Hilang Tak Berganti...

.
Assalamu'alaikum wbh...
.
Hari Isnin, 21 Mac 2011 sedang kami bergembira menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 11 anak RKA, Raja Muhammad Al-Baihaqi, kami dikejutkan dengan berita sedih pemergian adik kepada emak mertua RKA, Juhari bin Darus atau lebih mesra dengan panggilan Tok Awang Juri @ Pak Teh Awang dikalangan adik-beradik dan saudara-mara terdekat.
.
Pak Teh bersama 4 rakannya yang lain meninggal dunia setelah van yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan ngeri di Pendang, Alor Star, Kedah lebih-kurang pukul 3.30 pagi ketika dalam perjalanan pulang dari membuat persembahan silat di Sungai Buloh, Selangor.
.
Pemergian beliau RKA sifatkan sebagai kehilangan besar dalam dunia persilatan Melayu kerana beliau merupakan seorang pesilat Gayung Fatani yang sangat aktif dan disegani di utara semenanjung.
.
Bersama kita berdoa semoga roh beliau dan rakan-rakannya yang lain ditempatkan bersama insan beriman dan beramal soleh. Amin Ya ALLAH...
.
.
.
Al-fatihah...
.
.
.

Sungguh Tak Ku Sangka...

Perbarisan sukan sekolah SRI...
.
.
Assalamu'alaikum wbh...
.
.
Sabtu lepas, masa tengah syok belepak-lepuk melatih Sazwan dan Amira main ping-pong kat sekolah SRI tu tiba-tiba RKA terdengar suara seseorang memanggil...
.
"RKA... RKA..."
.
Aiikkkk... Sapo pulak tu? Setahu RKA kat bumi Adat Perpatih nie belum pernah ada orang panggil RKA dengan nama tu kecuali orang yang benar-benar rapat atau kawan-kawan RKA masa kerja kat SDE Pasir Gudang atau Telok Ramunia dulu...
.
RKA toleh kiri... Eh eehh... TUAN HAJI al-LAVENDARI (klik sini), rupanya... (seorang sahabat blogger merangkap jiran dan rakan satu saf RKA di surau Ibnu-Khaldun LH...)
.
"Assalamu'alaikum THJ... ada hajat apa ke sini...?"
"Wa'alaikumussalam... datang ambik baju sukan si Haiqal..."
"Oooo..."
.
Dipendekkan cerita, RKA pelawa THJ main ping-pong sama-sama. Pelawaan RKA tak ditolak langsung MALAH... Umangaiiiiiiiiiiiiiiiii...........! Boleh tahan THJ nie...!!! Serve skrunya benar-benar sukar dijawab... Smashnya benar-benar mencabar kredibiliti kejurulatihan RKA... aduyaiii...
.
Kalau seketika dulu, masa Rukun Tetangga LH berura-ura nak buat pertandingan ping-pong, RKA dah pasang angan-angan untuk menjadi juara tapi nampak gayanya kali ini RKA kena ubah fikiran...
.
Syabas THJ... RKA tabik spring kat THJ...
.
.
.
(tak po lah RKA... dapek nombor duo pun jadi lah... hehee)
.
.
.

Tak Rela Diperbodoh...!!!

Gambar kapcai kat Bandaraya Manila yang sempat RKA rakam sebelum balik KL...
.
.
.
Assalamu'alaikum wbh...
.
Dah lama sebenarnya RKA nak tulis entry nie tapi ada je aralnya... kali nie dapat peluang RKA publishkan sebagai tanda tak puas hati RKA kat satu iklan TV nie... (tak pasti pulak RKA dah ada orang komplen ke belum...)
.
Dulu masa RKA masih bersekolah, kat JB tu banyak betul group motor kapcai tumbuh macam mushroom soup ditimpa hujan... Antara yang paling popular ketika itu ialah kumpulan DUNE, ELORA dan SALAMAYAT... Sesekali kalau ada peluang dapat jugak RKA join diorang lepak kat tembok hujung simpang, dekat dengan balairaya SK... Saje je lepak dengar diorang bersembang fasal motor dan aktiviti rempit diorang... Lagikpun diorang tu bukan orang lain, sedara mara sepupu sepapat RKA jugak...
.
Masa tu RKA sekolah lagi, so melopong je la mulut RKA dengar cerita diorang...
Antara perkataan yang selalu digunakan ialah perkataan "BODOH"...
.
Contoh:
.
"Bukan camtu, BODOH..."
"Camni, BODOH..."
Lama kelamaan perkataan BODOH tu disingkatkan menjadi "DOH" sahaja...
.
Contoh:
.
"Bukan camtu, DOH..."
"Camni DOH..."
(tapi bukan semua ahli kumpulan yang cakap macam tu...)
.
Sekarang, ada satu iklan TV, tanpa disekat-sekat... tanpa ditegur... dengan "bangganya" membodohkan SELURUH para penonton... dari yang terendah "kasta" sampailah yang setinggi-tinggi "kasta"...
.
"LAJJU DOOOOOOOOH....!!!
.
Atau kalau diterjemahkan mengikut bahasa budak-budak DUNE, ELORA dan SALAMAYAT...
.
"LAJU, BODOOOOH....!!!"
.
Atau kalau diterjemahkan ke bahaso nogori...
.
"LAJU, BANGANG...!!!
.
.
.
.
.
huh... malas nak cerita panjang... pikir la sendiri...
.
.

Sambil-sambil tu...

Gambar nie RKA ambik masa on the way balik bercuti ke Kuching bersama family tahun lepas... Warna air yang berbeza-beza.. 9 tasiks 9 warnas...!
Hebat ALLAH kan...?
.
.
Assalamu'alaikum wbh...
.
Dalam diam-diam, dari sehari ke sehari RKA tengok banyak jugak saudara-mara, sahabat dan rakan blogger yang berkunjung ke blog RKA nie. RKA rasa ini penangan Peraduan Menulis Karangan (klik sini) anjuran Kakcik Seroja la nie... Apapun, terimakasih RKA ucapkan kepada semua yang sudi bertandang... Dan terimakasih banyak kepada Kakcik Seroja atas hadiah yang dikirimkan...
.
RKA minta maaf sebab sejak kebelakangan nie RKA agak kurang menjengah blog sendiri apatah lagi blog sahabat yang lain... Nak kata sibuk sangat tak jugak. Nak kata tak sibuk, nampak macam sibuk...
.
Kepada semua yang singgah ke sini tapi tak jumpa entry baru... Sambil-sambil menunggu tu sila-silalah bukak blog rakan-rakan RKA di bawah nie ya...
.
.
Kalau ada nama-nama yang tertinggal RKA minta maaf - insyaALLAH dikesempatan lain akan RKA masukkan...
.
.
.

Dari Meja Pejabat Ke Tenis Meja...

Assalamu'alaikum semua...
Pelawaan Ustaz Alias untuk RKA menjadi jurulEtih ping-pong murid rendah dan menengah sekolah SRI tu sememangnya tak dapat RKA tolak. Selain dapat menimba pengalaman sekurang-kurangnya ada la jugak aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh walaupun cuma sekali seminggu...
.
Aksi RKA dan Pak Sheikh dalam satu siri perlawanan persahabatan menentang RNZ
.
RKA bukanlah sehebat Syakirin Ibrahim (Malaysia) atau setangkas Ma Lin (China) dan sehandal Jan-Ove Waldner dan Jorgen Persson (Sweden) tu... Pencapaian terbaik RKA setakat nie ialah menjadi juara perseorangan MMCOG 2007 sebelum tumpas tergolek-golek di suku akhir di tangan Pak Sheikh (Hj. Azrin Taharudin) pada tahun berikutnya... Kira OK la tu kan... heheeee...
.
Sapo la agak'ea yang rajin menghonggih mejo nie... Osah lapa amek la nie...hehee
.
Umangaiii... Cam nie punyo bosa kuyak ikan Marlin pun buleh telopeh nie...!!
.
Tengoklah betapa hensemnya meja dan net ping-pong lama sekolah SRI tu... Sesuai sangatlah dengan bad ping-pong Butterfly Combi RKA yang dah berusia 26 tahun tu...
.
Tugasan pertama yang diberikan kepada RKA ialah mencari dana untuk beli meja ping-pong dan net baru. Kesian jugak tengok murid-murid tu berlatih dengan meja lama yang uzur dan menunggu masa menyembah bumi... Alhamdulillah, dalam masa yang singkat RKA dapat sumbangan yang cukup dari rakan-rakan sepejabat RKA yang sangat pemurah dan baik hati (hebat-hebat belaka diorang nie...)
.
JurulEtih sedang menurunkan ilmunya...
.
Anak jurulEtih, R. Muhammad Al-Baihaqi sedang khusyuk mendengar penerangan abahnya...
.
Aikk...... wahh, lawan taukeh nampak anak abah nie...
.
Rusdy Muhammad, Presiden Kelab Ping-Pong Sekolah SRI (Rendah)...
.
Keberangkatan tiba meja ping-pong Butterfly di perkarangan Laluan Ilmu Sekolah Sri...
Ustaz Alias berbaju coklat... (Baju hitam tu bukan ustaz... tu Cino dreba lori...!!)
.
Dan pada 19.01.2011 lebih-kurang pukul 12.30 tengahari waktu Malaysia, setongkol meja ping-pong baru berjenama Butterfly selamat mendarat di perkarangan sekolah disambut oleh murid-murid dan wakil guru sekolah tersebut... RKA rasa yang paling gembira sekali ialah anak RKA, Muhammad walaupun dia sebenarnya ahli Kelab Sepaktakraw... (haiii... poning palo abah... hehee)
.
Tanpa membuang masa RKA patrikan nama sahabat-sahabat RKA yang teramat baik hati di belakang meja ping-pong baru tu...
.
Haa... Inilah dia nama sahabat-sahabat yang RKA maksudkan tu...
(En. Mohtar Ansor, En. Nordin A. Rahman, Ir Hj. Shahril, En. Hussin Asran, Hj. Azrin Taharudin, En. Abd. Malek Elias, En. Mohd. Akharan, En. Abd. Rahim (MMC) dan En. Raja Kamarulzaman)
.
Ustaz Asfar bergaya disamping meja baru...
.
Tengoklah betapa seronoknya sebahagian dari pelajar sekolah SRI bila dapat meja baru...
.
Ustaz Alias sibuk mengejas ketinggian meja dan memasang net baru... tak sabar nak test power la tu...hehee...
.
SEBELUM...
.
SESUDAH...
.
MEWAKILI PIHAK SEKOLAH, USTAZ ALIAS DAN USTAZAH SUZANA MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMAKASIH KEPADA SAHABAT-SAHABAT RKA YANG SANGAT-SANGAT PEMURAH TU... DAN MENDOAKAN SEMOGA MEREKA SEMUA DIMURAHKAN REZEKI YANG HALAL OLEH ALLAH SWT... INSYAALLAH...
.
AMIN YA ALLAH...
.
.
.
.
.
.

Aku Bukan Munshi - 1

Karya 1998 (Water colour + artline pen)

---------------------------------------------------------------
.
"Mal..."
"Saya mak..."
"Tolong tuliskan surat untuk Abah..."
.
Kadang-kadang...
.
"Tuliskan surat untuk Long..."
.
Kadang-kadang...
.
"...surat untuk ngah..."
.
Lepas tu...
.
"...surat untuk Kak Cik..."
(bukan Kakcik Seroja tapi Kak Cik Sam (R. Shamsiah) yang kat Mersing tu...hehee)

.
Seingat RKA seawal darjah 2 lagi RKA dah jadi tukang tulis dan tukang baca surat untuk emak. Bila emak suruh je RKA terus ambik kertas dari buku latihan yang dah tak pakai pastu duduk bawah lampu pam (lampu gasolin) dan mulalah mengarang.
.
"Assalamu'alaikum, kehadapan Long sekeluarga. Apa Khabar? Kami doakan semoga Long sekeluarga sihat sentiasa hendaknya.... kami di sini sihat-sihat sahaja..."
.
Ayat yang sama untuk pembuka kata surat Ngah, itulah jugak ayat untuk Kak Cik dan itulah jugak ayat pembuka untuk beberapa abang dan kakak yang lain.... Perkataan "Assalamu'alaikum" tu biasanya dalam jawi... Yang lain-lain rumi... hehee... Kira OK la kan...
.
Tulisan jangan kira ler... senget-benget... yang tak tahan, siap lukis kartun sikit kat belakang surat... pakai pensil 2B pulak... tengah-tengah malam buat silap, cari pemadam tak jumpa, padam la pakai rubber band yang dililit kat belakang pensil... hahaa... asal boleh je... habis comot-koreng surat tu RKA kerjakan... lantak... asalkan diorang paham... tapi RKA rasa memang diorang paham pun sebab selang beberapa minggu lepas tu diorang balas surat RKA tu. Kalau tak paham takkan diorang balas kan...? Kadang-kadang siap selitkan duit singgit sebagai upah RKA tolong tulis dan bacakan surat untuk emak... (hehee... kayo pakcik...)
.
Yang bestnya setiap kali diorang balik kampung RKA dapat banyak hadiah...
.
"Peksa dapat nombol berapa...?"
"Satu..."
.
Siap ler... petang tu kadang-kadang Long bagi pensil kaler... Ngah pulak bagi pen Pilot dakwat basah... ingat lagi RKA, pen tu warna maroon, harga dia RM5.70... mahal tuu.... Kak Nor bagi pensil 2B satu dozen... Kak Lut pulak bagi pencil box ada gambar robot... tu belum kira hadiah yang sekolah bagi lagi tu...
.
Bila tiba hari penyampaian hadiah kat sekolah, emak RKA siap bawak beg plastik bising untuk bawak hadiah yang RKA dapat... sebab dapat nombol satu dan markah tertinggi dalam hampir kesemua mata pelajaran... (meninggalkan pencabar terdekat Fadhilah Paiman, Lili Rohayu Saipol dan Rohana Taib...) Kadang-kadang tu awal persekolahan tak payah beli alat tulis sebab semua dah dapat free... siap bagi-bagi kat adik-adik yang lain... jimat...jimat... heheee
.
...best tul la masa tu....
.
.
.
.
.
.
...tapi itu dulu...
Sekarang semuanya dah berlalu... Emak dan abah pun dah lama pergi meninggalkan RKA... Hampir setiap kali mengadap dan menulis blog nie RKA mesti terkenangkan peristiwa RKA menjadi tukang tulis surat untuk emak...
.
Apapun, atas berkat susah-payah emak ngan abah hantar RKA ke sekolah lah maka RKA pandai menulis dan membaca macam sekarang nie... kalau tak tak tau la...
.
.
.
.
.
.
.
.
(so..... perlu ke aku meninggi hidung setinggi hidung Munshi...? lagi pun aku tak pasti siapa Munshi...)
.
.
.

Cabaran Disahut Ajakan Disambut...

.
.

.
PRANGGGGGGG..!!!!!
.
Piring TEPUNG TALAM
Bersepai dihempas atas kelikir tepi kolam...
Berita GANGGUAN SEKSUAL itu sememangnya menjengkelkan
Lebih menyakitkan ianya berlaku ke atas PERMATA hati kesayangan...!
.
Keris tidak berlok warisan sang wali
Pijitan jemari si pandai besi
Tersisip kemas di pinggang kiri
Digenggam erat sedari tadi...
.
"Jahanam budak-budak ni...!
Kamu belum kenal lagi MAKNA KEMBIRI
Tunggulah hingga aku tiba di sana nanti
Nanti tahulah kamu langit rendah atau tinggi...!"
.
Akan aku kerjakan kamu hingga selembik HALWA MASKAT
Kala itu baru kamu tahu siapa lemah - siapa kuat......!
Siapa dayus - siapa hebat...!!
Bangsaatttttttt...!!!"
.
.
"KAKCIK SEROJA...! Kakcik Seroja...!!"
"Ya adinda... gerangan apa memanggil kekanda...?"
.
"Siapkan adinda sepasang PAKAIAN UNTUK MENDAKI,
Segenggam garam sebuku roti
Seekor kuda yang paling pantas berlari...
Tak berpelana tak mengapa asalkan ada tali cemeti...
.
SAJAK ULANGTAHUN KELAHIRAN permata hati
Campakkan dahulu ke tepi...
Akan adinda puisikan sekembali ku nanti..."
.
Ada perkara lebih penting yang wajib adinda lunaskan
Mencantas ZOMBI KAMPUNG PISANG yang membuat onar di pekan...
Membunuh dan melakukan kerosakan ke atas kapal dagang di pelabuhan...!
Menconteng arang ke muka sultan...!!!"
.
"Apapun kekanda......
JIKA TERDENGAR SUARA AZAN BERGEMA SAYUP MENJELANG PAGI
Dan di saat itu, andai adinda belum kembali
Anggaplah adinda tiada lagi
Di bumi Semerah Padi yang bertuah ini...
.
Janganlah kekanda tangisi
Pemergian adinda kerana pertiwi
Demi menyahut seruan Illahi
PERTAHANKAN MARUAH ISLAM DARI DINODAI..."
.
.
.
.
.
Adinda RKA
14hb Safar 1432
.
.

Terbang...

Assalamu'alaikum,
Entri terbaru kali nie RKA nak cerita sikit pasal perkhidmatan kapalterbang tambang murah terbaru, HERITAGE AIR yang memulakan operasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam, Melaka pada 14 Disember 2010 (kebetulan sama tarikh dengan birthday anak sulung RKA, RPNF tu... Kira nie hadiah abah untuk kakak (RPNF) sebab dapat 9A dalam PMR yang baru lepas tu la ye... hehee.... Syukur alhamdulillah... Tahniah buat anak abah...)


Logo HA (peringkat awal) rekaan RKA...
eeeee

Logo HA di ekor pesawat...

eeeee

Pandangan keseluruhan badan pesawat (peringkat awal) rekaan RKA...

eeeee

Rekaan terakhir menggabungkan idea RKA dan rakan kongsi HA...
eeee
Kerja-kerja mengecat badan pesawat sedang dijalankan...
eeee
Wajah sebahagian badan pesawat HA yang telah siap...
eeee
Gambar bahagian belakang pesawat dari dekat (ihsan Google)
(sahabat di dalam gambar itu bukan RKA...)
eeee
Para penumpang sedang memasuki pesawat HA untuk penerbangan pertama...
eeee

Pesawat HA sedia melakukan penerbangan pertama pada 14 Disember 2010 di Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam, Melaka...

eeee
Alhamdulillah... Syabas... RKA doakan semoga HERITAGE AIR sukses dan terus sukses sehingga menjadi antara perkhidmatan kapalterbang tambang murah terbaik dunia. RKA turut merasakan keseronokannya sebab idea RKA diterima-pakai walaupun tidak 100%. Sekurang-kurangnya ada la jugak sentuhan tangan dan idea yang dikurnia ALLAH SWT kepada RKA ini diterima di peringkat antarabangsa... dan insyaALLAH akan dikenang oleh anak-cucu RKA suatu hari nanti...
e
Terimakasih RKA ucapkan kepada Abang M dan YM Kak Engku kerana memberi peluang ini kepada RKA dan terimakasih jugak kepada isteri RKA, "Cheputeh Kuntum", anak sulung RKA (RPNF) dan Muhammad kerana memberi komen membina dan berkongsi idea untuk merealisasikan impian ini...
e
Kepada kawan-kawan RKA di luar sana, kalau hangpa naik kapalterbang HERITAGE AIR nie untuk ke mana jua destinasi korang, ingat-ingatlah RKA di sini ye...
e
e
e
e
e
e
jazakallahu khair... luv you all....
e
e
e

Pak Noh...

Lama jugak RKA tinggal kat rumah Pak Noh, dari cuti penggal 3 darjah 6 sampailah cuti penggal 3 tingkatan 2... (Lepas tu tumpang teduh pulak kat rumah Cik Sam (kakak sulung RKA) sampai hujung tingkatan 3...) Bukan sebab RKA tak ada emak & abah, ada... cuma tak tau la waktu tu berat betul hati nak tinggalkan kampung...
Trak askar 2 tan penuh dengan barang-barang pindah dah menanti di jalanraya depan rumah Che Sai'on... emak dan abah pulak dah mula salam-salam orang kampung... sementara adik-adik RKA si Aidil dan Masita (Makcu Ita) tu dah terlompat-lompat tak sabar nak naik trak askar Ngah Sulai... Memang sedih suasana tu tapi tak dapat mengubah keputusan RKA untuk tidak ikut emak pindah ke JB...!
"Jom, Mal..." mak ajak RKA pergi sambil melambai-lambai tangan ke arah jiran-jiran yang bakal ditinggalkan... RKA terdiam sekejab.
"Macamana nak cakap dengan mak ni...? Agak-agak mak marah ke tak ekk..?" RKA cakap sorang-sorang dalam hati... tapi camanapun, nak tak nak RKA kena cakap jugak...
"Err... mak, kalau Kamal cakap mak jangan marah ye... Kamal rasa Kamal tak nak ikut mak pindah la..."
"Ehh, sungguh ke nie...?" Lembut je suara mak bertanya... RKA cuma mampu menganggukkan kepala tanda mengiyakan pertanyaan mak...

"Bagus...! Bagus...! Bagus...!! Meh duduk dengan Cik... Meh duduk dengan Cik...!" Tiba-tiba RKA terdengar suara Cik Timah (mak Pak Noh), berjalan dan seterusnya memegang tangan RKA. RKA dah agak dah sebab Cik Timah memang dah lama nak ambik RKA jadi anak angkat dia. Sejak RKA kecik lagi... tak tau la kenapa, mungkin sebab RKA nie hensem kot... (isshhh... tak baik kutuk diri sendiri... hihiii).

Kehadiran RKA dalam keluarga Pak Noh sebenarnya menambahkan lagi koleksi anak angkat Cik Timah dan Anjang Hussin. Sebelum tu Cik Timah dah ada Apit (Mohd. Rafiz), Cacah (Kursiah) dan Arah (Syarifah Zaharah) dan tak lama lepas RKA, hadir pulak seorang lagi iaitu Acir (Raja Mohd. Nasir)...

Sepanjang tempoh itu apa yang menghairankan RKA ialah tiada langsung rasa cemburu di wajah dan hati Pak Noh walaupun sebenarnya kehadiran kami sedikit sebanyak merenggut sebahagian dari kasih-sayang dan perhatian Cik Timah dan Anjang Hussin kepada Pak Noh yang merupakan anak bongsu dalam keluarganya... dan bermula saat itu RKA mula mengenali hati-budi Pak Noh...

Pak Noh sepupu RKA. Usia Pak Noh cuma 3 tahun je tua dari RKA. Ayah kami adik-beradik. RKA panggil dia Pak Noh sebab terikut-ikut Si-Apit, Cacah dan Acir, anak saudara Pak Noh tu. Seingat RKA sepanjang RKA duduk situ tak pernah RKA tengok Pak Noh marah. Kalau saudara-mara dari jauh datang Pak Noh la jadi mangsa cari buah-buahan, pucuk paku, pucuk ubi dan kelapa untuk dijadikan buah tangan diorang... kadang-kadang kalau nasib baik siap dapat cendawan busut lagi... dan kadang-kadang, adakalanya Pak Noh jadi supir pulak, angkut sedara-mara ke rumah Atuk kat darat atau pergi ke kedai membeli barangan keperluan dapur bagi melengkapkan hari-hari gembira orang lain...

Sabar dan tak berkira langsung kalau buat kerja, dan tak pernah RKA dengar Pak Noh mengeluh apatah lagi memberontak atau mengata-ngata di belakang... Sikap Pak Noh tu sedikit-sebanyak mempengaruhi cara hidup RKA dan perlahan-lahan RKA tengok kami seolah-olah se"aura"...!

Selepas tingkatan 3 kami berpisah. RKA berhijrah (juga akhirnya) ikut mak dan abah duduk kat JB dan selepas itu lama jugak RKA tak jumpa Pak Noh sehingga pada suatu hari RKA terima panggilan dari Pak Noh. Pak Noh bersama isteri dan 3 orang anaknya nak singgah rumah RKA kat Seremban...!!

Waktu pertama kali masuk rumah RKA apa yang RKA nampak ialah wajah Pak Noh yang tak henti-henti tersenyum...

"Sama..." kata Pak Noh, pendek...
"Sama...? Apa yang sama...?" tanya RKA kehairanan...

Selang beberapa minggu lepas tu RKA membalas kunjung ke rumah Pak Noh di Kuala Lumpur...
"Ya ALLAH... memang sama...!" cuma itu yang mampu RKA katakan sejurus menjejakkan kaki kat rumah Pak Noh.

Cat dalaman rumah kami memang sama (beige dan sebahagian sudut berwarna cyan)
Sofa kami sama design, sama corak dan sama warna...
No. rumah RKA, 403
No. kereta Pak Noh 430
No. kereta RKA (waktu itu) 7380
No. motor Pak Noh 3780...
Dan yang terbaru, baju yang dipakai anak RKA dan anak sulung Pak Noh (Raja Mursyid) sama jenama, sama corak dan sama warna...!!

Ya ALLAH... sesungguhnya ini satu persamaan qada' dan qadarMu yang cukup indah bagiku.
Ya ALLAH...sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Agung, Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki, kurniakanlah kami sebaik-baik kesudahan dan masukkanlah kami sekeluarga ke dalam syurgaMu melalui pintu yang sama...
o
o
o
o
o
RKA doakan semoga Pak Noh, Kak Ita serta anak-anak (Raja Mursyid, Raja Hakeem, Raja Badrul Amin dan Raja Nur Mursyidah) sihat dan ceria selalu... Amin Ya ALLAH...
o
o
o

RKA instinct - Mengumpat Is Not Allowed

Assalamu'alaikum semua,

Kalau dulu mengumpat dan mengata nie paling-paling jauh pun sampai hujung anak tangga rumah je... Sambil-sambil cari kutu... sambil-sambil cabut rambut gatal-merenyam... atau sambil-sambil buat letup-letup kepala... masa tu lah waktu yang paling sedap ngumpat - sampai nasik hangit kat dapur pun tak sedau...!! dan biasanya cerita sensasi atau gossip dulu-dulu akan dipanjang-luaskan lagi oleh tukang jual kain "lasit latang" (istilah yang digunakan orang kampung RKA untuk penjual barang rumah ke rumah)...

Tapi sekarang zaman dah berubah... suratkhabar pun dah kecik... kecanggihan teknologi maklumat melebar-luaskan lagi jarak jangkauan umpatan dari celah mata tangga membawa ke dalam igloo di Kutub Utara...! Dengan laptop atas riba, desktop atas meja... dan dengan hanya satu klik - umpatan dan fitnah yang tidak ada kasihan belas menerjah mata dan minda seluruh umat dunia yang zalim, dengan rakus meratah daging saudara mereka yang tidak berpeluang membela diri...!

Kesian, sedih, pelik dan hairan sangat-sangat bila aku duduk sorang-sorang memikirkan keadaan aku sekarang nie... dah berjuta-liun kali diingatkan bahawa perbuatan mengumpat itu sangat keji dan berdosa besar kenapa aku tak paham-paham lagi... dah buta ke hati aku nie...?

Hey aku...! Cuba check dan pikir sebelum klik... Sempoerna-A sangat ke aku nie...? Orang yang aku bela tu betul ke baiknya...? Orang yang aku cerca tu confirm ke jahatnya...? Jangan kerana satu kepentingan atau pujian orang yang mengatakan bahawa aku hebat dan pandai berhujah aku sanggup gadaikan diri aku menjadi bara, bahan bakar api neraka...!

Ya ALLAH... ruginya aku... dalam hidup yang sangat singkat ini aku penuhkan dengan dosa percuma separa membangangkan diri sendiri...

Ya ALLAH... izinkanlah aku untuk tidak mengizinkan blog aku nie jadi medan mengumpat-mengeji, menghina-mencaci saudara-saudara Islam aku di luar sana yang sangat-sangat aku kasihi...

Ya ALLAH ampunilah kami... maafkanlah kami hambaMu yang hina-dina ini...
o
o
o
o
o

Cerita Laut 4 - Jom Makan...

Masa baru-baru join oil and gas kampeny kat Pasir Gudang dulu melopong mulut RKA dengar otai-otai bersembang. "Kat offshore tu living quarters dia macam hotel lima bintang... ada snooker, ada ping-pong, ada gym... makan pun best..."

iye ker...?

Jawapannya ada 2...
jawapan 1 - iye
jawapan 2 - ker...?

Kena yang best, memang best tak hingat... makanan masyaALLAH... punya la banyak sampai tak termakan... Macam-macam ada.. Chicken soup ada... mushroom soup ada...

Pak Sheikh sedang menunggu giliran untuk mengambil makanan di salah sebuah platform di perairan Sarawak...

Kambing panggang ada... jenahak sweet sour ada...
Sawi jepun osyter sauce, rojak buah... coleslaw...salad... ketam kukus...

Kerapu bara steam...

kadang-kadang ikan gelama kering pun ada...
(ok la... rezeki jugak tu...)

Itu yang bestnya... Yang kurang bestnya pulak bila kena ke satelite platform... pagi-pagi buta kena tapau makanan tengahari dari HQ kat darat atau FPSO terdekat... silap haribulan tak sempat makan, makanan dah basi... hapa lagi, tengok air laut je la beb... hahaa...
Masa pergi platform kat Filipina dulu memang nampak bersih je kitchen diorang... Tukang masak pun bukan calang-calang... Yang sorang bekas tukang masak 5 star hotel, yang sorang lagi pernah mewakili negara Filipina dalam festival masakan di Singapura-pura... tapi malangnya tiada makanan halal disediakan di sinun...
Terpaksalah bawak makanan segera dan makanan dalam tin dari Soromban... Seminggu la jawabnya mengadap maggi dan kari kambing dalam tin "Chef Wan..."

Kalau nasib baik dapat makan ikan segar yang dipancing oleh awak-awak bot...

Biasanya kita kena pilih salah satu makanan yang diorang offer dalam flight tu... tapi hari itu... Hari itu...? Iye..., hari itu, habis semua dalam cockpit tu kitorang belasah... orange juice, guava juice, iced lemon tea, hot coffee...... semua tu ada rahsianya...
o
Atau berpesta makan dalam flight dalam perjalanan pulang ke KL... tapi itu semua terpulang pada kepetahan kita mengayat steward atau stewardess kapalterbang tu...
o
part nie den sorahkan pado yang pakar... (saudara ZB)... hahahaaaa...


o
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.