MERAJUK...MERAJUK...MERAJUK...

Tak main ler merajuk-merajuk...



Assalamu'alaikum wbh...

Opp...oop... oop... Jangan salah faham... bukan RKA yang merajuk tapi lebih 2 bulan menyepi nie RKA berhadapan dengan beberapa kes orang merajuk. Kesemuanya tak dayo RKA nak pujuk. Sepatah kata oghang nogori... "POKOK KEK KAULAH JANG...!!"

Tapi sebelum RKA teruskan omelan, RKA susun sepuluh jari, nak mintak ampun... nak mintak maaf kepada semua sahabat dan saudara-mara yang singgah kat sini, di atas KEMENYEPIAN (istilah apa pulak nie) RKA selama hampir 2 bulan setengah nie. Terimakasih banyak sebab sudi singgah walaupun tuan punya blog tak sempat singgah ke blognya sendiri.

Sebenarnya bermula pertengahan Mei lepas "kepakaran" RKA diperlukan oleh sahabat RKA di opisnya kat menara Keck Seng, Jalan Bukit Bintang dan dalam masa yang sama Rukun Tetangga taman RKA lantik pulak RKA jadi pengerusi untuk Majlis Hari Keluarga yang diadakan pada hari Sabtu 23hb Julai yang baru lepas nie, kemudian ditutup pulak dengan jamuan untuk para AJK dan para dermawan malam semalam di sebuah restoran dalam hutan belantara di Jalan Bukit Putus.

Bayangkan betapa penat dan letihnya RKA selama 2.5 bulan nie...!!! Habis kerja kat opis kul 5.30, ambik bas ke KLCC. Dari KLCC jalan kaki pulak ke Menara Keck Seng. (terpaksa jalan kaki beb, sebab jalan jam teruk area tu, kalau naik teksi kena RM20.00...!!!) Buat kerja kat situ sampai pukul 9.40 malam. Pastu berkejar pulak ke Puduraya untuk dapatkan bas terakhir untuk balik ke Seremban. Sampai Seremban pukul 11.30 pm berkejar ke markas RT untuk meeting hari keluarga pulak. Macam tulah hampir saban malam selama 2 bulan setengah nie...!! (Meeting kena buat tengah malam sebab itu je masa yang RKA ada...)

YA ALLAH sengsaranya rasa badannnnn... tapi nak buat macamana, semua tu tanggungjawab yang dah diletakkan kat atas bahu RKA dan untuk tidak mengecewakan semua sahabat dan JIRAN YANG TERSAYANG "terpaksalah" RKA lupakan sementara "kesengsaraan" yang RKA "hidapi" tu.

Alhamdulillah, dengan mendapat khidmat nasihat dari otai-otai LH (seperti Cikgu Mat, THJ Al-Lavendari, En Ghazi, Hj Rashid dll...) dan dgn bantuan AJK yang sangat komited kami berjaya mengadakan satu sambutan Hari Keluarga yang dikatakan sebagai terbaik setakat ini. (orang kata ehkk... bukan RKA kata...) Dan dengan tamatnya jamuan makan malam untuk AJK malam semalam (yang menyaksikan THJ AL-Lavendari menyumbangkan 3 lagu dengan suaranya yang merdu) maka dengan rasminya RKA meletakkan jawatan sebagai pengerusi dan menjadi ahli biasa seperti sebelumnya.

Ok, cukup takat nie cerita hari keluarga... Berbalik cerita merajuk pulak... Alahai... mudahnya kamu merajuk... silap sikit merajuk... silap sikit tak datang... silap sikit tak singgah... silap sikit tak sudi jengah... kita nie hidup bukan lama sangat Bro. Tak payahlah nak baran-baran... tak payahlah nak sensitif sangat sampai fasal benda-benda kecik pun nak berjauh hati sampai putus sahabat - putus saudara.

Kita bukannya hebat sangat... Dan kita memang tak hebat langsung... Tengok keindahan dunia ciptaan ALLAH SWT pun dengan bantuan kanta sesentuh/kanta pelekap... Baru ALLAH lebihkan gula dalam darah dah kelam-kabut cari ubat kencing manis... baru ALLAH lebihkan garam dalam darah dah ke hulu ke hilir cari pucuk hempedu bumi...

Mintak maaf bercakap, RKA perhatikan kebanyakkan orang merajuk nie biasanya orang tempatan, maksud RKA orang yang beli rumah berdekatan dengan kampung halaman masing-masing. Tak kiralah kat mana... kat taman RKA ke, taman orang lain ke... kat Congo ke... kat Mongolia ke... Turkmenistan ke...sama jer... Iya la kan, kalau apa-apa hal berlaku kampung halaman korang dekat. Rumah Pak Long sepelaung-duo, rumah Pak Ngah setapak cumo, Ombong ado, Ochu ado, rumah Bang Chik pun dokek - anytime boleh datang tolong. Tak payah harapkan jiran tetangga yang takde pertalian darah nie...

Itu KAMU... tapi AKUUUU...!!!?? (Ooppsss... ehmmm...ehmmm... maafkan saya....) Tapi RKA...? Macamana dengan RKA...? RKA orang Johor Bahru, isteri pulak orang Kodiang, Kedah - sempadan Perlis... duduk membangsat (merantau - dalam bahasa Kedah) kat Seremban... adik-beradik jauh di mata, mak dan pak mertua jauh nunnnn di Kodiang, mak dan abah sendiri dah lama pergi mengadap ILLAHI... Ada takde JIRAN-JIRANLAH adik beradik RKA kat sini. JIRAN-JIRANLAH saudara-mara RKA kat sini... kalau apa-apa hal insyaALLAH jiran-jiranlah orang pertama yang akan sampai menghulur bantuan...

HABIS KALAU DAH SEMUA PAKAT MERAJUK...??!!!

RKA ingat tukar je la nama taman kepada Taman Merajuk Fasa 5 ke, Taman Merajuk Fasa 7 ke... besok kalau Pak Long tanyo, "Hello, apo alamat rumah kau Jang... Pak Long dah start enjin keto nie...?"

"No. 18003, Jalan Merajuk 17/2A, Taman Merajuk Fasa 9...
Alaaa... Sonang yo Pak Long, lepas simpang Giant masuk kanan, pastu masuk kiri, pastu kiri lagi, pastu terus sikit sampai jumpa trafficlight masuk kanan... pastu kiri, lepas selekoh nampak kubur cina masuk kiri... pastu masuk....

...hello... hello... hello Pak Long.... Laaaaaaaa... MERAJUK KO...??!!! "


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.