Kidal vs Kudung...

Selalu betul RKA tengok orang makan dan minum guna tangan kiri. Sedih rasa hati sebab bukan ke dah banyak kali diingatkan dengan hadith bawah nie...



(gambar ikhsan alkiram.net - tengkiu very big...)

Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya". Hadith riwayat Muslim


(terimakasih imam muda Firdaus MMC kerana forwardkan hadith nie...)

Pun begitu ada jugak yang kata, "Doh ambe memang kidal, nok wat guane...?"

RKA rasa itu bukan masalahnya... kidal ke tak kidal, makan dan minum kena pakai tangan kanan...! Itu kata Nabi dan sebagai umatnya kita kena patuh. Kena ikut. Kecuali la kalau kudung, takde tangan kanan...! Itu lain cerita...

Kalau kidal dijadikan alasan kenapa pulak orang tak kidal boleh istinjak (bersuci dari najis kecil) pakai tangan kiri...? Kenapa tak pakai tangan kanan...? Pokok pangkal ibu-bapa kena ajar anak sedari kecik. Biar la anak nak buat pekerjaan lain guna tangan kiri (andainya dia kidal) tapi makan dan minum ajar atau kalau perlu paksa pakai tangan kanan. Ajar anak ikut sunnah... Bagitau kat anak-anak "...ini Rasulullah S.A.W. yang suruh..." dan bukannya "...malu kat orang nanti...!!"

ALLAH SWT jadikan Rasulullah S.A.W. sebagai manusia, tapi bukanlah manusia biasa macam kita. Rasulullah S.A.W. manusia LUAR BIASA yang menjadi contoh kepada seluruh umat. KuburNya pun tidak pernah dan tidak akan dihinggapi lalat sebagaimana kubur-kubur orang lain... Sebegitu hebatnya Rasulullah S.A.W., masihkah kita mencari contoh ikutan (idola) yang lain selain dari Baginda...?


Hebat ALLAH...

JOM NYANYI - Satu Keluarga Islam...

(Ikut rentak lagu Air Pasang Pagi...)

Satu Keluarga Islam
Hantar anak sekolah agama
Satu kampung kutuk
Tanya besar nanti nak kerja apa...?!!

Satu Keluarga Islam
Tak tahan dikutuk, tak tahan dicerca
Tak sampai sebulan
Tarik anak masuk sekolah biasa

Satu Keluarga Islam
Hantar anak sekolah biasa
Dapat jimat belanja
Sebab sekolah Islam "mahal" yurannya...

Satu Keluarga Islam
Hantar anak sekolah biasa
Dapat jimat belanja
Cukup bulan tukar sport rim pula...

Satu Keluarga Islam
Anak belajar sampai pandai
Takde pelajaran agama
Buat mak-bapak macam keldai

Satu Keluarga Islam
Kurang pengetahuan agama
Bila Islam kena hina
Dia tak tahu nak buat apa...!

Satu Keluarga Islam
Boikot sana boikot sini
Konon tak nak beli sardin kedai kapir
Tapi si-kapir tu dah pakai Ferrari...!!!

Satu Keluarga Islam
Kalau hantar anak sekolah agama
Jangan kita kata
Jangan kita hina

Satu Keluarga Islam
Hantar anak sekolah agama
Besar nak kerja apa
Itu rezeki ALLAH punya kuasa

Satu Keluarga Islam
Hantar anak sekolah agama
Bila Nabi kena hina
Ada pelapis membela Baginda

Satu Keluarga Islam
Kalau cukup pelajaran agama
Bila Islam kena hina
Dia menangis bukannya ketawa

Satu Keluarga Islam
Kalau tak ada pelajaran agama
Satu Keluarga Islam
C U M A T I N G G A L N A M A . . . . . . . . . . .

Hujan... F.O.C...

"Gelap je... Nak hujan lagi la tu..." keluh seorang penjual air depan masjid tu beberapa minit sebelum azan zuhur dilaungkan. Dia menjeling ke arah RKA sambil mengharap simpati dan "sokongan" gayanya...
"Itu tanda ALLAH adil..." jawab RKA perlahan menyebabkan wajahnya tersenyum kelat. Agaknya kecewa sebab jawaban yang keluar tidak seperti yang dikehendaki. RKA tinggalkan dia dengan persoalan yang dia kena cari sendiri jawabannya... RKA tinggalkan dia bukan sebab RKA sombong... Dah azan, takkan nak sembang lagi...

Hujan......... Petanda ALLAH memang Maha Adil. Bukan setakat Maha Adil malah Maha Bijaksana dan Maha Penyayang...

Kalaulah hujan tak turun langsung macamana ekk...?
Kalau asyik hujan manjang macamana ekk...?
Kenapa ALLAH turunkan hujan dalam bentuk air ekk...?
Kalau hujan turun dalam bentuk batu-bata macamana ekk...?
Kalaulah hujan turun berkeping-keping macam plywood macamana pulak ekk..?

Toksah mengeluh. Toksah tamak. Bila hujan lebat turun air sirap kita orang tak beli. Orang beli pisang goreng kedai sebelah... Bila panas terik orang tak beli pisang goreng tapi beli air sirap kita... Bila cuaca suam-suam kuku pulak orang beli pisang goreng kedai sebelah sikit dan air sirap kita sikit...

Adil..?

Jawabannya ada dalam dada. Kita sebagai makhluk cuma perlu bersyukur atas segala apa yang DIA kurnia... Nak mengeluh apa, oksigen yang kita sedut dalam tidur dan jaga tu ALLAH bagi free je... Tak mintak bayaran pun...

Hebat ALLAH...

Sotong Hijau Terbesar Dunia Ada Di Malaysia...!

Seluruh dunia sekarang nie gempaq dengan "kehebatan" seekor sotong kurita dan burung serindit yang kononnya handal meramal pemenang piala dunia. (Hahahaaa... tergelak besar RKA mendengarnya). RKA harap kita tidak termakan dengan permainan Yahudi syaitan a.k.a. iblis nie. Kalau nak kira hebat sebenarnya kita lagi hebat. Sedar atau tidak kat Malaysia nie ada seekor sotong berwarna hijau terbesar di DUNIA dan sekarang ni berada di perairan Terengganu..!!! Nak jumpa dia bukan senang beb... RKA terpaksa naik chopper ke Platform Angsi A dulu, lepas tu naik bot pulak ke Angsi B, balik semula ke Angsi A sebelum diterbangkan ke FPSO Perintis, tidur satu malam kat situ dan keesokkan paginya terbang lagi dengan chopper untuk bertemu dengan SOTONG HIJAU TERBESAR DI DUNIA nie... jinak dah sotong nie sampaikan RKA ambik gambar pun dia tak usik... Lebih-kurang 4 jam di atas sotong tu kami pun terbang balik ke Kerteh sebelum terbang pulang ke office di KL... Kitorang terpaksa balik awal sebab manalah tau kalau-kalau dia "ngap" kitorang...
Sebenarnya itu adalah platform Sotong-A (unmanned platform) milik Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB) dan RKA ke sana untuk project mengubahsuai skid beam atas platform tu... Walaupun cuma 6 hari di Angsi A, Angsi B, FPSO Perintis dan beberapa jam di atas sotong hijau macam-macam keindahan alam dapat RKA saksikan...
Hebat... Hebat.... Hebat ALLAH...

Pak Sheikh...

Dekat sebulan tak jumpa Pak Sheikh... bermakna dekat sebulan jugalah RKA breakfast sorang2 tanpa mendengar tazkirah free dari Pak Sheikh (nama timang-timangan seorang sahabat RKA kat ofis, merangkap imam ofis). Pak Sheikh baru balik dari Syria dan insyaALLAH pertengahan bulan ni akan ke sana lagi bagi menyambung tugas yang masih berbaki… Alhamdulillah pagi nie, sambil pekena nasi goreng yang ditapau dari cafe Tabung Haji kat bawah tu, RKA dijamu lagi dengan tazkirah pagi yang pendek tapi cukup mengesankan dari Pak Sheikh… Di akhir kalam tazkirah pendeknya tu Pak Sheikh tanya RKA secara berseloroh, "Pernah tengok kucing pergi kursus memancing atau menjala?" Tak ada jawab RKA pendek... "Macamana kadang2 ikan kembung, kadang2 ikan tenggiri yang kat tengah laut tu boleh jadi habuan dia...?" RKA diam sebab RKA tau Pak Sheikh akan jawabkan untuk RKA... "Itu nak menunjukkan bahawa rezeki bukan datang dari kita tapi dari ALLAH SWT... Semuanya atas kehendak dan ketentuan DIA..."

Teringat masa ke offshore di perairan Sarawak dengan Pak Sheikh beberapa musim dulu… Dari KLIA airport sampai la atas platform kat tengah laut tu, RKA dihidangkan dengan tazkirah yang mengingatkan RKA tentang kebesaran ALLAH SWT dan kesedaran betapa kerdilnya kita sebagai makhluk ciptaanNYA…

Alhamdulillah … Terimakasih ALLAH… kerana menemukan RKA dengan Pak Sheikh...



Hebat ALLAH...

Ibu Berok Mithali

"Sekarang nie lagi pulok payoh jage anok perempuang...!" kata Ustaz Azhar dalam satu ceramah beliau di Surau Ladang, Terengganu. "Jangang buak lebih kurang dengang anok perempuang sekarang. Ibu-ibu akhir zamang le nie tidak ada rase bernilai dengang anok dia... Kalu nok kira cerdik, cerdik lagi berok... Tengok berok beranok kecik, cuba kita ambik anok dia...! Kalu dok dang labu betih, atas tengkok...!! Dok kira ketua kampong ke, wakil rakyat ke kalau ambik anok berok memang emok dia cerabah, kekoh selalu...!!! Tapi anok orang Islam akhir zamang le nie, motosikal mari ambik beng (van) mari hantor... Lori minyok mari ambik kereta giling mari hantor...!!! Teruk perangai ibu-bapok hok mengaku Islam le nie dari berok-berok hok naik nyiur...!
Sungguh...!!! Kalu mu berani cuba la ambik anok berok... memang emok dia kejor punya...! Bukang kita nok ambik lama, nok ambik kejab je... nak gosok-gosok kepala dia pastu taruh balik. Oh, dak..dak... memang dia kejor... dok kira mu sapa... dia kekoh selalu..!!! Ibu-ibu akhir zamang le nie kena ikut contoh IBU BEROK... baru selamat anok dia..."
RKA termenung sejenak. Memang macam kasar bunyinya tapi kalau difikirkan beberapa kali memang betul cakap ustaz Azhar tu... Kebanyakan ibu-bapak sekarang nie bangga bila anak-anak berjaya dalam melakukan perkara mungkar. Lebih rela keluar duit tukar sport rim dari hantar anak-anak ke sekolah agama. Tak ada rasa cemburu langsung bila aurat anak perempuan diratah oleh mata-mata lelaki durjana... Malah aurat anak yang suci bersih sengaja "ditelanjangkan" di depan mata-mata Mat Nepal, Mat Bangla, Cina kedai basikal, Keling kedai samsu tanpa sedikit pun rasa marah dan cemburu di hati sang bapa dan di kalbu sang ibu...?!!!
Sampai hati emak & abah buat anak macam tu......

Aku Ingin Pulang...

Ke mana pun aku pergi bayang-bayangmu mengejar...
Bersembunyi di mana pun selalu engkau terbungkam!
Aku merasa letih dan ingin sendiri...

Bertanya pada siapa, tak ada yang menjawab
Sebab semua peristiwa hanya di rongga dada...
Permulaan yang panjang dalam kesunyian...

Aku mencari jawaban di mana
Ku sedar langkah menyusuri pantai
Aku terasa mendengar suara
Menutupi jalan, menghentikan pertualangan...


Ke mana pun aku pergi selalu terbawa-bawa
Perasaan yang bersalah datang menghantuiku
Masih mungkinkah PintuMu ku buka...?
Dengan kunci yang pernahku patahkan...!

Lihatlah... aku terkapar dan luka
Dengarkanlah jeritan dari dalam jiwa...
AKU INGIN PULANG.....................

BELAJAR atau BELAYAR...?

Baru nie RKA ada terbaca satu text dalam ruangan sembang-sembang siber. Ada sorang sahabat sediakan satu ruangan bertajuk "Jom Ngumpat"... RKA sangat-sangat terkejut dan sedih. Bukan apa, ayat tu nampak simple je.. macam tak ada apa-apa tapi sebenarnya berdosa besar tu beb... sebab mempersenda dan memperlekeh hukum ALLAH SWT. Sebenarnya bukan di alam siber sahaja, sekarang ni kat majalah-majalah dan radio/TV pun dah disediakan ruangan gossip & mengumpat ni. Siap ada penaja lagi tu...!!! Mengumpat adalah satu perbuatan yg sangat keji dan terkutuk. Oleh kerana dah terbiasa maka ianya menjadi satu makanan harian kita pula... malah tak ada langsung rasa berdosa dan bersalah malah bangga bila melakukannya...! Takkan tak tau kot... Kan sekarang nie banyak sumber ilmu yang boleh kita dapat. Ceramah surau/masjid ada... Ustaz/ustazah kat radio ada, TV ada, suratkhabar ada... dari size besar sampai size dah jadi kecik... CD, DVD, MP3, MP4... internet lagi... semua tu ada menceritakan jahat dan berdosanya perbuatan mengumpat dan beberapa perbuatan maksiat lain yg pastinya dipetik dari Al-Quran dan Al-Hadith.

Jangan sesekali permain hukum ALLAH SWT... Dia ALLAH, kita sapa..? Cuma makhluk maha lemah yang hidup atas belas-ikhsanNYA... Kena ekzos honda cup pun kita dah meraung inikan pula neraka jahannam...! Kita orang Islam. kalau bukan kita menaikkan martabat Islam siapa lagi...? RKA nak ingatkan diri RKA sendiri dan share dgn semua satu pepatah Arab yang berbunyi...
"Kalau kamu tidak alim hendaklah kamu BELAJAR... jika tidak ada orang alim (guru) hendaklah kamu BELAYAR..."

19 Huruf Yang Hebat...

Pagi nie RKA terima emel fasal Kellog's product dari officemate RKA (tengkiu Ros...) Surat nie dikeluarkan oleh Fiji Muslim League. RKA tertarik dgn ayat Basmallah yg menjadi kepala surat. Surat pertama dlm dunia yg bermula dgn Basmallah ialah surat Nabi Sulaiman (A.S.) kpd Puteri Balkish. Ayat Basmallah ada 19 huruf bermula dari huruf "Ba" & diakhiri dgn huruf "Mim". Yg hebatnya tu, kita pergilah mana2 negara dlm dunia nie, itulah Basmallah. Tidak berubah walaupun satu huruf...!!! Bukan Mahmud Security, bukan Securiforce yg jaga... Tapi ALLAH SWT yang pelihara dia... Kitab agama lain ada mcm tu...? Ada...?

Itulah HEBATNYA Islam & sebagai org Islam kita mesti bangga & bersyukur kerana mewarisi agama TERHEBAT ini...

Masih Bertemu Matahari...

RKA mc 2 hari sbb jatuh motor langgar lopak air kira-kira 3 km dari hentian Seremban masa otw balik kerja mlm smlm. Waktu tu hujan agak lebat. RKA potong sebuah lori ikut laluan motor tak sedar ada lopak air yg menyebabkan RKA hilang kawalan & jatuh terseret betul2 depan lori yg baru RKA potong tu. Alhamdulillah sekali lagi ALLAH SWT lindung RKA apabila lori tu sempat brek & secara tak langsung kedudukannya menghalang kenderaan lain dari merempuh RKA yg terlentang di tgh highway. RKA OK cuma luka2 kat lutut dan siku... "Jetski" merah RKA rosak sikit tapi masih boleh digunapakai...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana memberi RKA peluang sekali lagi untuk melihat matahari...

Malampaya Selepas Maghrib

Gambar nie diambil secara tak sengaja masa RKA pergi site visit ke Malampaya SWP platform di Filipina Ogos 2009 iaitu 2 hari selepas ribut Katrina melanda perairan di situ. Pagi selepas gambar ini diambil ribut sekali lagi kelihatan menuju ke arah platform dan kami diarahkan meninggalkan kerja dan kembali ke vessel penginapan kami, Ullswater DP2. Sampai di vessel, RKA terus perlahan-lahan melaungkan AZAN di celah-celah pekerja Filipina yang kesemuanya bukan beragama Islam. Alhamdulillah dengan izin ALLAH SWT ribut yang pada mulanya kelihatan ganas menuju ke arah kami perlahan-lahan reda dan kami dibenarkan menyambung semula kerja beberapa minit selepas itu...
ALLAH Maha Pemberi Pertolongan... Sesungguhnya tiada Tuhan yang paling layak disembah melainkanNya...

Hebat ALLAH


Yahudi Dalam Diri

Yahudi Dalam Diri... karya terbaru RKA untuk menasihati diri sendiri dan buat tatapan sahabat2 di luar sana...

Semasa Nabi Ibrahim dibakar dengan api yang menjulang oleh Namrud Laknatullah seekor burung kecil terbang membawa air dalam paruhnya yang kecil atas tujuan untuk membantu memadamkan api yang sedang marak kerana takut ditanya ALLAH SWT di padang mahsyar nanti, apakah usaha kamu dalam membantu nabi mu yang sedang dibakar...?

RKA tafakur sekejab... apa usaha RKA dalam membantu saudara Islam RKA yang disembelih di sana...?

The Smiling Moon

Bulan Senyum... Fenomena yang jarang berlaku dan RKA bersyukur kerana terpilih untuk menyaksikan dan seterusnya mengabadikannya di atas sehelai kertas putih bersih sesuci senyuman misteri sang bulan di malam 4 Zulhijjah 1429 yang lalu. Pepatah arab tu RKA petik dari ceramah Ustaz Azhar Idrus dari Terengganu.

"RAMAINYA UMAT MANUSIA TUA DAN MUDA JANTAN DAN BETINA PAGI PETANG SIANG DAN MALAM BERSERONOK-SERONOK... PADAHAL KAIN KAPANNYA TELAH SEKIAN LAMA SIAP DITENUN..."

RKA - sebelum dimakan masa...

Gambar RKA masa tak berapa muda dulu... gambar berposing sakan di pantai Batu Feringgi Pulau Pinang. Masa tu kerja kat ANTARA Pasir Gudang. Pergi Penang sebab ada friendly match bolasepak, sepaktakraw dan ping-pong lawan Malayawata.

RKA lukis sendiri sementara tunggu arwah emak siapkan hidangan makan malam... pakai pencil kontot Pendekar Mustar dan kertas lukisan A4 biasa je...

masa tu mana la ada duit nak beli bahan...

Subuh Terakhir Di Malampaya

Pemandangan subuh terakhir RKA di Malampaya SWP, Pulau Palawan, Filipina pada Ogos 2009. Ini kali ke 3 dan terakhir RKA dihantar ke sana. Dah boleh bawak diri berbanding masa first time dulu...
Terimakasih banyak diucapkan kpd bos-bos dan kawan-kawan di ex-company RKA di KL...
Maha Hebat ALLAH yang mencipta segala kecantikan...
Hebat ALLAH...

Asam Kalenda

Diorang kata nie buah Asam Kalenda... rasanya masam sikit dari cuka... orang utara makan buah nie dengan "garam belacan". RKA tanam sepokok kat laman rumah... saja buat perhiasan. Lagi pun RKA rasa spesis nie dah tak banyak dah kat negara kita nie...

Hebat ALLAH...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.