Assalamu'alaikum semua...
Pelawaan Ustaz Alias untuk RKA menjadi jurulEtih ping-pong murid rendah dan menengah sekolah SRI tu sememangnya tak dapat RKA tolak. Selain dapat menimba pengalaman sekurang-kurangnya ada la jugak aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh walaupun cuma sekali seminggu...
.
Aksi RKA dan Pak Sheikh dalam satu siri perlawanan persahabatan menentang RNZ.
RKA bukanlah sehebat Syakirin Ibrahim (Malaysia) atau setangkas Ma Lin (China) dan sehandal Jan-Ove Waldner dan Jorgen Persson (Sweden) tu... Pencapaian terbaik RKA setakat nie ialah menjadi juara perseorangan MMCOG 2007 sebelum tumpas tergolek-golek di suku akhir di tangan Pak Sheikh (Hj. Azrin Taharudin) pada tahun berikutnya... Kira OK la tu kan... heheeee...
.
Sapo la agak'ea yang rajin menghonggih mejo nie... Osah lapa amek la nie...hehee.
Umangaiii... Cam nie punyo bosa kuyak ikan Marlin pun buleh telopeh nie...!!.
Tengoklah betapa hensemnya meja dan net ping-pong lama sekolah SRI tu... Sesuai sangatlah dengan bad ping-pong Butterfly Combi RKA yang dah berusia 26 tahun tu... .Tugasan pertama yang diberikan kepada RKA ialah mencari dana untuk beli meja ping-pong dan net baru. Kesian jugak tengok murid-murid tu berlatih dengan meja lama yang uzur dan menunggu masa menyembah bumi... Alhamdulillah, dalam masa yang singkat RKA dapat sumbangan yang cukup dari rakan-rakan sepejabat RKA yang sangat pemurah dan baik hati (hebat-hebat belaka diorang nie...).
JurulEtih sedang menurunkan ilmunya....
Anak jurulEtih, R. Muhammad Al-Baihaqi sedang khusyuk mendengar penerangan abahnya....
Aikk...... wahh, lawan taukeh nampak anak abah nie...
.
Rusdy Muhammad, Presiden Kelab Ping-Pong Sekolah SRI (Rendah)....
Keberangkatan tiba meja ping-pong Butterfly di perkarangan Laluan Ilmu Sekolah Sri... Ustaz Alias berbaju coklat... (Baju hitam tu bukan ustaz... tu Cino dreba lori...!!)
.
Dan pada 19.01.2011 lebih-kurang pukul 12.30 tengahari waktu Malaysia, setongkol meja ping-pong baru berjenama Butterfly selamat mendarat di perkarangan sekolah disambut oleh murid-murid dan wakil guru sekolah tersebut... RKA rasa yang paling gembira sekali ialah anak RKA, Muhammad walaupun dia sebenarnya ahli Kelab Sepaktakraw... (haiii... poning palo abah... hehee)
.
Tanpa membuang masa RKA patrikan nama sahabat-sahabat RKA yang teramat baik hati di belakang meja ping-pong baru tu....
Haa... Inilah dia nama sahabat-sahabat yang RKA maksudkan tu... (En. Mohtar Ansor, En. Nordin A. Rahman, Ir Hj. Shahril, En. Hussin Asran, Hj. Azrin Taharudin, En. Abd. Malek Elias, En. Mohd. Akharan, En. Abd. Rahim (MMC) dan En. Raja Kamarulzaman)
.
Ustaz Asfar bergaya disamping meja baru....
Tengoklah betapa seronoknya sebahagian dari pelajar sekolah SRI bila dapat meja baru....
Ustaz Alias sibuk mengejas ketinggian meja dan memasang net baru... tak sabar nak test power la tu...hehee...
.
SEBELUM....
SESUDAH....
MEWAKILI PIHAK SEKOLAH, USTAZ ALIAS DAN USTAZAH SUZANA MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMAKASIH KEPADA SAHABAT-SAHABAT RKA YANG SANGAT-SANGAT PEMURAH TU... DAN MENDOAKAN SEMOGA MEREKA SEMUA DIMURAHKAN REZEKI YANG HALAL OLEH ALLAH SWT... INSYAALLAH...
.
AMIN YA ALLAH...
.
.
.
.
.
.