Heheee.....GOTCHAAA..!!

Assalamu'alaikum...

Ada sekali tu anak RKA, RPNF sms...dia kata mungkin tak dapat balik sehingga hujung semester...kesian dia...assignment banyak nak kena buat dan lagi pulak sedang dilanda homesick...al-maklumlah tak pernah berenggang dengan kami sejak kecik...seperti biasa RKA tenang dan selalu cari idea macamana nak cool dan hiburkan hatinya...

RPNF: Aslmkm abh, kakak mgkin x dpt blk...

RKA: Wlkmslm...Smpi bila?

RPNF: Smpi hjg smester...

RKA: Hjg smester tu bila?

RPNF: Awl November...

RKA: Takpe...sabar la...ni bru dugaan kecik insyaALLAH nnt weekend kami ke sana k..
 
RPNF: Okay :)

RKA: Kwn abh lg la plk, blaja kt Afrika dah 20 tahun lbh tak nampak2 kt Malaysia nie...!!!

RPNF: Ha...Betul ke...?

RKA: Dia mmg org sana...hehee...gotchaaa..!!!

RPNF: Lahaiiiii..-_____-


heheee.....kono laei anak abah...


rpnf...i will love you till end of my journey...insyaALLAH
RKA03


 

Terpaku Di Gajir...

Assalamu'alaikum,
Petang Sabtu lepas kami jalan-jalan ke GAJIRKALIGRAFI kat Seksyen 7, Bandar Baru Bangi cari tulisan khat untuk menghiasai dinding rumah RKA yang dah sekian lama kosong tu... hmmm rambang mata dibuatnya...semuanya cantik-cantik...!
 
 

Asma ul-Husna...


RKA tempah satu...insyaALLAH minggu depan siap...


Sambil-sambil sembang ada special request dari RKA - minta saudara Fathy tuliskan nama RKA dalam bentuk khat...

Muhammad dengan ummi dia terpegun tengok Saudara Fathy menulis khat...sambil diperhatikan oleh Saudara 'Ali Al-Hafiz (berbaju biru) yang juga Penulis Khat, Pelukis & rakan kongsi GK... hebat-hebat dan sangat tinggi budi bahasa depa semua nie...sejuk hati sembang...

Penuh konsentrasi menyiapkan nama RKA...

 Nama RKA yang telah siap dikhatkan... 
(Terimakasih banyak Fathy & GAJIR Kaligrafi... FOC tu huhuuu...)

Khat versi RKA la pulak... 
gigil-gigil pun cantik jugak kan...? Huhuuu...

GAJIRKALIGRAFI No. 32 Of Jalan 7/7A Seksyen 7 Bandar Baru Bangi Selangor DE.
017-3669290 (En. Gajir)


 RKA03


 

The Traveller - Lonely Bus...

Assalamu’alaikum, 
Sebenarnya RKA agak malu nak cerita sebab takut…(klik) Tapi atas semangat yang diberi oleh blogger tersohor TNHJ AL-LAVENDARI (klik) RKA gagahkan jugak lah…hehee

 bergaye depan opis...

Camni cerita dia…tajuk dia "The Traveller - Lonely Planet Bus"...

Ramai sedara-mara, sahabat dan kenalan bila jumpa RKA akan bertanya pengalaman serta kesanggupan RKA 8 tahun kerja berulang-alik KL-SBN… ada yang respect ada jugak yang suspect…huhuu..  Tapi, dah orang bertanya RKA cerita ler…(orang tak tanya pun kadang2 RKA cerita jugak…hehee peramah la katakan…) Cuma sesekali tu jemu jugak bila soalan yang sama diajukan.. lenguh lidah nak cerita benda yang sama dimasa-masa yang berlainan…
Ditakdirkan ALLAH SWT, pada hari Rabu 31 Julai 2013 lepas seorang wartawan paper NST telah dengan bangganya menyelek (men-select) RKA untuk dijadikan model cover cerita kisah orang berulang-alik KL-SBN… Dia interview over the phone je… 5.30 am dikala subuh-subuh sapi’e Khamis 1 Ogos tu sorang photographer NST dah terpacak depan pintu-gate rumah RKA...ambik gambar dari rumah sampai la ke dalam bas kat tmnl 1…pastu sampai KLCC sorang lagi jurugambar dah siap sedia menanti..dia snap..snap..snap…snap…snap sampai la kat opis RKA…Umangaiii…dah macam artis la pulak… dan pada Ahad 4 Ogos cerita RKA tu pun tersiarlah di dada akhbar New Sunday Time (NST)… hambik kau…! Satu Malaya baca… glamer kejab sehhh…hehee


Pastu ramai la sahabat lama call ucap tahniah dan usik-usik RKA…Alhamdulillah...
RKA nak ucapkan ribuan terimakasih kepada TNHJ AL-LAVENDARI (klik) kerana war-warkan cerita nie kat facebook LH…so nanti tak payahlah RKA susah-susah bercerita…kalau orang tanya lagi RKA jawab sila layari link di bawah ini…

 Lapan tahun berulang-alik memang la letih tapi...
IT WAS WORTH IT WHEN HE RETURNED HOME TO SEE HIS WIFE (CHEPUTEH), DAUGHTER (RPNF) AND SON (MUHAMMAD) LIVING COMFORTABLY… 
“AS A FATHER, IT MAKES ME HAPPY…”

Terimakasih juga RKA ucapkan kepada isteri RKA yang tersayang sebab tak pernah jemu gosok baju dan kejutkan RKA dan anak-anak setiap pagi... 
Luv You So Much...



RKA03

 


BERCERITA UNTUK KAKCIK SEROJA

Kakcik Seroja buat kontest lagi (klik sini) kali ni lebih mencabar dan poning palo dibuek'ea...yang sebolun nie RKA dapat no. 2 (klik sini)...Yang nie macam susah sikit...Tapi takpo lah RKA cubo...


Tetikus Hitam Tegar
(ikut irama lagu - Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang)

 
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dah ada touch screen sekarang ku dibuang
Dulu...dulu...dulu ku bahagia
Sekarang jiwaku terseksa


Cita-citaku nak jadi tikus kaya
Boleh panjat tingkap...bebas panjat menara
Tiba-tiba hatiku terdetik
Kenapa kat tingkap ada nama Kak Cik...?


c/o... Dahulu hidupku seekor tikus masjid
Tiap malam asyik je nak berwirid
Mengejar cita-cita paling mulia
Menjadi tikus betina solehah...

Sekolah tiap hari memang aku tak senang
Kejab-kejab ada aje orang intai ikut lobang
Terpaksa aku harus berhenti sekolah
Sebab  awek asyik nak ambik gambar...
 
Tengoklah awek tu, aku cakap main-main
Baru tegur sikit dah toleh tempat lain
Tadi ambik gambar aku - ikut celah lobang
Sekarang merajuk...ambik gambar bayang...

Cita-citaku nak jadi orang kaya... Ooiiii...!!
Dulu ku susah sekarang kaya gila
Dulu naik basikal sekarang pakai kereta
Tahun depan beli kapalterbang pula....




RKA03


Raja 'Alim Raja Di-Rindu…

Assalamu’alaikum,

Selang beberapa hari selepas DYMM Tuanku Muhriz dimasyhurkan menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 29 Disember 2008, RKA berkesempatan berbual dengan mantan Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Yang Berbahagia Ustaz Zaidi selepas beliau menyampaikan ceramah kuliah subuh di Surau Ibnu Khaldun, LH. Dalam perbualan itu Ustaz Zaidi menceritakan tentang kezuhudan YM Tuanku, dari bagaimana YM Tuanku menjaga solatnya hinggalah kepada hidang-santapannya yang sentiasa dipastikan halal dan bersih.

RKA terpegun dan bermula dari saat itu RKA “jatuh cinta” dan memasang azam untuk berjumpa dan kalau boleh memeluk baginda tuanku.

Masa berlalu namun angan dan kerinduan untuk bertemu YM Tuanku tetap segar dalam sanubari RKA. Kerinduan ini pernah RKA ceritakan kepada seorang sahabat baik YM Tuanku yang juga jiran baik RKA di LH, iaitu En. Mohd. Ghazi. Beliau mempelawa RKA bersolat Jumaat bersama YM Tuanku kerana inilah satu-satunya peluang terbaik RKA untuk bertemu YM Tuanku secara dekat.

Alhamdulillah, pada hari Jumaat 30hb Ogos 2013 yang lepas RKA bersama anak RKA, Raja Muhammad Al-Baihaqi (Muhammad) berpeluang menyertai rombongan Di-Raja bersolat Jumaat di Masjid Al-Firdaus, Melang, Kuala Pilah. Rombongan bertolak dari Istana Hinggap, Seremban lebih-kurang pukul 12.45 tengahari dan sampai di Masjid Al-Firdaus, Melang sejurus sebelum azan zuhur berkumandang. Rombongan kami disertai oleh lima orang Polis Pengiring Bermotosikal dan 8 kereta termasuk 1 kenderaan rasmi YM Tuanku.
Sekali lagi RKA bersyukur kerana selain terpilih untuk bersama dalam satu rombongan YM Tuanku, dapat pula bersolat Jumaat satu saf dengan baginda. Alhamdulillah...

Selesai solat rombongan kami terus ke Istana Seri Menanti untuk makan tengahari bersama YM Tuanku. Selepas makan RKA dan Muhammad diperkenalkan kepada YM Tuanku oleh En. Mohd. Ghazi. Kami sempat berbual pendek dan bergambar sebelum YM Tuanku berangkat pulang ke Istana Hinggap di Seremban untuk urusan baginda yang selanjutnya.

Pertemuan singkat tapi manis itu insyaALLAH akan terus kekal dalam ingatan RKA. RKA doakan semoga ALLAH SWT lanjutkan usia YM Tuanku dan limpahkan rahmat serta kurniakan kesihatan yang baik ke atas YM Tuanku, keluarga serta kerabat YM Tuanku. 

Raja 'Adil Raja Di-Sembah
Raja 'Alim Raja Di-Rindu…
Daulat Tuanku 

RKA03
Rombongan kami memasuki perkarangan Masjid Al-Firdaus Melang, Kuala Pilah sejurus sebelum azan zuhur

Muhammad tak lepaskan peluang berposing di hadapan kereta rasmi Raja kesayangannya, DYMM Tuanku Muhriz...

Polis Pengiring Bermotosikal

DYMM Tuanku Muhriz mengatur langkah menuruni tangga Masjid Al-Firdaus Melang

YM Tuanku sempat berbual mesra dengan para jamaah sebelum memasuki kenderaan rasmi baginda untuk berangkat pulang ke Istana Hinggap, Seremban

 Hidangan di Dewan Santapan...

Curi-curi ambil gambar Muhammad dalam Dewan Santapan Di-Raja

Bergambar kenangan bersama DYMM Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir, Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan ke-11

Jumpa sahabat lama RKA, En. Jaafar Pengarah Bomba Kuala Pilah (rakan sePing-Pong RKA)
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.