambil-sambil cabut rambut gatal-merenyam... atau sambil-sambil buat letup-letup kepala... masa tu lah waktu yang paling sedap ngumpat - sampai nasik hangit kat dapur pun tak sedau...!! dan biasanya cerita sensasi atau gossip dulu-dulu akan dipanjang-luaskan lagi oleh tukang jual kain "lasit latang" (istilah yang digunakan orang kampung RKA untuk penjual barang rumah ke rumah)...

Tapi sekarang zaman dah berubah... suratkhabar pun dah kecik... kecanggihan teknologi maklumat melebar-luaskan lagi jarak jangkauan umpatan dari celah mata tangga membawa ke dalam igloo di Kutub Utara...! Dengan laptop atas riba, desktop atas meja... dan dengan hanya satu klik - umpatan dan fitnah yang tidak ada kasihan belas menerjah mata dan minda seluruh umat dunia yang zalim, dengan rakus meratah daging saudara mereka yang tidak berpeluang membela diri...!

Kesian, sedih, pelik dan hairan sangat-sangat bila aku duduk sorang-sorang memikirkan keadaan aku sekarang nie... dah berjuta-liun kali diingatkan bahawa perbuatan mengumpat itu sangat keji dan berdosa besar kenapa aku tak paham-paham lagi... dah buta ke hati aku nie...?

Hey aku...! Cuba check dan pikir sebelum klik... Sempoerna-A sangat ke aku nie...? Orang yang aku bela tu betul ke baiknya...? Orang yang aku cerca tu confirm ke jahatnya...? Jangan kerana satu kepentingan atau pujian orang yang mengatakan bahawa aku hebat dan pandai berhujah aku sanggup gadaikan diri aku menjadi bara, bahan bakar api neraka...!

Ya ALLAH... ruginya aku... dalam hidup yang sangat singkat ini aku penuhkan dengan dosa percuma separa membangangkan diri sendiri...

Ya ALLAH... izinkanlah aku untuk tidak mengizinkan blog aku nie jadi medan mengumpat-mengeji, menghina-mencaci saudara-saudara Islam aku di luar sana yang sangat-sangat aku kasihi...

Ya ALLAH ampunilah kami... maafkanlah kami hambaMu yang hina-dina ini...
o
o
o
o
o

Cerita Laut 4 - Jom Makan...

Masa baru-baru join oil and gas kampeny kat Pasir Gudang dulu melopong mulut RKA dengar otai-otai bersembang. "Kat offshore tu living quarters dia macam hotel lima bintang... ada snooker, ada ping-pong, ada gym... makan pun best..."

iye ker...?

Jawapannya ada 2...
jawapan 1 - iye
jawapan 2 - ker...?

Kena yang best, memang best tak hingat... makanan masyaALLAH... punya la banyak sampai tak termakan... Macam-macam ada.. Chicken soup ada... mushroom soup ada...

Pak Sheikh sedang menunggu giliran untuk mengambil makanan di salah sebuah platform di perairan Sarawak...

Kambing panggang ada... jenahak sweet sour ada...
Sawi jepun osyter sauce, rojak buah... coleslaw...salad... ketam kukus...

Kerapu bara steam...

kadang-kadang ikan gelama kering pun ada...
(ok la... rezeki jugak tu...)

Itu yang bestnya... Yang kurang bestnya pulak bila kena ke satelite platform... pagi-pagi buta kena tapau makanan tengahari dari HQ kat darat atau FPSO terdekat... silap haribulan tak sempat makan, makanan dah basi... hapa lagi, tengok air laut je la beb... hahaa...
Masa pergi platform kat Filipina dulu memang nampak bersih je kitchen diorang... Tukang masak pun bukan calang-calang... Yang sorang bekas tukang masak 5 star hotel, yang sorang lagi pernah mewakili negara Filipina dalam festival masakan di Singapura-pura... tapi malangnya tiada makanan halal disediakan di sinun...
Terpaksalah bawak makanan segera dan makanan dalam tin dari Soromban... Seminggu la jawabnya mengadap maggi dan kari kambing dalam tin "Chef Wan..."

Kalau nasib baik dapat makan ikan segar yang dipancing oleh awak-awak bot...

Biasanya kita kena pilih salah satu makanan yang diorang offer dalam flight tu... tapi hari itu... Hari itu...? Iye..., hari itu, habis semua dalam cockpit tu kitorang belasah... orange juice, guava juice, iced lemon tea, hot coffee...... semua tu ada rahsianya...
o
Atau berpesta makan dalam flight dalam perjalanan pulang ke KL... tapi itu semua terpulang pada kepetahan kita mengayat steward atau stewardess kapalterbang tu...
o
part nie den sorahkan pado yang pakar... (saudara ZB)... hahahaaaa...


o

Muhammad - Liku Kehidupan Yang Baru Bermula

Sabtu lepas adalah hari penyampaian hadiah kat sekolah Muhammad... tapi tahun nie Muhammad tak dapat hadiah sebab walaupun dapat agak banyak "A", pihak sekolah cuma bagi hadiah kat pelajar yang dapat markah 100% je... Mmmm... takpe lah Dik, cuba lagi tahun depan... insyaALLAH emak, kakak dan abah sentiasa doakan kejayaan adik (dan kakak juga...) fiddunia wal-akhirah...
Muhammad dalam satu aksi pertandingan Tenis Tertutup Negeri Sembilan bawah 7 tahun di Paroi (penampilan pertama Muhammad - 2007)

InsyaALLAH emak, kakak dan abah akan bantu adik kat mana-mana matapelajaran yang adik lemah... Tapi adik kenalah tingkatkan usaha. Jangan asyik leka main je... Tenis dan memanah tu sekadar aktiviti sampingan je... Adik kena usaha bersungguh-sungguh... Contohi kejayaan kakak - mengatasi kakak - atau sekurang-kurangnya menyamai pencapaian kakak... Kakak dah 3 tahun berturut-turut dapat no. 1 dalam kelas dan top 5 dalam sekolah. (Kat sini abah tak nak sebut berapa "A" kakak dapat dalam UPSR, SPRA dan PMRUnya sebab abah tak nak nanti hidung kakak kembang besor macam piring Astro b-yond pulak...!!!)
Tekun mendengar tunjuk-ajar Coach Dzauddin dalam sesi latihan di Paroi...

Double handed back hand Muhammad sesekali mengecewakan lawan... (namun dapat dibalas mudah oleh abah...huhuu)

Hijrah dari sukan tenis ke memanah... sunnah Rasulullah jangan kita lupakan...

Tahun depan insyaALLAH bermulalah cabaran sebenar adik... SPRA dan seterusnya UPSR (pada tahun berikutnya) bakal menguji kesabaran dan kecekalan adik dan kami semua... Emak dan abah dah rancang beberapa program untuk adik termasuklah kelas tambahan dan program motivasi untuk adik dan kakak juga... So be prepared... We are the busiest family next year onwards...!!! Macamanapun riadah tak boleh tinggal... Ada masa lapang kita berjogging atau lakukan apa saja aktiviti sukan yang dapat membantu menambahkan oksijen dalam otak dan seterusnya mencergaskan minda...insyaALLAH...
MMC O&G Table Tennis Team bergambar kenangan selepas membelasah pasukan lawan 9-0 di UE3-KL...
(Pak Sheikh, Nurul Khairi (Big Boss), Azwa, Ram Bargava, Syukur, RKA, Shahrin, Hassan, Affandi dan Ermanizam)

Nampak gayanya seperti tahun ini (kakak PMR) abah kenalah kurangkan aktiviti sukan abah...
o
Tiada lagi tenis di Spanish Villa (free - Ghazi sponsor...)
Tiada lagi tenis di PNB Darby Park (free - pakai nama Bro Ernieza)
dan tiada lagi table-tennis di UE3 (Pak Sheikh belanja...)
o
Tak apa lah... abah tak kesah... dan tak rasa rugi sedikit pun (...sebab semua tu free...!! heheheee)... asalkan anak-anak abah dapat yang terbaik demi kejayaan masa depan kamu berdua...
o
o
o
o
o
engkaulah emas... engkau permata...
o
aku cuma macam nie saja...

o

Cerita Laut 3 - Chopper vs Boat

Assalamu'alaikum wbh, (nak sambung balik Cerita Laut nie... sila ambik tempat duduk masing-masing ye...)

Biasanya ada dua cara nak ke platform. Satu naik chopper, satu lagi - naik bot... (tapi kadang-kadang RKA berenang je sebab malas nak susahkan diorang...) Kalau naik chopper OK sikit sebab terus landing atas helideck kat platform atau accommodation vessel tu... tapi kalau naik bot ada sikit masalah... nak kena bergayut guna swing rope kat boat landing atau guna bakul atau lebih dikenali dengan istilah basket transfer... (sesekali RKA panjat je tiang platform tu sebab RKA memang spesis tak suka susahkan tuan tanah...hehee)
Naik chopper kat salah satu platform di perairan Kerteh, Terengganu.

Berjalan kaki menuju ke chopper di lapangan terbang El-Nido Island, Palawan, Philippines untuk ke Malampaya SWP.
Bot parking tepi platform. RKA dan sahabat yang lain bersiap-sedia untuk "dibakulkan..."

Basket transfer. Angkat pakai platform crane.
(Bibir menguntum senyuman tapi hati tuhan je yang tahu... hehee... ketaq beb...)

Guna swing rope kat landing platform. Bahaya nie, don't play-play... silap hari bulan 'bedebus' ke laut kita...

Salah seorang platform crew menunggu saat yang sesuai untuk melakukan hayunan dan lompatan... seorang lagi stand by untuk memberi bantuan jika ada perkara yang tak diingini berlaku...
HEBAT ukhwah diorang nie...!

Ada juga yang gunakan jambatan atau gangway (widow maker) yang dihubung terus dari accommodation vessel ke main platform...

Bot bergerak laju meninggalkan platform...

Route map dari Manila ke El-Nido Island, Palawan. Penerbangan mengambil masa 1 jam 20 minit dari Manila ke El-Nido. Dari El-Nido ke Malampaya SWP 15 minit je naik chopper...

Best friend of mine, Mr. Salvador bergambar di hadapan pesawat kecil (20 penumpang) yang membawa kami dari Manila ke El-Nido Island...

Posing separa maut atas bot on the way balik ke darat...
(Imam Muda Nasrullah, TK dan Tnhj Ahmad antara yang paling kerap bersama RKA ke laut...)

Gambar kenangan bersama boat crew sebelum balik KL...
o
part bergambar kitorang memang pakar...hehee
o
o
o
o

Klate Juaro...!!!

Saeng ambo, saudaro Akmal Hussin (penjago gol maut MMC) sedde menunggu denge penuh kesabare serange dari pihok lawe...
o
Assalamu'alaikum,

Persoale siapo jadi juaro Pialo Malaysia 2010 terjawak doh male takdi... Kawe ghoyak doh same saeng kawe namo Syahide (ex-MMC)... Kawe jupo Syahide di Sejik Tabung Haji Key EL (KL) Jumaak lepah...

kawe kato ginni...

"Tahung 1983 Sulte Pahe naik jadi Yang Dipertue Agong, Pahe juaro...
Tahung 1985 Sulte Juhor pulok jadi Yang Dipertue Agong, Juhor juaro...
Tahung 2009 YM Tengku Muhriz naik tahto, Negeri Sembile juaro...
Doh tahung nie Klate dapak sulte baru... Gilire Klate la pulok jadi juaro......"

Tapi bagi saeng ambo saudaro Akmal tu (gambar atas), tak kiro la siapo jadi juaro dia tetak releks tunggu bola maghi... siak parking baek depey pintu gol...

Apapun, tahniah bagi pasukan Kelantan kerana berjaya menjadi juara Piala Malaysia musim ini...



Musim Nama...

Bersama seorang rakan, Arif (Exxonmobil) warming-up kat gelanggang Tenis Paroi...

Assalamu'alaikum wbh,

Perasan tak, lebih kurang 20-25 tahun dulu bumi Malaysia 'dibanjiri' dengan bayi bernama Fathin...! Sana-sini Fathin... Dari Empangan Timah Tasoh, Perlis sampai la ke Pulau Tambisan, Lahad Datu, Sabah... Fathin...Fathin...Fathin... Ibarat dalam tasik, kena kuak Fathin dulu baru jumpa ikan patin... (ooppss... maksud RKA, baru jumpa air... hehee... jangan marah aaa...)

Tak lama lepas tu musim nama Natasha pulak... dari Pulau Tambisan Lahad Datu, Sabah sampai la ke Empangan Timah Tasoh, Perlis (reverse la pulak...hehee...) Natasha...Natasha... Natasha... Kat Seremban, Natasha... balik Kedah, Natasha... Balik Johor pun Natasha.....

Lepas tu musim nama Danial pulak... Boleh dikatakan sebilangan besar anak-anak lelaki sahabat RKA yang lahir sekitar pertengahan dan akhir 90-an bernama Danial... kalau tak Danial, Danish... Danial, Danish, Danial, Danish...

Beberapa tahun lepas tu muncul pulak nama Qistina... sampai ada sahabat RKA letak nama anak dia Qistina dan tak lama lepas tu sepupu dia pulak bubuh nama Qistina kat anaknya. Bermakna secara tak langsung tok wan diorang ada dua cicit bernama Qistina... ! Cuma binti je berbeza...!!

Dan yang terbaru sekarang nie pulak musim nama Rayyan...!!! Setakat bulan Oktober nie dah 3 orang sahabat baik RKA bubuh nama Rayyan kat anak mereka... Itu setakat yang RKA tahu...

RKA tak pasti sangat maksud nama-nama tu semua tapi RKA sangat yakin ianya membawa maksud yang baik, kalau tak takkanlah mereka memilih nama itu untuk anak-anak mereka...

Bab nama ni terpulang masing-masing punya selera... tapi biarlah betul nawaitunya. Sebab ada juga sahabat yang bubuh nama anak mereka "Al-Baihaqi" tapi bila RKA tanya kenapa bubuh nama tu, dia jawab "...Anak kawan I letak nama tu, I dengar macam sedap je so I pun tiru lee..." Laa... guane la pulok (pinjam ayat blogger JD - klik sini....) Ingatkan sempena nama perawi hadith...

Tak boleh la macam tu... kita kena study dulu dan rujuklah dengan orang pandai agama (Ustaz A. Razak ke... klik sini) sebelum letak nama anak sebab ianya akan mempengaruhi peribadi dan akhlak anak dan akan digunakan sampai kat Padang Mahsyar nanti...

Kadang-kadang ada jugak yang suka gabungkan nama suami & nama isteri untuk dijadikan nama anak. Takpe... Tak salah pun asalkan maksudnya baik dan menjadi doa bila dipanggil dengan nama itu... Ustaz dalam radio IKIM pernah pesan, kena hati-hati bila cantum nama suami dan isteri tu... sebagai contoh, kata ustaz tu lagi, nama ayah - Yusuf, emak pulak - Katijah...
cantumkan untuk nama anak jadi YUSKA... (used car) hehee.... haru biru jadinya...
(ustaz tu berseloroh je tu... tak nak bagi pendengar mengantuk agaknya...)
---------------------------------------------------------------------------
Petang Jumaat lepas RKA main tenis kat level 9 PNB Darby Park... Free je sebab ada sahabat stay kat situ... (guna nama dia... bila lagi nak nyusahkan sahabat heheee...) Sementara tunggu pintu pagar gelanggang tenis tu dibuka, keheningan petang tu dimeriahkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun, anak sulung kepada sahabat RKA tu...

RKA memang suka budak-budak... sebab diorang jujur dan belum ada dosa...

Tertarik dengan keletah dan keramahannya, RKA pun mula mengusik...

"Eh...eh...comelnya dia... sapa nama...?"


"Melor..."



mmmmmm... memang klasik...

Pergi Tak Kembali...

Syawal dah seminggu berlalu... Masing-masing menyambutnya dengan nasib dan ketentuan yang berbeza-beza... Ada yang gembira dan tak kurang juga yang menyambutnya dengan penuh kesedihan... (Seingat RKA inilah Syawal yang paling banyak RKA terima berita pemergian saudara atau kenalan terdekat... Ya ALLAH ampunkanlah segala dosa kami dan dosa mereka...)

1- Dalam kegelapan subuh Aidilfitri... ketika orang lain sedang (masih) lena diulit mimpi RKA dikejutkan dengan panggilan seorang sahabat (Sahferi). Dengan nada suara yang penuh kesedihan beliau memberitahu tentang pemergian ibunya yang tercinta disaat takbir sedang rancak bergema di udara...

2- Syawal ke-8, petang penghulu segala hari (Jumaat) RKA terima SMS dari anak saudara RKA (Abdul Hadi) di Singapura... Tok Alang (Mak Alang RKA) meninggal dunia di Changi Hospital... Mak Alang (Raja Ramlah) adalah adik kepada arwah ayah RKA...

3- Adik kepada Hezraq, officemate RKA, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalanraya...

4- Ayah kepada Norhayati (jiran sekampung dan juga ex-officemate RKA) meninggal dunia di HSA, JB...

5- Ibu kepada Czah (ex-officemate) meninggal dunia akibat serangan jantung...

6- Pakcik RKA, Radin Katan meninggal dunia, juga di HSA, JB...

7- Ibu kepada Norhana (ex-officemate di CBE Senawang) meninggal dunia awal pagi tadi di Seremban...

Di sini RKA pohonkan kepada sahabat-sahabat sekelian agar dapatlah sama-sama kita sedekahkan alfatihah dan berdoa semoga roh Allahyarham dan Allahyarhamah (yang disebutkan di atas tadi) diampunkan segala dosanya dan ditempatkan oleh ALLAH SWT ke dalam golongan insan beriman dan beramal soleh... Amin Ya ALLAH...

Kepada sahabat serta ahli keluarga yang lain RKA doakan semoga kamu semua tabah menghadapi ujian ini... Perbaharui syahadah, perbanyakkan amal maaruf dan tinggalkan yang munkar... kerana masa kita akan tiba jua...

Sesungguhnya tiada yang kekal di dunia ini melainkanNYA...

Kakak Shaye Nak Peksa la...

R. Muhammad Al-Baihaqi spontaneous action infront of his favourite comedian, Mr. Kacang at Jaya Jusco, Seremban...
o
Assalamu'alaikum semua, semoga sihat dan ceria selalu...
o
Agak lama RKA tak buka blog... sekali buka terpandang kaunter tetamu yang agak banyak meningkat jumlah pengunjungnya sejak entri terakhir RKA, Cerita Laut 2 pada 28 September lepas... Terimakasih tak terhingga kepada semua yang menjengok RKA instinct dan RKA al-gharyzah... Minta maaf banyak-banyak sebab belum ada cerita baru... RKA sibuk sikit semenjak-dua-tiga-menjak nie... Hantar dan jemput anak sulung RKA, RPNF tusyen... RPNF ambik PMR bermula semalam dan insyaALLAH berakhir hari Selasa 12 Oktober minggu depan... Alhamdulillah, 3 paper semalam RPNF kata senang sikit dari trial... Mudah-mudahan begitulah untuk paper-paper seterusnya...
o
RKA tak putus-putus berdoa agar kejayaan memihak kepada RPNF serta rakan-rakan seperjuangannya di SMI-SBN dan di seluruh Malaysia... Amin Ya ALLAH...
o
InsyaALLAH... lepas PMR nie Cerita Laut akan disambung semula... Ada 4 episod lagi... kali ini insyaALLAH lebih menarik (iye la tu...)
o
Jazakallahu khair...


Cerita Laut 2 - Ikan Oh Ikan Kenapa Engkau Timbul?

Entry ni saja nak usik-usik THJ Al-Lavendari (http://al-lavendari.blogspot.com)
Jejak je kaki atas platform mata RKA dah mula terintai-intai gerombolan ikan yang bermain-main kat celah-celah jacket leg (kaki pelantar) tu. Bermacam-macam jenis dan saiz...
Bermacam warna dan rupa...
RKA memang suka sangat tengok ikan... sebab...

dalam ikan ada keindahan alam...

dalam ikan ada kesempurnaan ciptaan...

dalam ikan ada kebesaran Tuhan...

Kawanan ikan berebut makanan yang kami campakkan kat tepi bot...
o

Platform adalah kawasan larangan memancing...! (Harap THJ Al-Lavendari tidak kecewa dgn kenyataan ini...hihii) 500m radius atau 1000m diameter dari pusat platform kita sama sekali dilarang memancing...!! Mulanya RKA pun kurang puas hati sebab punya la banyak ikan kat bawah tu (besau-besau pulak tu...) tapi tak boleh dipancing...! (hiii... geram mak...!!) Tapi setelah diberi penerangan baru la RKA faham kenapa dan mengapa...
o

Ikan apa entah... ikan cermin kot...?

Yellow Fin Tuna berkeliaran mencari mangsa...

Anak kembong, emak kembong, bapak kembong semuanya ada... kalau pakai apollo 10 mata insyaALLAH patah joran Silstar RKA nie...
(ikan kombong masak lomak campur pucuk rozel pun sodap...)
o
Spesis ikan yang melanggar Singapura pun ada kat sini...

Kat pasar pun ado...!!
Ikan todak pasar Kota Kinabalu... ikan yang bersubahat melanggar Singapura... (iye ke...?)
o
Antaranya ialah mata kail yang terputus boleh membahayakan penyelam ketika membuat kerja-kerja di dasar laut (underwater welding and etc...) Dan lagi satu, ikan-ikan di situ tercemar (sila lihat komen), sangat membahayakan kesihatan dan sudah pasti tidak selamat untuk di makan... (itu la pasal...)
o


Kelihatan Tuan Haji Ahmad Nordin, Zaharin Bohari dan Pyan sedang main jeling-jeling mata dengan ikan dan udang harimau...

o

Jadi untuk keselamatan semua pihak, sebelum balik tu singgah je la ke pasar-pasar terdekat... contoh macam kat Pasar Kota Kinabalu nie... Segar pun segar... Murah pun murah... (murah ke...?)

Belilah sikit sebagai buah tangan untuk anak-anak dan isteri yang menanti di rumah tu...

asyik beli T-shirt jer...

Cerita Laut 1 - Rindu Nak Ke Laut...

D35 Complex Bintulu Sarawak

Tengok SO bahagi-bahagikan coverall pagi tadi baru RKA teringat, masuk hari ni dah hampir setahun RKA tak ke laut. Rindu pulak rasanya... Dulu masa kat MMC O&G rajin jugak RKA ke laut. Pantang lesen hidup je mesti kena ke laut… Sesekali ke laut best jugak cuma yang lotihnya bila balik office kena buat site visit report dan mengadap kerja bertimbun yang ditinggalkan sepekan... (dah tanggungjawab kenalah buat... ujian ALLAH semua tu RKA...)

Merakam gambar kenangan bersama seorang client selepas mendarat di Miri Helibase

Platform pertama yang RKA pergi ialah D35 Complex di perairan Sarawak pada tahun 2006. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit dari Miri Helibase. First time naik chopper rasa teruja campur gementar (tapi bila dah selalu ke laut rasa macam naik bas SKS KL- Seremban la pulak...hehee) Sampai kat platform, selepas safety briefing kami akan dibawa ke bilik penginapan dan dibekalkan sehelai tuala mandi dan sebuku sabun mandi (yang lain-lain kena la bawak sendiri... ni bukan hotel tau...)

St. Joseph Platform - Kota Belut Sabah

Sebenarnya kerja kat offshore lebih kurang sama je macam kat darat cuma bezanya kat sana dikelilingi air laut yang cantik membiru. Dan yang bestnya kami tak perlu masak, basuh baju dan kemas tempat tidur sebab ada orang yang tolong kemas... Kat sana makan 6 kali sehari tapi sebenarnya kami bebas nak makan dan minum bila-bila masa (selagi tidak memudaratkan kesihatan...) (Cerita fasal makan akan diceritakan dalam episode Cerita Laut yang selanjutnya...insyaALLAH). Rakan sekerja di sana semuanya baik-baik belaka, peramah dan ringan tulang...

Discuss kat hotel sebelum berangkat ke laut keesokan harinya...

Berehat sambil berdiscuss - kali ni atas platform pulak...
(discuss lagi... bila nak kerja...?)


Gambar kenangan sebelum memulakan kerja di atas platform
(bergambar lagi..? bila nak discuss...?)

Gambar kenangan atas bot Broncos Firdaus 1 dalam perjalanan pulang ke darat (aik.. dah balik...? kerja dah siap ke...?)

Gambar kenangan atas helideck sebelum terbang pulang ke helibase dengan chopper (Sweet Melissa)
(Laa... bergambar lagi... bila nak balik...?)
Ada platform yang suraunya cantik dan sempurna seperti di D35Q-A, Angsi A dan Tapis-D Living Quarters…

Seorang sahabat (Iwan Safian) sedang solat di surau Tapis-D...
Wajah sejadah di salah sebuah satelite platform - tindih dengan air kotak dan angle bar...

Tak kurang juga yang tak de surau langsung (biasanya satelite/unmanned platform). Nak solat pandai-pandailah arrange sendiri… tindihlah sejadah tu dengan apa-apa pemberat supaya tak terbang ditiup angin…
hendak seribu daya…
apa masalahnya...?




 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.