"Wa'alaikumussalam...", RKA dengar suara lembut anak RKA, Muhammad Al-Baihaqi menjawab dari dalam.
(Gambar ikhsan google)
"Abah... kawan abah kat luar..." Muhammad berlari mendapatkan RKA yang sedang basuh cawan kat dapur.
"Siapa Dik...?"
"Kawan abah..."
Macam tu lah Muhammad, kalau lelaki je kawan abah, kalau perempuan...kawan emak... (as simple as that... buat apa nak pening kepala... mmm anak abah lah katakan...)
RKA bukak je pintu depan ternampak Syamil anak jiran sebelah tersenyum menanti kat tepi pagar.
"Ada apa Mil...?"
"Ni ha, ada cenderahati sikit untuk Acik dari saya dan Syahmi..." kata Syamil.
"Alahai... Susah-susah je korang nie... Terimakasih banyak ya..."
RKA sambut pemberian Syamil tanpa perlu bertanya kenapa, sebab RKA dah tahu benar maksud dan tujuannya...
Sebenarnya Syamil dan Syahmi adalah satu-satunya remaja yang berjaya menyahut cabaran RKA. Sebelum ini ada 4 orang di kalangan saudara rapat yang RKA beri idea dan peluang namun (malangnya) disia-siakan begitu sahaja... (dah tak minat nak buek camno...)
Tapi tidak bagi Syamil dan Syahmi... Mereka sahut cabaran RKA, final exam dapat 3.65 (nasib baik tak four flat kalau tak, flat wallet RKA belanjo diorang kek Ar-Rawsha...huhuu)
Berbekalkan markah cemerlang itu RKA (dengan kembang hidung) forward resume diorang ke TnHJ Z... dan sekarang alhamdulillah mereka tamat practical training dan terus diserap masuk sebagai pekerja di sebuah oil and gas design consultant antara yang terkemuka di Malaysia mulai awal bulan Ogos ini dengan gaji ompek angko...! (alhamdulillah, untung la korang... eseh dulu limo angko... tapi campur dua titik perpuluhan la...)
Ooh, nie cenderahati gaji pertama la nie ya... Tak pe la Syamil, Syahmi... Cenderahati gaji pertama ke... gaji tiap-tiap bulan ke, Acik tak kisah (dan tak kocik ati pun...hihii) yang penting kamu kerjalah bersungguh-sungguh. Solat jangan tinggal... Belajar dan rajin-rajinlah bertanya dengan otai-otai yang ada kat MMC O&G tu... (kalau otai-otai tu tak dapek jawab barulah korang tipun Acik yo...huhuu...) Dah terer sok, Acik tarik masuk kampeni Acik pulak...!!! (jangan marah TnHJ Z yo... eseh gurau yooo... Rayo nie tak balik Tampin...? hihii)
Ok... RKA doakan kamu berjaya dunia dan akhirat... Dan kalau dah berjaya nanti jangan sesekali kita lupa jasa emak-abah yang bersusah-payah membesar dan menyekolahkan kita... dan... jangan sesekali kita lupa dari mana kita datang kerana sesungguhnya ke situlah kita akan dikembalikan...
Wallahu'alam
Nota kaki: Nasib baik kamu bagi Acik kain kalau tak tak berkain la Acik rayo nie...
8 comments:
Malam ni boleh gune la mase terawih
Terimakasih JD...
Betul jugak tu... dapat 2 helai... boleh la pakai gilir-gilir...mlm nie sehelai mlm esok sehelai... hihii
baguslah budak2 tu... mengenang jasa jugakkan..boleh buat menantu kut
tu la tu cikgu, saya pun tak sangka dapat kain pelikat...
(ingatkan kain sutera... hihii)
syukur alhamdulillah...
terimakasih cikgu...
Citer pasal kain pelekat nih teringat satu email yg di kirim oleh sorang sahabat kek tempat den tinggal. Bulan puasa nih ramai org gi surau/masjid bawa gajah, buah dll... Gajah tu plak ada yang duduk, berdiri, duduk atas kerusi dan macam-macam lagi. Kadang tu terpandang gak masa tengah tarawikh bila duduk saf belakang. Bila dah terpandang tu gatal pulak nak mengeja.... Ada yg bagi cadangan supaya pakai secara terbalik (kepala kain sebelah depan).
Apa pun selamat bertarawikh dengan kain pelekat baru.
Salam kang,
Ada juga pendapat mengatakan pakai kain pelikat sembahyang tak sah sebab nampak peha ketika sujud namun ada juga mengatakan sah... untuk lebih selamat lebih baik pakai seluar panjang kat dalam... Fasal gambar gajah tu den pun setuju sangat kalau disembunyikan "kehadirannya" sebab boleh mengganggu solat sahabat lain.
Kadang2 terfikir jugak kat surau pun ada gambar gajah, ingat kat kuil je ada... hihii
tengkiu very big..
nampak macam berhelai2 jer. berapa helai tuh.. boleh wat kain basahan mandi satu.. hihi..
Salam Aanas, semoga kamu sekeluarga sihat sentiasa...
2 helai je, cukup la tu untuk raye nie...
terimakasih banyak
Post a Comment