Kain Pelikat Untuk RKA...

Balik tarawih malam semalam terdengar ada orang beri salam...

"Wa'alaikumussalam...", RKA dengar suara lembut anak RKA, Muhammad Al-Baihaqi menjawab dari dalam.
(Gambar ikhsan google)
"Abah... kawan abah kat luar..." Muhammad berlari mendapatkan RKA yang sedang basuh cawan kat dapur.
"Siapa Dik...?"
"Kawan abah..."

Macam tu lah Muhammad, kalau lelaki je kawan abah, kalau perempuan...kawan emak... (as simple as that... buat apa nak pening kepala... mmm anak abah lah katakan...)

RKA bukak je pintu depan ternampak Syamil anak jiran sebelah tersenyum menanti kat tepi pagar.

"Ada apa Mil...?"

"Ni ha, ada cenderahati sikit untuk Acik dari saya dan Syahmi..." kata Syamil.

"Alahai... Susah-susah je korang nie... Terimakasih banyak ya..."

RKA sambut pemberian Syamil tanpa perlu bertanya kenapa, sebab RKA dah tahu benar maksud dan tujuannya...

Sebenarnya Syamil dan Syahmi adalah satu-satunya remaja yang berjaya menyahut cabaran RKA. Sebelum ini ada 4 orang di kalangan saudara rapat yang RKA beri idea dan peluang namun (malangnya) disia-siakan begitu sahaja... (dah tak minat nak buek camno...)

Tapi tidak bagi Syamil dan Syahmi... Mereka sahut cabaran RKA, final exam dapat 3.65 (nasib baik tak four flat kalau tak, flat wallet RKA belanjo diorang kek Ar-Rawsha...huhuu)

Berbekalkan markah cemerlang itu RKA (dengan kembang hidung) forward resume diorang ke TnHJ Z... dan sekarang alhamdulillah mereka tamat practical training dan terus diserap masuk sebagai pekerja di sebuah oil and gas design consultant antara yang terkemuka di Malaysia mulai awal bulan Ogos ini dengan gaji ompek angko...! (alhamdulillah, untung la korang... eseh dulu limo angko... tapi campur dua titik perpuluhan la...)

Ooh, nie cenderahati gaji pertama la nie ya... Tak pe la Syamil, Syahmi... Cenderahati gaji pertama ke... gaji tiap-tiap bulan ke, Acik tak kisah (dan tak kocik ati pun...hihii) yang penting kamu kerjalah bersungguh-sungguh. Solat jangan tinggal... Belajar dan rajin-rajinlah bertanya dengan otai-otai yang ada kat MMC O&G tu... (kalau otai-otai tu tak dapek jawab barulah korang tipun Acik yo...huhuu...) Dah terer sok, Acik tarik masuk kampeni Acik pulak...!!! (jangan marah TnHJ Z yo... eseh gurau yooo... Rayo nie tak balik Tampin...? hihii)

Ok... RKA doakan kamu berjaya dunia dan akhirat... Dan kalau dah berjaya nanti jangan sesekali kita lupa jasa emak-abah yang bersusah-payah membesar dan menyekolahkan kita... dan... jangan sesekali kita lupa dari mana kita datang kerana sesungguhnya ke situlah kita akan dikembalikan...

Wallahu'alam

Nota kaki: Nasib baik kamu bagi Acik kain kalau tak tak berkain la Acik rayo nie...

Ada sekali dulu...

Ada sekali dulu (akhir 90-an) RKA tengok rancangan Majalah 3. Cover cerita fasal serangan gajah liar di perkampungan orang asli di Hutan Belum (Hutan "Sudah" ada ke…?)… Kerosakan membabitkan kediaman orang asli dan hasil pertanian mereka (tak pasti ada kehilangan nyawa atau tidak – lupa la… dah lama dah cerita nie…) Kesian kat diorang… banyak pokok-pokok pisang dan beberapa tanaman lain dirosakkan oleh sekumpulan gajah liar tu…

Ada dua-tiga orang asli diinterview oleh krew TV3 menceritakan babak-babak cemas mereka ketika serangan kumpulan gajah liar itu berlaku. Lepas tu krew TV3 pergi pulak ke rumah Tok Batin untuk mendapatkan kepastian dan cerita lebih lanjut mengenai serangan tersebut.

Malangnya apabila sampai di rumah Tok Batin, Tok Batin tu tak nak keluar walaupun beberapa kali dipujuk oleh krew TV3 tersebut. Namun dalam pada tak nak keluar tu Tok Batin tetap memberikan kerjasama menjawab beberapa soalan dari krew TV3 tu dari dalam rumah beliau…

(kamera menunjukan gambar beberapa krew TV3 berdiri di luar rumah Tok batin sambil bertanya soalan…)

“Selalu ke gajah tu datang, Tok Batin…?

Selalu la jugak…”

“Biasanya bila waktu gajah tu menyerang, Tok…?”

“Tak tentu, kadang-kadang pagi… kadang-kadang petang…”

“Ada berapa ekor gajah dalam kumpulan tu, Tok…?”

“Ada la dalam 7-8 ekor…”
Dan bermacam-macam lagilah soalan yang diajukan oleh krew TV3 tu sehinggalah ke soalan yang terakhir…

“Agak-agak petang nie pukul berapa gajah tu datang, Tok Batin…?”

“Ehh… Kau tanya la gajah tu… mana aku tau…!!!” jawab Tok Batin dari dalam rumah…

Hahaa … Kena sebijik…!! RKA tengok bergegar kamera TV3 tu menahan ketawa…

Moral of the story: Don't play-play... Tok Batin kat Malaysia ni pun sekolah jugak tau...

Aduk... Fikir Dulu Sebelum Forward

(tengok anak bulan syawal ke tu, Che Kemal...?)


Sesekali seronok bila tengok ada berbelas email masuk dalam kotakmasuk (inbox) (takkan "masuk" dalam "out"box pulak...) tapi kadang-kadang pening kepala sebab kandungannya yang haru-biru tu...! Bercampur-aduk... caca marba... (seolah-olah hilang arah...) Kejab ke kanan (maaruf)... Kejab ke kiri (mungkar)... kalau yang ke kanan tu alhamdulillah lah... tapi kalau yang ke kiri tu macamana...? Takkan tak boleh fikir sendiri kot... takkan la tak boleh beza yang mana boleh mendatangkan pahala dan yang mana dapat dosa berjela...?

Email ni bukan boleh stop-stop, beb? Sekali terlepas tak mungkin dapat ditarik balik... habis satu dunia dia pusing...!!! Kalau yang diforward tu baik maka berjelalah pahala yang bakal kita dapat, insyaALLAH... tapi kalau maksiat yang diforward? (...??!)


Macam direct selling jugaklah... upline dapat imbuhan berganda dari apa yang downline buat...


Jadi, fikir-fikir dan renung-renunglah dulu sebelum forward...


Nota kaki: Terimakasih kepada sahabat serba-boleh RKA, saudara Zulakmal Hussain (Kemal-MMC) kerana sudi menjadi model untuk karya bersama ini (gambar atas)....

Askar ke Polis...?

Masa zaman budak-budak dulu kalau orang tanya RKA besar nanti nak jadi askar ke nak jadi polis...

RKA jawab nak jadi polis...

"Kenapa tak nak jadi askar...? Askar kan best... boleh pegang senapang..."

"Tak naklah... masuk askar kena jadi prebet... Masuk polis besttt.... masuk-masuk je terus dapat jadi konstabel...!!"

dah sekolah menengah baru tau prebet ngan konstabel tu sama... !!

hehee

Long Mail...

Dah beso panjang baru RKA sedar nama Long Mail bukan Ismail...!! Nama betul Long adalah Ahmad (atau lebih tepat lagi Raja Ahmad Bin Raja Abdullah mengikut I/C...).
Tak banyak yang RKA tahu fasal Long... RKA rasa mungkin kerana jarak umur kami yang jauh berbeza (+-23 tahun) menyebabkan RKA tertinggal banyak perkara. Long anak sulung (iya la... nama pun 'Long' takkan anak bongsu kot...) sementara RKA pulak antara anak yang paling bawah... Kitorang masih kat kampung Long dah merantau entah ke mana... Camanalah nak tau cerita, kan...? Waktu tu mana la ada handphone..., internet...? mmm...jauh sekali......

(gambar ikhsan Abg. Zul - http://zulhassim.fotopages.com/)

Cuma yang RKA ingat kalau Long balik kitorang mesti kecut perut punya... sebab Long garang...! (arwah abah pun tak garang macam Long... tengok la misai dia tu... macam rimau akar....hehee!!) Kalau check kitorang baca buku, mesti teruk kitorang kena lari keliling meja makan bila salah sorang dari kitorang tertidur... (baca buku teks, memang la mengantuk... apa la Long... hehee... lain la baca komik Bujal ke... komik Wak Dojer ke... terbeliak mata sampai ke subuh... ha haa...) Lagi satu kalau pasal solat..., masuk je waktu, solat la cepat... Jangan buat pasal kalau Long ada kat rumah... memang sia-sia je wajah tampan kitorang nie... Dari ibu jari sampai ke jari kelingking, diameter tapak tangan Long, lebar dia dah macam roti cheese nan Restoran Maidina, Megan Avenue...! (Jangan buat kerja.......hahaaa...)

RKA masih ingat masa kecik dulu, dah dekat maghrib Long suruh RKA dan Adiel (adik RKA) cari cacing dan temankan dia gi mancing ikan puyu nun jauh kat dalam belukar kebun getah Long Mon...! Dalam hati berkata, "Apa la Long nie, dah nak maghrib pun nak gi mancing... camana nak semayang nanti dalam hutan tu...?" Dalam pada berkata-kata tu hati seronok jugak sebab dapat gi mancing... (iya la, daripada disuruh baca buku teks baik mancing...hehee). Tengah seronok mancing sayup-sayup kedengaran azan maghrib berkumandang...


"Ambik wuduk...!!" Tiba-tiba Long keluar arahan...

Kitorang macam disergah sarjan askar terus je bersihkan tangan dan ambik wuduk kat tali air yang dipenuhi rumput dan lumut tu... "Nak semayang kat mana...??!! Sejadah pun tak ada..." Rungut RKA dalam hati...

Lepas ambik wuduk RKA nampak Long patah-patahkan pokok ubi liar dan susunkan atas rumput tepi denai... Lepas tu Long qamat dan mengimamkan solat maghrib kitorang atas hamparan pokok ubi liar tu... Ya ALLAH, mudahnya...!!! Lepas doa kitorang sambung mancing lagi dan sebelum isyak kitorang balik dengan beberapa ekor ikan puyu... (ikan salmon dan baracuda pun dapat jugak tapi kitorang lepaskan balik - ala-ala catch and release la tu...hehee)

Peristiwa singkat tu dah bertahun berlalu namun sampai sekarang masih terbayang jelas di mata dan banyak mengajar RKA betapa solat itu mudah dan ISLAM tidak pernah menyusahkan umatnya...

Terimakasih Long... Semoga Long sekeluarga sihat dan ceria selalu...

Amin Ya ALLAH




Thank You Yam Leaf...

Terbaca emel sorang sahabat (Pidot The Kedahan) pagi nie membuatkan RKA tersenyum sendiri... Emel tu hanyalah perbualan biasa, tapi RKA tertarik bila di hujung ayat sahabat tu kata "Terimakasih daun keladi..." Memang dah menjadi kebiasaan orang Melayu menggunakan "daun keladi" sebagai "penyedap" atau "pelengkap" untuk mengucapkan terimakasih pada seseorang. Bukan setakat kat Malaysia je malah orang Melayu di Indonesia, Selatan Thailand, Singapura dan Brunei pun guna istilah yang sama bila berterimakasih... (cuma orang Melayu kampung RKA je cakap "thank you yam leaf..." hihii...)

Persoalannya kenapa DAUN KELADI...?

Kenapa tak daun pisang ke... atau daun kelapa sawit ke... atau daun kesum ke... (atau mungkin jugak daun ketum ke...?) Apa isimewanya daun keladi sehingga dipilih (terpilih) untuk dijadikan "pelengkap" ucapan terimakasih...? Setahu RKA daun keladi (pucuknya) cuma sedap bila dimasak asam rebus campur ikan bilis tamban atau masak lemak cili api campur dengan siput sedut atau dijadikan pembalut kedua (selepas pembalut pertama - daun pisang) dalam masakan pais ikan termenung (aduhh... bulan-bulan puasa nie cerita pulak pasal makan... tiba-tiba je perut terasa seakan berorkestra... huhuu...)

Sebenarnya setelah diamati RKA rasa tak ada apa istimewanya daun keladi dalam kes nie... sekadar pelengkap pantun dua kerat:

"Terimakasih daun keladi...
kalau ada hantarlah lagi..."

atau "kalau ada jemputlah lagi" atau mungkin "kalau ada bagilah lagi..."

Itu ajeee...

"terimakasih daun ketum
kalau ada jemputlah lagi..."

kan tak kena bunyinya tu... hihii...



Hidup Umpama Awan (Puisi Orang Bersengketa)


Hidup ini umpama awan
Berkepul, berkelompok dan berasing-asingan...
Suci bersih cantik memutih

Bila resah menjadi MERAH
Bila suram menjadi HITAM
Bila sendu menjadi KELABU
Bila menangis menjadi GERIMIS
Bila kesedihan menjadi HUJAN
Bila marah menjadi TAUFAN
Ditiup angin bersatu menjadi KAWAN
Bila bergurau senda
...kan menjadi PELANGI YANG MENAWAN...

Ini bisik naluri aku aje...
Kita dalam kelompok yang sedikit berbeza
InsyaALLAH bila bersatu - menjadi saudara
Ipar-duai... besan... sahabat setia...
Mungkin lebih baik dari yang sedia ada
Malah mungkin jauh lebih baik dari yang kita sangka...!

Jangan sesekali kita lupa
Islam itu bersaudara
Tiada guna bersengketa...
Pilih saja satu antara dua
Syurga... atau Neraka.


(gambar koleksi RKA - Awan Senja Laut China Selatan - on the way back from Perintis FPSO)

Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang Rupanya Panas Bawak Ke Malam...!


Kebelakangan ni cuaca panas betul sampai nak pegang steering kereta pun terpaksa lapik dengan tuala selamat pagi... Tido malam pulak terpaksa tunjuk muscle yang "berketak-ketak" (berlenggeng la tu...) dan perut yang tak berapa nak kempis nie (sekali tengok macam penyu belimbing pun ada...hihii) Kalau Ramadhan nanti panas camni pasti teruji keimanan dibuatnya... Semoga ALLAH SWT beri kekuatan kepada kita semua untuk mengharungi bulan panas dan kering ini nanti...

Sahabat RKA, Pak Sheikh ada called last Jumaat, katanya inysaALLAH beliau akan berpuasa 15 hari di Syria dalam keadaan cuaca 52 darjah celcius...! Umangaiii...! Lebih mencabar lagi insyaALLAH Pak Sheikh akan dihantar ke sempadan Iraq dan bertugas di tengah padang pasir kontang di sana selama seminggu...!! Allahu Rabbi... Camana la agaknya keadaan Pak Sheikh tu nanti, kan... dalam keadaan tidak berpuasa pun bibir dah pecah-pecah inikan pula puasa... RKA doakan semoga Pak Sheikh tabah menghadapi ujian ALLAH SWT di sana...... Amin...

RKA kat KL ni pun tidak kurang hebat ujiannya... Kalau Pak Sheikh diuji dengan kepanasan yang melampau di sana, kami di sini pulak diuji dengan "kepanasan" yang melampau jugak... tapi bukan cuaca sebaliknya AURAT-AURAT yang terdedah atau yang sengaja didedahkan oleh pendedah-pendedah aurat tegar...!! Kadang-kadang kepanasannya melangkaui takat didih...!!!

Heran jugak RKA, kadang-kadang ada segelintir makhluk nie, bulan biasa pakai elok tapi masuk je Ramadhan masyaALLAH... entah dari mana datang hasutan RKA pun tak tau... nak kata dari syaitan dan iblis, dah kena kurung dah depa semua tu... sepatutnya kalau bulan lain pakai elok, bulan ramadhan jilbab terus... baru betul...!!

Macam ada pakatan pulak antara diorang nie...

"Wey... Ramadhan dah nak sampai nie... seperti biasa korang ganti la tempat aku... aku nak cuti sebulan...... OK jumpa Syawal nanti..."

" OK set..." (siap calit ibu jari tu, beb...!!)

Harap-harap pendedah aurat tegar ni akan berubah menjelang Ramadhan tahun ini... Bagi la peluang kat umat lain nak meraih pahala penuh... pahala berganda dari tahun-tahun sebelumnya...


(gambar sicomel bertudung kat atas tu diambil dari "wirastokarim.wordpress.com". Thanks)

RKA Al-Gharyzah - Himpunan Karya RKA

Alhamdulillah, hari ini RKA dapat launch satu lagi blog diberi nama RKA Al-Gharyzah (http://rka-algharyzah.blogspot.com/). Blog sisipan ini mengumpulkan koleksi karya lama dan baru RKA untuk simpanan sendiri dan buat tatapan saudara-mara serta sahabat handai yang sudi jengok dan tengok...


Jazakallahu khairan kathira...

Sirap Dah Semakin Cair...

Kalau kenangkan masa mula-mula hantar anak sekolah agama dulu, memang sayu. Banyak betul dugaan dan halangan. Antara yang paling menusuk kalbu ialah pertanyaan seperti:

"Besar besok nak kerja apa...?

"Nanti senang ke nak masuk asrama...?"

"Boleh ke dapat biasiswa...?"
gambar ikhsan resepiraidah.blogspot.com (terimakasih banyak...)

Bukan apa, soalan tu kalau orang bukan Islam yang tanya lain la jugak... ini tidak, yang tanya tu adalah yang sama-sama bertakbir bila tibanya Syawal, yang berselawat sakan bila adanya majlis potong jambul dan yang berarak sampai peluh berjeruk bila adanya sambutan Maulidurrasul...
Tu belum kira transportation problem lagi tu... (sebab sekolah agak jauh dari rumah dan kebetulan masa tu tak ada pulak jiran yang sama-sama hantar anak ke sekolah yang sama...) Kalau ada bas sekolah pun harganya pulak melambung (dilambung) tinggi sebab kononnya orang yang hantar anak sekolah agama swasta nie banyak duit...!!
Nak kata mampu tu memang la tak berapa nak mampu. Tapi berkat doa dan sedikit rasa sabar yang ALLAH SWT kurnia, Alhamdulillah segalanya dapat kami tempuhi dengan jayanya... (Kalau orang lain tukar sport rim kitorang tengok je ler... hehee)
Cuma RKA (suami isteri) terfikir dan bersetuju dengan sesuatu...
"Kami membayangkan ilmu agama yang kedua ibu dan bapa kami miliki ibarat satu jag air sirap yang pekat, merah dan manis. Anak-anak yang ramai pulak ibarat cawan-cawan plastik yang menanti untuk diisi dengan sirap pekat manis itu. Kami dapat "ilmu agama" sorang satu cawan dan dengan ilmu satu cawan tu pulak nak diturun dan dibahagikan pulak kepada anak-anak kami...begitulah seterusnya... kesudahannya apa yang tinggal...? Silap haribulan jag air ke mana, cawan ke mana dan Islam cuma tinggal nama... cuma tinggal tertulis atas mykad je..."
Jadi hantarlah anak sekolah agama. InsyaALLAH kat situ masih banyak lagi ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang ikhlas dan berhati mulia yang memiliki bertempayan-tempayan air sirap merah pekat, manis dan dingin yang menanti untuk diagihkan kepada anak-anak kita... InsyaALLAH kita takkan rugi walaupun seduit...
(terimakasih tak terhingga diucapkan kepada semua ustaz, ustazah, mualim, mualimah dan seluruh warga kerja SRI/SMI Seremban, NSDK)
hebat ALLAH...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.