Thank You Yam Leaf...

Terbaca emel sorang sahabat (Pidot The Kedahan) pagi nie membuatkan RKA tersenyum sendiri... Emel tu hanyalah perbualan biasa, tapi RKA tertarik bila di hujung ayat sahabat tu kata "Terimakasih daun keladi..." Memang dah menjadi kebiasaan orang Melayu menggunakan "daun keladi" sebagai "penyedap" atau "pelengkap" untuk mengucapkan terimakasih pada seseorang. Bukan setakat kat Malaysia je malah orang Melayu di Indonesia, Selatan Thailand, Singapura dan Brunei pun guna istilah yang sama bila berterimakasih... (cuma orang Melayu kampung RKA je cakap "thank you yam leaf..." hihii...)

Persoalannya kenapa DAUN KELADI...?

Kenapa tak daun pisang ke... atau daun kelapa sawit ke... atau daun kesum ke... (atau mungkin jugak daun ketum ke...?) Apa isimewanya daun keladi sehingga dipilih (terpilih) untuk dijadikan "pelengkap" ucapan terimakasih...? Setahu RKA daun keladi (pucuknya) cuma sedap bila dimasak asam rebus campur ikan bilis tamban atau masak lemak cili api campur dengan siput sedut atau dijadikan pembalut kedua (selepas pembalut pertama - daun pisang) dalam masakan pais ikan termenung (aduhh... bulan-bulan puasa nie cerita pulak pasal makan... tiba-tiba je perut terasa seakan berorkestra... huhuu...)

Sebenarnya setelah diamati RKA rasa tak ada apa istimewanya daun keladi dalam kes nie... sekadar pelengkap pantun dua kerat:

"Terimakasih daun keladi...
kalau ada hantarlah lagi..."

atau "kalau ada jemputlah lagi" atau mungkin "kalau ada bagilah lagi..."

Itu ajeee...

"terimakasih daun ketum
kalau ada jemputlah lagi..."

kan tak kena bunyinya tu... hihii...



6 comments:

Nizam Awang Brahim said...

Dulu tiak2 rumoh ande keladi gamoknye..Lagipun orang2 dulu hebat berpantun2 ni..

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

terimakasih JD kerana sudi memberi komen ini...
mak koi kata dulu zaman jepun daun keladi jadi tempat mereka berlindung bila ande kapalterbang jepun datang... zaman dulu pokok keladi beso-beso...

Terimakasih daun keladi, JD...

al-lavendari said...

terima kasih daun pisang
minta rokok sebatang !

terima kasih daun sawit
minta duit sikit !


boleh tak ?

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

ok, good idea jugak tu... boleh diketengahkan hahaa...

terimakasih daun selom, THJ...

Unknown said...

TERIMA KASIH ULAM RAJA,
BILA LAGI NAK BELANJA...??
hihihi ~ angahking® ~

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Terimakasih daun terup...
Nak belanja duit tak cukup...

hahaa...

terimakasih sebab singgah blog seh nie... singgah-singgah la selalu yo...

kirim salam "assalamualaikum" kat emak, abah serta keluarga di sinun...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.