Pak Noh...

Lama jugak RKA tinggal kat rumah Pak Noh, dari cuti penggal 3 darjah 6 sampailah cuti penggal 3 tingkatan 2... (Lepas tu tumpang teduh pulak kat rumah Cik Sam (kakak sulung RKA) sampai hujung tingkatan 3...) Bukan sebab RKA tak ada emak & abah, ada... cuma tak tau la waktu tu berat betul hati nak tinggalkan kampung...
Trak askar 2 tan penuh dengan barang-barang pindah dah menanti di jalanraya depan rumah Che Sai'on... emak dan abah pulak dah mula salam-salam orang kampung... sementara adik-adik RKA si Aidil dan Masita (Makcu Ita) tu dah terlompat-lompat tak sabar nak naik trak askar Ngah Sulai... Memang sedih suasana tu tapi tak dapat mengubah keputusan RKA untuk tidak ikut emak pindah ke JB...!
"Jom, Mal..." mak ajak RKA pergi sambil melambai-lambai tangan ke arah jiran-jiran yang bakal ditinggalkan... RKA terdiam sekejab.
"Macamana nak cakap dengan mak ni...? Agak-agak mak marah ke tak ekk..?" RKA cakap sorang-sorang dalam hati... tapi camanapun, nak tak nak RKA kena cakap jugak...
"Err... mak, kalau Kamal cakap mak jangan marah ye... Kamal rasa Kamal tak nak ikut mak pindah la..."
"Ehh, sungguh ke nie...?" Lembut je suara mak bertanya... RKA cuma mampu menganggukkan kepala tanda mengiyakan pertanyaan mak...

"Bagus...! Bagus...! Bagus...!! Meh duduk dengan Cik... Meh duduk dengan Cik...!" Tiba-tiba RKA terdengar suara Cik Timah (mak Pak Noh), berjalan dan seterusnya memegang tangan RKA. RKA dah agak dah sebab Cik Timah memang dah lama nak ambik RKA jadi anak angkat dia. Sejak RKA kecik lagi... tak tau la kenapa, mungkin sebab RKA nie hensem kot... (isshhh... tak baik kutuk diri sendiri... hihiii).

Kehadiran RKA dalam keluarga Pak Noh sebenarnya menambahkan lagi koleksi anak angkat Cik Timah dan Anjang Hussin. Sebelum tu Cik Timah dah ada Apit (Mohd. Rafiz), Cacah (Kursiah) dan Arah (Syarifah Zaharah) dan tak lama lepas RKA, hadir pulak seorang lagi iaitu Acir (Raja Mohd. Nasir)...

Sepanjang tempoh itu apa yang menghairankan RKA ialah tiada langsung rasa cemburu di wajah dan hati Pak Noh walaupun sebenarnya kehadiran kami sedikit sebanyak merenggut sebahagian dari kasih-sayang dan perhatian Cik Timah dan Anjang Hussin kepada Pak Noh yang merupakan anak bongsu dalam keluarganya... dan bermula saat itu RKA mula mengenali hati-budi Pak Noh...

Pak Noh sepupu RKA. Usia Pak Noh cuma 3 tahun je tua dari RKA. Ayah kami adik-beradik. RKA panggil dia Pak Noh sebab terikut-ikut Si-Apit, Cacah dan Acir, anak saudara Pak Noh tu. Seingat RKA sepanjang RKA duduk situ tak pernah RKA tengok Pak Noh marah. Kalau saudara-mara dari jauh datang Pak Noh la jadi mangsa cari buah-buahan, pucuk paku, pucuk ubi dan kelapa untuk dijadikan buah tangan diorang... kadang-kadang kalau nasib baik siap dapat cendawan busut lagi... dan kadang-kadang, adakalanya Pak Noh jadi supir pulak, angkut sedara-mara ke rumah Atuk kat darat atau pergi ke kedai membeli barangan keperluan dapur bagi melengkapkan hari-hari gembira orang lain...

Sabar dan tak berkira langsung kalau buat kerja, dan tak pernah RKA dengar Pak Noh mengeluh apatah lagi memberontak atau mengata-ngata di belakang... Sikap Pak Noh tu sedikit-sebanyak mempengaruhi cara hidup RKA dan perlahan-lahan RKA tengok kami seolah-olah se"aura"...!

Selepas tingkatan 3 kami berpisah. RKA berhijrah (juga akhirnya) ikut mak dan abah duduk kat JB dan selepas itu lama jugak RKA tak jumpa Pak Noh sehingga pada suatu hari RKA terima panggilan dari Pak Noh. Pak Noh bersama isteri dan 3 orang anaknya nak singgah rumah RKA kat Seremban...!!

Waktu pertama kali masuk rumah RKA apa yang RKA nampak ialah wajah Pak Noh yang tak henti-henti tersenyum...

"Sama..." kata Pak Noh, pendek...
"Sama...? Apa yang sama...?" tanya RKA kehairanan...

Selang beberapa minggu lepas tu RKA membalas kunjung ke rumah Pak Noh di Kuala Lumpur...
"Ya ALLAH... memang sama...!" cuma itu yang mampu RKA katakan sejurus menjejakkan kaki kat rumah Pak Noh.

Cat dalaman rumah kami memang sama (beige dan sebahagian sudut berwarna cyan)
Sofa kami sama design, sama corak dan sama warna...
No. rumah RKA, 403
No. kereta Pak Noh 430
No. kereta RKA (waktu itu) 7380
No. motor Pak Noh 3780...
Dan yang terbaru, baju yang dipakai anak RKA dan anak sulung Pak Noh (Raja Mursyid) sama jenama, sama corak dan sama warna...!!

Ya ALLAH... sesungguhnya ini satu persamaan qada' dan qadarMu yang cukup indah bagiku.
Ya ALLAH...sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Agung, Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki, kurniakanlah kami sebaik-baik kesudahan dan masukkanlah kami sekeluarga ke dalam syurgaMu melalui pintu yang sama...
o
o
o
o
o
RKA doakan semoga Pak Noh, Kak Ita serta anak-anak (Raja Mursyid, Raja Hakeem, Raja Badrul Amin dan Raja Nur Mursyidah) sihat dan ceria selalu... Amin Ya ALLAH...
o
o
o

RKA instinct - Mengumpat Is Not Allowed

Assalamu'alaikum semua,

Kalau dulu mengumpat dan mengata nie paling-paling jauh pun sampai hujung anak tangga rumah je... Sambil-sambil cari kutu... sambil-sambil cabut rambut gatal-merenyam... atau sambil-sambil buat letup-letup kepala... masa tu lah waktu yang paling sedap ngumpat - sampai nasik hangit kat dapur pun tak sedau...!! dan biasanya cerita sensasi atau gossip dulu-dulu akan dipanjang-luaskan lagi oleh tukang jual kain "lasit latang" (istilah yang digunakan orang kampung RKA untuk penjual barang rumah ke rumah)...

Tapi sekarang zaman dah berubah... suratkhabar pun dah kecik... kecanggihan teknologi maklumat melebar-luaskan lagi jarak jangkauan umpatan dari celah mata tangga membawa ke dalam igloo di Kutub Utara...! Dengan laptop atas riba, desktop atas meja... dan dengan hanya satu klik - umpatan dan fitnah yang tidak ada kasihan belas menerjah mata dan minda seluruh umat dunia yang zalim, dengan rakus meratah daging saudara mereka yang tidak berpeluang membela diri...!

Kesian, sedih, pelik dan hairan sangat-sangat bila aku duduk sorang-sorang memikirkan keadaan aku sekarang nie... dah berjuta-liun kali diingatkan bahawa perbuatan mengumpat itu sangat keji dan berdosa besar kenapa aku tak paham-paham lagi... dah buta ke hati aku nie...?

Hey aku...! Cuba check dan pikir sebelum klik... Sempoerna-A sangat ke aku nie...? Orang yang aku bela tu betul ke baiknya...? Orang yang aku cerca tu confirm ke jahatnya...? Jangan kerana satu kepentingan atau pujian orang yang mengatakan bahawa aku hebat dan pandai berhujah aku sanggup gadaikan diri aku menjadi bara, bahan bakar api neraka...!

Ya ALLAH... ruginya aku... dalam hidup yang sangat singkat ini aku penuhkan dengan dosa percuma separa membangangkan diri sendiri...

Ya ALLAH... izinkanlah aku untuk tidak mengizinkan blog aku nie jadi medan mengumpat-mengeji, menghina-mencaci saudara-saudara Islam aku di luar sana yang sangat-sangat aku kasihi...

Ya ALLAH ampunilah kami... maafkanlah kami hambaMu yang hina-dina ini...
o
o
o
o
o

Cerita Laut 4 - Jom Makan...

Masa baru-baru join oil and gas kampeny kat Pasir Gudang dulu melopong mulut RKA dengar otai-otai bersembang. "Kat offshore tu living quarters dia macam hotel lima bintang... ada snooker, ada ping-pong, ada gym... makan pun best..."

iye ker...?

Jawapannya ada 2...
jawapan 1 - iye
jawapan 2 - ker...?

Kena yang best, memang best tak hingat... makanan masyaALLAH... punya la banyak sampai tak termakan... Macam-macam ada.. Chicken soup ada... mushroom soup ada...

Pak Sheikh sedang menunggu giliran untuk mengambil makanan di salah sebuah platform di perairan Sarawak...

Kambing panggang ada... jenahak sweet sour ada...
Sawi jepun osyter sauce, rojak buah... coleslaw...salad... ketam kukus...

Kerapu bara steam...

kadang-kadang ikan gelama kering pun ada...
(ok la... rezeki jugak tu...)

Itu yang bestnya... Yang kurang bestnya pulak bila kena ke satelite platform... pagi-pagi buta kena tapau makanan tengahari dari HQ kat darat atau FPSO terdekat... silap haribulan tak sempat makan, makanan dah basi... hapa lagi, tengok air laut je la beb... hahaa...
Masa pergi platform kat Filipina dulu memang nampak bersih je kitchen diorang... Tukang masak pun bukan calang-calang... Yang sorang bekas tukang masak 5 star hotel, yang sorang lagi pernah mewakili negara Filipina dalam festival masakan di Singapura-pura... tapi malangnya tiada makanan halal disediakan di sinun...
Terpaksalah bawak makanan segera dan makanan dalam tin dari Soromban... Seminggu la jawabnya mengadap maggi dan kari kambing dalam tin "Chef Wan..."

Kalau nasib baik dapat makan ikan segar yang dipancing oleh awak-awak bot...

Biasanya kita kena pilih salah satu makanan yang diorang offer dalam flight tu... tapi hari itu... Hari itu...? Iye..., hari itu, habis semua dalam cockpit tu kitorang belasah... orange juice, guava juice, iced lemon tea, hot coffee...... semua tu ada rahsianya...
o
Atau berpesta makan dalam flight dalam perjalanan pulang ke KL... tapi itu semua terpulang pada kepetahan kita mengayat steward atau stewardess kapalterbang tu...
o
part nie den sorahkan pado yang pakar... (saudara ZB)... hahahaaaa...


o
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.