Aduk... Fikir Dulu Sebelum Forward

(tengok anak bulan syawal ke tu, Che Kemal...?)


Sesekali seronok bila tengok ada berbelas email masuk dalam kotakmasuk (inbox) (takkan "masuk" dalam "out"box pulak...) tapi kadang-kadang pening kepala sebab kandungannya yang haru-biru tu...! Bercampur-aduk... caca marba... (seolah-olah hilang arah...) Kejab ke kanan (maaruf)... Kejab ke kiri (mungkar)... kalau yang ke kanan tu alhamdulillah lah... tapi kalau yang ke kiri tu macamana...? Takkan tak boleh fikir sendiri kot... takkan la tak boleh beza yang mana boleh mendatangkan pahala dan yang mana dapat dosa berjela...?

Email ni bukan boleh stop-stop, beb? Sekali terlepas tak mungkin dapat ditarik balik... habis satu dunia dia pusing...!!! Kalau yang diforward tu baik maka berjelalah pahala yang bakal kita dapat, insyaALLAH... tapi kalau maksiat yang diforward? (...??!)


Macam direct selling jugaklah... upline dapat imbuhan berganda dari apa yang downline buat...


Jadi, fikir-fikir dan renung-renunglah dulu sebelum forward...


Nota kaki: Terimakasih kepada sahabat serba-boleh RKA, saudara Zulakmal Hussain (Kemal-MMC) kerana sudi menjadi model untuk karya bersama ini (gambar atas)....

2 comments:

Aanas said...

Salam tuan raja,
dulu kan, ambe selalu dapat email 'biru' dari sorang kawan nih.. last2 ambe balas balik, len kali kalau benda2 'biru' gini, tak yah ler anto kat aku, . sebab yang nganto tu jantann.. sib baik dia paham.

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Salam Aanas,
Tu yang sedih tu...kadang2 benda dosa dan pahala dah terang dan nyata tapi ada segelintir insan yang seolah-olah sengaja melawan perintah ALLAH SWT... pejam sebelah mata dgn benda maksiat mcm tu... malah ada yang berbangga bila berjaya melakukannya

Allahu Rabbi...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.