Trak askar 2 tan penuh dengan barang-barang pindah dah menanti di jalanraya depan rumah Che Sai'on... emak dan abah pulak dah mula salam-salam orang kampung... sementara adik-adik RKA si Aidil dan Masita (Makcu Ita) tu dah terlompat-lompat tak sabar nak naik trak askar Ngah Sulai... Memang sedih suasana tu tapi tak dapat mengubah keputusan RKA untuk tidak ikut emak pindah ke JB...!
"Jom, Mal..." mak ajak RKA pergi sambil melambai-lambai tangan ke arah jiran-jiran yang bakal ditinggalkan... RKA terdiam sekejab.
"Macamana nak cakap dengan mak ni...? Agak-agak mak marah ke tak ekk..?" RKA cakap sorang-sorang dalam hati... tapi camanapun, nak tak nak RKA kena cakap jugak...
"Err... mak, kalau Kamal cakap mak jangan marah ye... Kamal rasa Kamal tak nak ikut mak pindah la..."
"Ehh, sungguh ke nie...?" Lembut je suara mak bertanya... RKA cuma mampu menganggukkan kepala tanda mengiyakan pertanyaan mak...
"Bagus...! Bagus...! Bagus...!! Meh duduk dengan Cik... Meh duduk dengan Cik...!" Tiba-tiba RKA terdengar suara Cik Timah (mak Pak Noh), berjalan dan seterusnya memegang tangan RKA. RKA dah agak dah sebab Cik Timah memang dah lama nak ambik RKA jadi anak angkat dia. Sejak RKA kecik lagi... tak tau la kenapa, mungkin sebab RKA nie hensem kot... (isshhh... tak baik kutuk diri sendiri... hihiii).
Kehadiran RKA dalam keluarga Pak Noh sebenarnya menambahkan lagi koleksi anak angkat Cik Timah dan Anjang Hussin. Sebelum tu Cik Timah dah ada Apit (Mohd. Rafiz), Cacah (Kursiah) dan Arah (Syarifah Zaharah) dan tak lama lepas RKA, hadir pulak seorang lagi iaitu Acir (Raja Mohd. Nasir)...
Sepanjang tempoh itu apa yang menghairankan RKA ialah tiada langsung rasa cemburu di wajah dan hati Pak Noh walaupun sebenarnya kehadiran kami sedikit sebanyak merenggut sebahagian dari kasih-sayang dan perhatian Cik Timah dan Anjang Hussin kepada Pak Noh yang merupakan anak bongsu dalam keluarganya... dan bermula saat itu RKA mula mengenali hati-budi Pak Noh...
Pak Noh sepupu RKA. Usia Pak Noh cuma 3 tahun je tua dari RKA. Ayah kami adik-beradik. RKA panggil dia Pak Noh sebab terikut-ikut Si-Apit, Cacah dan Acir, anak saudara Pak Noh tu. Seingat RKA sepanjang RKA duduk situ tak pernah RKA tengok Pak Noh marah. Kalau saudara-mara dari jauh datang Pak Noh la jadi mangsa cari buah-buahan, pucuk paku, pucuk ubi dan kelapa untuk dijadikan buah tangan diorang... kadang-kadang kalau nasib baik siap dapat cendawan busut lagi... dan kadang-kadang, adakalanya Pak Noh jadi supir pulak, angkut sedara-mara ke rumah Atuk kat darat atau pergi ke kedai membeli barangan keperluan dapur bagi melengkapkan hari-hari gembira orang lain...
Sabar dan tak berkira langsung kalau buat kerja, dan tak pernah RKA dengar Pak Noh mengeluh apatah lagi memberontak atau mengata-ngata di belakang... Sikap Pak Noh tu sedikit-sebanyak mempengaruhi cara hidup RKA dan perlahan-lahan RKA tengok kami seolah-olah se"aura"...!
Selepas tingkatan 3 kami berpisah. RKA berhijrah (juga akhirnya) ikut mak dan abah duduk kat JB dan selepas itu lama jugak RKA tak jumpa Pak Noh sehingga pada suatu hari RKA terima panggilan dari Pak Noh. Pak Noh bersama isteri dan 3 orang anaknya nak singgah rumah RKA kat Seremban...!!
Waktu pertama kali masuk rumah RKA apa yang RKA nampak ialah wajah Pak Noh yang tak henti-henti tersenyum...
"Sama..." kata Pak Noh, pendek...
"Sama...? Apa yang sama...?" tanya RKA kehairanan...
Selang beberapa minggu lepas tu RKA membalas kunjung ke rumah Pak Noh di Kuala Lumpur...
"Ya ALLAH... memang sama...!" cuma itu yang mampu RKA katakan sejurus menjejakkan kaki kat rumah Pak Noh.
Cat dalaman rumah kami memang sama (beige dan sebahagian sudut berwarna cyan)
Sofa kami sama design, sama corak dan sama warna...
No. rumah RKA, 403
No. kereta Pak Noh 430
No. kereta RKA (waktu itu) 7380
No. motor Pak Noh 3780...
Dan yang terbaru, baju yang dipakai anak RKA dan anak sulung Pak Noh (Raja Mursyid) sama jenama, sama corak dan sama warna...!!
Ya ALLAH... sesungguhnya ini satu persamaan qada' dan qadarMu yang cukup indah bagiku.
Ya ALLAH...sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Agung, Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki, kurniakanlah kami sebaik-baik kesudahan dan masukkanlah kami sekeluarga ke dalam syurgaMu melalui pintu yang sama...
o
o
o
o
o
RKA doakan semoga Pak Noh, Kak Ita serta anak-anak (Raja Mursyid, Raja Hakeem, Raja Badrul Amin dan Raja Nur Mursyidah) sihat dan ceria selalu... Amin Ya ALLAH...
o
o
o