Cerita Raya - 1

Muhammad nyenyak tido masa berhenti sahur kat Hentian Sebelah Tanjung Malim...
Sampai Kodiang lebih-kurang kul 11 pagi Isnin, sehari sebelum raya...
Rumah mertua RKA nun kat hujung petak sawah yang sedang menguning...
Jelapang padi Pak Lang Cin...
Pokok asam jawa tumbang pulak...
Muhammad bergaya sebelum solat Aidilfitri bermula... sempoi je surau kitorang, serba sederhana dan seadanya...
Semua kat kampung nie bukan orang lain... sedara-mara & adik-beradik kami je... Memang meriah beraya di kampung, dapat pulak bertakbir dengan Pak Lang Cin (pak mertuo den la...) alahai bestnya... (minggu dopan balik Johor ziarah keluargo bolah RKA pulak insyaALLAH...)
Saat paling dinanti oleh Muhammad... Alhamdulillah boleh la simpan buat ke Mekah... insyaALLAH
Pemandangan sebelah petang kampung mertua RKA di Kodiang...

(BERSAMBUNG - INSYAALLAH...)


Kek Lapis Ixora... Terbaek...

Assalamu'alaikum wbh...

Kali nie RKA nak perkenalkan Kek Lapis Ixora atau kek lapis berempah (Betawi) home made, keluaran sahabat baik RKA, Encik Salleh dan isterinya Puan Mas yang tinggal di Taman Ixora Senawang NSDK.

Tak silap RKA ini raya kali yang ke 8 RKA order kek lapis nie dengan usahawan suami-isteri yang gigih nie. Selain rasanya yang lazat RKA TAK PERNAH RAGU AKAN KEBERSIHAN DAN STATUS HALALNYA kerana RKA kenal sahabat RKA nie sebagai seorang yang menjaga amal.

Kalau sahabat-sahabat semua berminat bolehlah hubungi beliau di no. 019-6625776 (En. Salleh) atau 019-6506427 (Puan Mas)

KEK LAPIS IXORA
RAMUAN : TEPUNG, TELUR, REMPAH, MENTEGA DLL.
SAIZ : 8" x 8" x 2"
BERAT : 1.3 kg
HARGA : RM65.00

RKA rasa harganya berpatutan sebab beratnya lebih 300 gram dari pengusaha lain. Ini kerana menurut En. Salleh kek lapis ini bertambah lazat jika saiznya bertambah tebal. Tempahan boleh dibuat untuk jamuan atau apa saja majlis sebelum, semasa dan selepas raya...

RKA doakan semoga perniagaan sahabat RKA nie bertambah maju dan diberkati ALLAH SWT sentiasa... Amin... insyaALLAH...


MERAJUK...MERAJUK...MERAJUK...

Tak main ler merajuk-merajuk...



Assalamu'alaikum wbh...

Opp...oop... oop... Jangan salah faham... bukan RKA yang merajuk tapi lebih 2 bulan menyepi nie RKA berhadapan dengan beberapa kes orang merajuk. Kesemuanya tak dayo RKA nak pujuk. Sepatah kata oghang nogori... "POKOK KEK KAULAH JANG...!!"

Tapi sebelum RKA teruskan omelan, RKA susun sepuluh jari, nak mintak ampun... nak mintak maaf kepada semua sahabat dan saudara-mara yang singgah kat sini, di atas KEMENYEPIAN (istilah apa pulak nie) RKA selama hampir 2 bulan setengah nie. Terimakasih banyak sebab sudi singgah walaupun tuan punya blog tak sempat singgah ke blognya sendiri.

Sebenarnya bermula pertengahan Mei lepas "kepakaran" RKA diperlukan oleh sahabat RKA di opisnya kat menara Keck Seng, Jalan Bukit Bintang dan dalam masa yang sama Rukun Tetangga taman RKA lantik pulak RKA jadi pengerusi untuk Majlis Hari Keluarga yang diadakan pada hari Sabtu 23hb Julai yang baru lepas nie, kemudian ditutup pulak dengan jamuan untuk para AJK dan para dermawan malam semalam di sebuah restoran dalam hutan belantara di Jalan Bukit Putus.

Bayangkan betapa penat dan letihnya RKA selama 2.5 bulan nie...!!! Habis kerja kat opis kul 5.30, ambik bas ke KLCC. Dari KLCC jalan kaki pulak ke Menara Keck Seng. (terpaksa jalan kaki beb, sebab jalan jam teruk area tu, kalau naik teksi kena RM20.00...!!!) Buat kerja kat situ sampai pukul 9.40 malam. Pastu berkejar pulak ke Puduraya untuk dapatkan bas terakhir untuk balik ke Seremban. Sampai Seremban pukul 11.30 pm berkejar ke markas RT untuk meeting hari keluarga pulak. Macam tulah hampir saban malam selama 2 bulan setengah nie...!! (Meeting kena buat tengah malam sebab itu je masa yang RKA ada...)

YA ALLAH sengsaranya rasa badannnnn... tapi nak buat macamana, semua tu tanggungjawab yang dah diletakkan kat atas bahu RKA dan untuk tidak mengecewakan semua sahabat dan JIRAN YANG TERSAYANG "terpaksalah" RKA lupakan sementara "kesengsaraan" yang RKA "hidapi" tu.

Alhamdulillah, dengan mendapat khidmat nasihat dari otai-otai LH (seperti Cikgu Mat, THJ Al-Lavendari, En Ghazi, Hj Rashid dll...) dan dgn bantuan AJK yang sangat komited kami berjaya mengadakan satu sambutan Hari Keluarga yang dikatakan sebagai terbaik setakat ini. (orang kata ehkk... bukan RKA kata...) Dan dengan tamatnya jamuan makan malam untuk AJK malam semalam (yang menyaksikan THJ AL-Lavendari menyumbangkan 3 lagu dengan suaranya yang merdu) maka dengan rasminya RKA meletakkan jawatan sebagai pengerusi dan menjadi ahli biasa seperti sebelumnya.

Ok, cukup takat nie cerita hari keluarga... Berbalik cerita merajuk pulak... Alahai... mudahnya kamu merajuk... silap sikit merajuk... silap sikit tak datang... silap sikit tak singgah... silap sikit tak sudi jengah... kita nie hidup bukan lama sangat Bro. Tak payahlah nak baran-baran... tak payahlah nak sensitif sangat sampai fasal benda-benda kecik pun nak berjauh hati sampai putus sahabat - putus saudara.

Kita bukannya hebat sangat... Dan kita memang tak hebat langsung... Tengok keindahan dunia ciptaan ALLAH SWT pun dengan bantuan kanta sesentuh/kanta pelekap... Baru ALLAH lebihkan gula dalam darah dah kelam-kabut cari ubat kencing manis... baru ALLAH lebihkan garam dalam darah dah ke hulu ke hilir cari pucuk hempedu bumi...

Mintak maaf bercakap, RKA perhatikan kebanyakkan orang merajuk nie biasanya orang tempatan, maksud RKA orang yang beli rumah berdekatan dengan kampung halaman masing-masing. Tak kiralah kat mana... kat taman RKA ke, taman orang lain ke... kat Congo ke... kat Mongolia ke... Turkmenistan ke...sama jer... Iya la kan, kalau apa-apa hal berlaku kampung halaman korang dekat. Rumah Pak Long sepelaung-duo, rumah Pak Ngah setapak cumo, Ombong ado, Ochu ado, rumah Bang Chik pun dokek - anytime boleh datang tolong. Tak payah harapkan jiran tetangga yang takde pertalian darah nie...

Itu KAMU... tapi AKUUUU...!!!?? (Ooppsss... ehmmm...ehmmm... maafkan saya....) Tapi RKA...? Macamana dengan RKA...? RKA orang Johor Bahru, isteri pulak orang Kodiang, Kedah - sempadan Perlis... duduk membangsat (merantau - dalam bahasa Kedah) kat Seremban... adik-beradik jauh di mata, mak dan pak mertua jauh nunnnn di Kodiang, mak dan abah sendiri dah lama pergi mengadap ILLAHI... Ada takde JIRAN-JIRANLAH adik beradik RKA kat sini. JIRAN-JIRANLAH saudara-mara RKA kat sini... kalau apa-apa hal insyaALLAH jiran-jiranlah orang pertama yang akan sampai menghulur bantuan...

HABIS KALAU DAH SEMUA PAKAT MERAJUK...??!!!

RKA ingat tukar je la nama taman kepada Taman Merajuk Fasa 5 ke, Taman Merajuk Fasa 7 ke... besok kalau Pak Long tanyo, "Hello, apo alamat rumah kau Jang... Pak Long dah start enjin keto nie...?"

"No. 18003, Jalan Merajuk 17/2A, Taman Merajuk Fasa 9...
Alaaa... Sonang yo Pak Long, lepas simpang Giant masuk kanan, pastu masuk kiri, pastu kiri lagi, pastu terus sikit sampai jumpa trafficlight masuk kanan... pastu kiri, lepas selekoh nampak kubur cina masuk kiri... pastu masuk....

...hello... hello... hello Pak Long.... Laaaaaaaa... MERAJUK KO...??!!! "


Sambal Belacan Asam Kalenda

Assalamu'alaikum wbh...
Pernah tak tengok buah ni...? Orang Kodiang panggil buah Asam Kalenda dan benihnya RKA import dari rumah mertua RKA di Kodiang. Ini kali keempat pokok yang RKA tanam tepi laman rumah RKA ni berbuah. Kali ni lebih lebat dari biasa... Ada lebih kurang 347 biji kesemuanya (jangan percaya, RKA hentam je..heheee...)

Kalau tengokkan rupanya memang boleh meleleh air liur tapi rasanya mak oii... masam kedarok (sepatah kata orang Johor). Burung pun tak sanggup nak makan (kecuali burung mengandung sulung...)
Warnanya yang merah menyala mencantikkan laman sempit rumah RKA... memang sesuai untuk dijadikan pokok hiasan... tapi AWAS... durinya panjang, bercabang dua, tajam dan sangat berbahaya kepada perahu-perahu kecil...!!
Geram tengok kaler dia...
Tak pernah pulak RKA tengok depa masak buah nie, kalau ada pun makan dengan garam-belacan + cili api (cabai melaka) dan sedikit gula... tapi biasanya dibiarkan begitu saja atas pokok atau jatuh ke tanah tanpa jasa...
2 minggu lepas RKA tak boleh tahan... ambik tapis dan "tuai" buah asam nie... (konon-konon macam tuai anggur kat kampung RKA di selatan Belarus tu...)
Buah asam kalenda tu RKA bersihkan dan tos... Lepas tu termenung sekejab... nak buat apa pulak dengan asam nie...? Dibuang sayang dimakan masam...
Last-last dapat idea... ambik cili api sikit, belacan Klebang sikit + ikan bilis... maka terhasil lah Sambal Belacan Asam Kalenda... RKA rasa Chef Wan pun tak pernah buat resepi nie... nie boleh dikira signature recipe RKA la nie... hehee
Selebihnya RKA bubuh garam dan gula, masukkan dalam botol - buat jeruk...

kan ALLAH SWT dah berfirman,
"TIDAKKU JADIKAN SESUATU ITU SIA-SIA..."

HEBAT ALLAH, KAN...?

MAAFKAN RKA...

Bersama Andrew Park di Malampaya SWP Platform Philippines



Assalamu'alaikum wbh...
Alahai sodih'ea hati eseh ni ha... baru nak berkonalan dah BLOGGERdotcom buek hal pulak...

RKA nak minta maaf kepada semua yang singgah dan beri komen kat blog RKA nie lebih-lebih lagi pengunjung entri Rumah Semi-D (Sempena Hari Ibu)... Hampir semua komen dalam entri ini hilang tanpa dapat kesan...! Bukan RKA buang tapi hilang...!!!

RKA sempat balas semua komen tu sebelum BLOGGERdotcom "kiok" semalam... Ralat sangat-sangat... RKA harap sahabat semua tidak berkecil hati dengan RKA...
Bagaimanapun RKA ucapkan terimakasih kepada semua sahabat yang sudi singgah terutama sekali kepada Tuan Haji Al-Lavendari (klik sini) yang linkkan cerita RKA dalam blog beliau yang power tu...

MAAFKAN RKA sekali lagi...

Rumah Semi-D (Sempena Hari Ibu)


RUMAH SEMI-D (SEMPENA HARI IBU)

Baru seminggu pindah rumah baru
Hati emak seronok Tuhan je yang tahu
Mana nak sangka belajar takat menengah satu
Dapat pulak beli rumah besar macam tu

Lantai mar-mar berkilau-kilauan
Dari dapur memancar-mancar sampailah ke depan
Perabut baru abah dah belikan
Perabut lama bagi kat kawan-kawan

Atap genting kelabu pekat
Silingnya pulak kuning pucat
Dinding baru cat berkilat
Warna pilihan beige nak dekat coklat

Habis semua sudut emak hias
Dari pagi ke petang asyik mengemas
Yang kanan ke kiri, yang bawah ke atas
Semuanya emak pastikan cantik walaupun ringkas

Emak tersenyum sampai ke petang
Tengok rumah cantik penat pun hilang
Tapi adik pulak pantang ada peluang
Dapat je pensil mulalah nak membilang...!

Adik pulak baru pandai mengeja
Di mana ada tempat lapang di situ jadi mangsa
Kadang-kadang adik tulis entah apa-apa
Sampai kakak sakit perut tahan ketawa...!!

Emak selalu marah kat adik
Sebab pensil kakak panjang dah jadi pendek
Tapi adik pulak akalnya cerdik
Bila emak kejar terus lari masuk bilik...!

Selalu jugak emak pesan kat kakak
Jangan biarkan adik conteng rumah baru emak
"Kalau adik conteng rumah baru emak...,
Emak pukul adik sekali dengan kakak...!!"

Suatu hari emak balik dari pasar
Kakak menjerit sampai tekak nak terkeluar
"Emaakkk... adik conteng bilik luar...!"
"Habis tu kenapa engkau biar...??!"

Kakak tengok emak betul-betul marah
Emak capai rotan yang tersangkut kat bilik abah
Barang-barang yang dibeli emak biarkan bersepah
Emak cari adik yang belum tahu erti susah

Emak cari adik dengan rotan kat tangan
"Kalau aku dapat teruk aku kerjakan...!!"
Kakak tengok timbul rasa kasihan
"Emak, kalau jumpa adik janganlah diapa-apakan..."

"Ahhh... engkau apa tahu...?!!
Celik-celik mata mintak duit nak beli buku
Engkau tahu tak betapa susahnya aku dulu...
Jangankan rumah banglow, rumah kos rendah pun belum tentu...!"

"Emak... kesiankanlah kat adik
Dari tadi menangis tunggu emak balik
Janganlah dipukul, janganlah dijentik
Kalau dinding kotor nanti kami bersihkan balik..."

Emak tak hirau rayuan kakak
Dengan hati yang marah teddy bear atas lantai emak sepak
Cadar dan langsir semuanya emak selak
Rupa-rupanya adik sembunyi dalam kotak...!

"Oooo... kat sini rupanya engkau sembunyi ya...?
Orang jerit panggil kau buat-buat pekak je...
Mana satu tangan yang suka buat kerja sia-sia...?
Meh sini aku pukul, biar dia rasa...!!"

Emak pulas telinga kakak dan adik tarik masuk bilik
Emak suruh kakak tunjuk mana satu dinding yang dah jadi tak cantik
Kakak rasa menyesal sebab tadi dialah yang ajar adik
Kakak dapat rasakan lepas ni teruklah diorang kena titik...!!

Sampai dalam bilik kakak tunjuk dinding yang adik conteng
Emak terdiam sampai kakak dan adik naik pening
Tadi emak marah sangat sampai suara macam kucing
Kali ni mata emak berlinang tengok tulisan adik kat dinding...!

Emak peluk adik dan kakak dengan perasaan yang sebak
Sebab marah adik dan kakak tanpa periksa, tanpa semak
Kat dinding adik tulis "SELAMAT HARI IBU, KAMI SAYANG EMAK,
Daripada anak-anak emak, ADIK DAN KAKAK...!!!"

Airmata emak tak tertahankan lagi
Berjurai bergenang membasahi pipi
Barulah kini emak sedari
Betapa berharganya kasih-sayang anak daripada RUMAH SEMI-D...



SELAMAT HARI IBU

By: RKA 2002




Masa Aku Baru Masuk...

Assalamu'alaikum wbh... Sedikit kepayahan dan kepiluan yang ingin dikongsi dalam sajak "Masa Aku Baru Masuk..." Kenangan sekitar awal tahun 2004... (...dan tanpa disangka kepiluan itu seakan bertandang lagi kebelakangan ini...)
Telok Ramunia Yard - waktu siang...

Telok Ramunia Yard - sebelah malam...

Sahabat sehati-sejawa (ooopss...)
Chot (EM), Dell (SD-S), Sheikh Shahiid (S-CE) dan Rahmat (S-DC)
...bergambar kat atas helipad...
_________________________________________________________________

MASA AKU BARU MASUK...
Rasa macam tercampak - terperesok
Dalam alam lama yang tersorok
Jauh di pelusuk teluk
Di sini ada "POKOK"...
Di sini ada "PUCUK"...

Di sini ada banyak sungai
Sungai Rengit - tempat orang Cina kaut duit
Sungai Musuh - tempat nelayan Melayu berlabuh...
Sungai Buntu - tempat aku mengail kerapu
Sungai Kapal - tempat aku beli capal...

Boss aku - Chot...?
Senior aku - Ray...?
Superior aku - Dell...?
Engineer aku - Obot...? Fanorrr...??
Clerk aku - Shahrukh...?
...Cokro...? Karam...? C....???

Hey... Apa ni...?!
Peliknya... Spesis apakah mereka ini...?
Kenai...? Kenai...? Kenai...?
Aku tak kenal...! Aku tak kenal...!!!
Ahhhh... Janggalnya...! Peliknya NAMA...!!

Asingnya aku dalam kepompong aku sendiri...!
Kepompong yang suatu masa dulu pernah aku takluki
Dengan joran dan beberapa ekor udang mati
Memburu kerapu, siakap dan tenggiri
Bersama Anuar, Jumaat dan Kamsani
Dari malam bawa ke pagi...
Walau hasilnya sekadar gelama dan anak pari...

MASA AKU BARU MASUK...
Semuanya asing dan sepi...
Di mana isteriku Noor Aini...?
Di mana anakku Raja Puteri...?
Di mana pula Raja Muhammad Al-Baihaqi...?

Tadi sebelum pukul 2 pagi
Semuanya di sisi...
Jam lapan pagi
Ke mana mereka pergi...??!!!

Atau akukah yang sering berlari...?
Merentas sempadan tiga negeri
Meredah hutan Kulai, menyusup Kota Tinggi
Di setiap Isnin pagi
Demi mencari sesuap rezeki
Atau Progress Meeting yang harus ku hadiri...?

MASA AKU BARU MASUK...
Rasa macam tercampak - terperesok
Dalam kepompong rerama yang tergantung
Di hujung dahan gajus yang rentung
Ku pasti setiap lelah kan terhitung
Pada setiap kepayahan yang ku dayung
Namun helaan nafas sempit ini bukan untuk disanjung
Sebaliknya... demi mendepang sekaki payung
Dari kebasahan hujan ribut di kaki gunung...


RKA - Telok Ramunia - 11 September 2004




Hujung Minggu Yang Segalanya...

Assalamu'alaikum wbh...

.

Hujung minggu yang baru lepas ni kami sekeluarga berkampung 3 hari 3 malam di wad 314 Senawang Specialist Hospital (Hospital SALAM Lavender Heights). Anak RKA, Muhammad patah siku kanan ketika bermain bola bersama RKA di Pusat Sukan Paroi malam Sabtu lepas.

.

Muhammad menahan kesakitan masa mula sampai kat hospital Salam Lavender Heights

.

Malam tu, selepas balik dari hantar anak sulung (RPNF) tusyen kat Ampangan, RKA, Cheputeh dan Muhammad singgah di pusat sukan tu untuk riadah mingguan... Bagaimanapun segalanya bertukar menjadi tragedi apabila Muhammad terpijak bola ketika cuba menahannya dari meleret jauh ke tengah padang...

. Nurse sibuk memasang anduh kat tangan Muhammad...

. Muhammad sabar menunggu untuk dimasukkan ke wad...

. Siku Muhammad mula membengkak sejam selepas kejadian...

. Walaupun boleh berdiri, RKA nasihatkan Muhammad solat duduk sebab risau kalau-kalau terjatuh...

. Tertidur setelah makan ubat yang Doktor Zairul bagi...

.

Beberapa minit sebelum operation...

(wah... hensem la pakai cap tu... macam nak buat teknik rebonding je dik...)

.
Muhammad beberapa minit selepas operation...

.


Muhammad dah mula sedar namun kesakitan sedikit mengganggunya untuk menguntum senyum...

.



Dua batang wayar (3 inci) dipasang kat siku Muhammad untuk mencantumkan semula tulang yang terpatah...

. Alhamdulillah selera makan Muhammad dah pulih semula dan nampak bertambah sihat... (Sedang menjamah laksa penang pemberian jiran kami makcik Sue & pakcik Nasa beberapa jam selepas sepinggan spaghetti Pizza Hut... hmmm... anak abah ...)

.

.

Syukur ALHAMDULILLAH Muhammad dah mula sembuh dan berselera macam biasa... Terimakasih kami ucapkan kepada Doktor Zairul, Doktor Hanafi, Doktor Fizah (Klinik Anjung Karisma) dan semua staff Hospital SALAM Lavender Heights atas layanan dan budi baik kamu semua. Juga terimakasih kepada semua sahabat-sahabat, jiran-jiran dan saudara-mara yang berkunjung dan menghantar sms, mendoakan kesejahteraan Muhammad...


.

Perkara yang berlaku sekelip mata terasa seakan menyentap sedikit kegembiraan, namun RKA pasti ada banyak rahmat ALLAH SWT tersembunyi disebaliknya...

.

.

.

Alhamdulillah...

.

.

.

Hilang Tak Berganti...

.
Assalamu'alaikum wbh...
.
Hari Isnin, 21 Mac 2011 sedang kami bergembira menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 11 anak RKA, Raja Muhammad Al-Baihaqi, kami dikejutkan dengan berita sedih pemergian adik kepada emak mertua RKA, Juhari bin Darus atau lebih mesra dengan panggilan Tok Awang Juri @ Pak Teh Awang dikalangan adik-beradik dan saudara-mara terdekat.
.
Pak Teh bersama 4 rakannya yang lain meninggal dunia setelah van yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan ngeri di Pendang, Alor Star, Kedah lebih-kurang pukul 3.30 pagi ketika dalam perjalanan pulang dari membuat persembahan silat di Sungai Buloh, Selangor.
.
Pemergian beliau RKA sifatkan sebagai kehilangan besar dalam dunia persilatan Melayu kerana beliau merupakan seorang pesilat Gayung Fatani yang sangat aktif dan disegani di utara semenanjung.
.
Bersama kita berdoa semoga roh beliau dan rakan-rakannya yang lain ditempatkan bersama insan beriman dan beramal soleh. Amin Ya ALLAH...
.
.
.
Al-fatihah...
.
.
.

Sungguh Tak Ku Sangka...

Perbarisan sukan sekolah SRI...
.
.
Assalamu'alaikum wbh...
.
.
Sabtu lepas, masa tengah syok belepak-lepuk melatih Sazwan dan Amira main ping-pong kat sekolah SRI tu tiba-tiba RKA terdengar suara seseorang memanggil...
.
"RKA... RKA..."
.
Aiikkkk... Sapo pulak tu? Setahu RKA kat bumi Adat Perpatih nie belum pernah ada orang panggil RKA dengan nama tu kecuali orang yang benar-benar rapat atau kawan-kawan RKA masa kerja kat SDE Pasir Gudang atau Telok Ramunia dulu...
.
RKA toleh kiri... Eh eehh... TUAN HAJI al-LAVENDARI (klik sini), rupanya... (seorang sahabat blogger merangkap jiran dan rakan satu saf RKA di surau Ibnu-Khaldun LH...)
.
"Assalamu'alaikum THJ... ada hajat apa ke sini...?"
"Wa'alaikumussalam... datang ambik baju sukan si Haiqal..."
"Oooo..."
.
Dipendekkan cerita, RKA pelawa THJ main ping-pong sama-sama. Pelawaan RKA tak ditolak langsung MALAH... Umangaiiiiiiiiiiiiiiiii...........! Boleh tahan THJ nie...!!! Serve skrunya benar-benar sukar dijawab... Smashnya benar-benar mencabar kredibiliti kejurulatihan RKA... aduyaiii...
.
Kalau seketika dulu, masa Rukun Tetangga LH berura-ura nak buat pertandingan ping-pong, RKA dah pasang angan-angan untuk menjadi juara tapi nampak gayanya kali ini RKA kena ubah fikiran...
.
Syabas THJ... RKA tabik spring kat THJ...
.
.
.
(tak po lah RKA... dapek nombor duo pun jadi lah... hehee)
.
.
.

Tak Rela Diperbodoh...!!!

Gambar kapcai kat Bandaraya Manila yang sempat RKA rakam sebelum balik KL...
.
.
.
Assalamu'alaikum wbh...
.
Dah lama sebenarnya RKA nak tulis entry nie tapi ada je aralnya... kali nie dapat peluang RKA publishkan sebagai tanda tak puas hati RKA kat satu iklan TV nie... (tak pasti pulak RKA dah ada orang komplen ke belum...)
.
Dulu masa RKA masih bersekolah, kat JB tu banyak betul group motor kapcai tumbuh macam mushroom soup ditimpa hujan... Antara yang paling popular ketika itu ialah kumpulan DUNE, ELORA dan SALAMAYAT... Sesekali kalau ada peluang dapat jugak RKA join diorang lepak kat tembok hujung simpang, dekat dengan balairaya SK... Saje je lepak dengar diorang bersembang fasal motor dan aktiviti rempit diorang... Lagikpun diorang tu bukan orang lain, sedara mara sepupu sepapat RKA jugak...
.
Masa tu RKA sekolah lagi, so melopong je la mulut RKA dengar cerita diorang...
Antara perkataan yang selalu digunakan ialah perkataan "BODOH"...
.
Contoh:
.
"Bukan camtu, BODOH..."
"Camni, BODOH..."
Lama kelamaan perkataan BODOH tu disingkatkan menjadi "DOH" sahaja...
.
Contoh:
.
"Bukan camtu, DOH..."
"Camni DOH..."
(tapi bukan semua ahli kumpulan yang cakap macam tu...)
.
Sekarang, ada satu iklan TV, tanpa disekat-sekat... tanpa ditegur... dengan "bangganya" membodohkan SELURUH para penonton... dari yang terendah "kasta" sampailah yang setinggi-tinggi "kasta"...
.
"LAJJU DOOOOOOOOH....!!!
.
Atau kalau diterjemahkan mengikut bahasa budak-budak DUNE, ELORA dan SALAMAYAT...
.
"LAJU, BODOOOOH....!!!"
.
Atau kalau diterjemahkan ke bahaso nogori...
.
"LAJU, BANGANG...!!!
.
.
.
.
.
huh... malas nak cerita panjang... pikir la sendiri...
.
.

Sambil-sambil tu...

Gambar nie RKA ambik masa on the way balik bercuti ke Kuching bersama family tahun lepas... Warna air yang berbeza-beza.. 9 tasiks 9 warnas...!
Hebat ALLAH kan...?
.
.
Assalamu'alaikum wbh...
.
Dalam diam-diam, dari sehari ke sehari RKA tengok banyak jugak saudara-mara, sahabat dan rakan blogger yang berkunjung ke blog RKA nie. RKA rasa ini penangan Peraduan Menulis Karangan (klik sini) anjuran Kakcik Seroja la nie... Apapun, terimakasih RKA ucapkan kepada semua yang sudi bertandang... Dan terimakasih banyak kepada Kakcik Seroja atas hadiah yang dikirimkan...
.
RKA minta maaf sebab sejak kebelakangan nie RKA agak kurang menjengah blog sendiri apatah lagi blog sahabat yang lain... Nak kata sibuk sangat tak jugak. Nak kata tak sibuk, nampak macam sibuk...
.
Kepada semua yang singgah ke sini tapi tak jumpa entry baru... Sambil-sambil menunggu tu sila-silalah bukak blog rakan-rakan RKA di bawah nie ya...
.
.
Kalau ada nama-nama yang tertinggal RKA minta maaf - insyaALLAH dikesempatan lain akan RKA masukkan...
.
.
.

Dari Meja Pejabat Ke Tenis Meja...

Assalamu'alaikum semua...
Pelawaan Ustaz Alias untuk RKA menjadi jurulEtih ping-pong murid rendah dan menengah sekolah SRI tu sememangnya tak dapat RKA tolak. Selain dapat menimba pengalaman sekurang-kurangnya ada la jugak aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh walaupun cuma sekali seminggu...
.
Aksi RKA dan Pak Sheikh dalam satu siri perlawanan persahabatan menentang RNZ
.
RKA bukanlah sehebat Syakirin Ibrahim (Malaysia) atau setangkas Ma Lin (China) dan sehandal Jan-Ove Waldner dan Jorgen Persson (Sweden) tu... Pencapaian terbaik RKA setakat nie ialah menjadi juara perseorangan MMCOG 2007 sebelum tumpas tergolek-golek di suku akhir di tangan Pak Sheikh (Hj. Azrin Taharudin) pada tahun berikutnya... Kira OK la tu kan... heheeee...
.
Sapo la agak'ea yang rajin menghonggih mejo nie... Osah lapa amek la nie...hehee
.
Umangaiii... Cam nie punyo bosa kuyak ikan Marlin pun buleh telopeh nie...!!
.
Tengoklah betapa hensemnya meja dan net ping-pong lama sekolah SRI tu... Sesuai sangatlah dengan bad ping-pong Butterfly Combi RKA yang dah berusia 26 tahun tu...
.
Tugasan pertama yang diberikan kepada RKA ialah mencari dana untuk beli meja ping-pong dan net baru. Kesian jugak tengok murid-murid tu berlatih dengan meja lama yang uzur dan menunggu masa menyembah bumi... Alhamdulillah, dalam masa yang singkat RKA dapat sumbangan yang cukup dari rakan-rakan sepejabat RKA yang sangat pemurah dan baik hati (hebat-hebat belaka diorang nie...)
.
JurulEtih sedang menurunkan ilmunya...
.
Anak jurulEtih, R. Muhammad Al-Baihaqi sedang khusyuk mendengar penerangan abahnya...
.
Aikk...... wahh, lawan taukeh nampak anak abah nie...
.
Rusdy Muhammad, Presiden Kelab Ping-Pong Sekolah SRI (Rendah)...
.
Keberangkatan tiba meja ping-pong Butterfly di perkarangan Laluan Ilmu Sekolah Sri...
Ustaz Alias berbaju coklat... (Baju hitam tu bukan ustaz... tu Cino dreba lori...!!)
.
Dan pada 19.01.2011 lebih-kurang pukul 12.30 tengahari waktu Malaysia, setongkol meja ping-pong baru berjenama Butterfly selamat mendarat di perkarangan sekolah disambut oleh murid-murid dan wakil guru sekolah tersebut... RKA rasa yang paling gembira sekali ialah anak RKA, Muhammad walaupun dia sebenarnya ahli Kelab Sepaktakraw... (haiii... poning palo abah... hehee)
.
Tanpa membuang masa RKA patrikan nama sahabat-sahabat RKA yang teramat baik hati di belakang meja ping-pong baru tu...
.
Haa... Inilah dia nama sahabat-sahabat yang RKA maksudkan tu...
(En. Mohtar Ansor, En. Nordin A. Rahman, Ir Hj. Shahril, En. Hussin Asran, Hj. Azrin Taharudin, En. Abd. Malek Elias, En. Mohd. Akharan, En. Abd. Rahim (MMC) dan En. Raja Kamarulzaman)
.
Ustaz Asfar bergaya disamping meja baru...
.
Tengoklah betapa seronoknya sebahagian dari pelajar sekolah SRI bila dapat meja baru...
.
Ustaz Alias sibuk mengejas ketinggian meja dan memasang net baru... tak sabar nak test power la tu...hehee...
.
SEBELUM...
.
SESUDAH...
.
MEWAKILI PIHAK SEKOLAH, USTAZ ALIAS DAN USTAZAH SUZANA MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMAKASIH KEPADA SAHABAT-SAHABAT RKA YANG SANGAT-SANGAT PEMURAH TU... DAN MENDOAKAN SEMOGA MEREKA SEMUA DIMURAHKAN REZEKI YANG HALAL OLEH ALLAH SWT... INSYAALLAH...
.
AMIN YA ALLAH...
.
.
.
.
.
.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.