Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang Rupanya Panas Bawak Ke Malam...!

Kebelakangan ni cuaca panas betul sampai nak pegang steering kereta pun terpaksa lapik dengan tuala selamat pagi... Tido malam pulak terpaksa tunjuk muscle yang "berketak-ketak" (berlenggeng la tu...) dan perut yang tak berapa nak kempis nie (sekali tengok macam penyu belimbing pun ada...hihii) Kalau Ramadhan nanti panas camni pasti teruji keimanan dibuatnya... Semoga ALLAH SWT beri kekuatan kepada kita semua untuk mengharungi bulan panas dan kering ini nanti...

Sahabat RKA, Pak Sheikh ada called last Jumaat, katanya inysaALLAH beliau akan berpuasa 15 hari di Syria dalam keadaan cuaca 52 darjah celcius...! Umangaiii...! Lebih mencabar lagi insyaALLAH Pak Sheikh akan dihantar ke sempadan Iraq dan bertugas di tengah padang pasir kontang di sana selama seminggu...!! Allahu Rabbi... Camana la agaknya keadaan Pak Sheikh tu nanti, kan... dalam keadaan tidak berpuasa pun bibir dah pecah-pecah inikan pula puasa... RKA doakan semoga Pak Sheikh tabah menghadapi ujian ALLAH SWT di sana...... Amin...

RKA kat KL ni pun tidak kurang hebat ujiannya... Kalau Pak Sheikh diuji dengan kepanasan yang melampau di sana, kami di sini pulak diuji dengan "kepanasan" yang melampau jugak... tapi bukan cuaca sebaliknya AURAT-AURAT yang terdedah atau yang sengaja didedahkan oleh pendedah-pendedah aurat tegar...!! Kadang-kadang kepanasannya melangkaui takat didih...!!!

Heran jugak RKA, kadang-kadang ada segelintir makhluk nie, bulan biasa pakai elok tapi masuk je Ramadhan masyaALLAH... entah dari mana datang hasutan RKA pun tak tau... nak kata dari syaitan dan iblis, dah kena kurung dah depa semua tu... sepatutnya kalau bulan lain pakai elok, bulan ramadhan jilbab terus... baru betul...!!

Macam ada pakatan pulak antara diorang nie...

"Wey... Ramadhan dah nak sampai nie... seperti biasa korang ganti la tempat aku... aku nak cuti sebulan...... OK jumpa Syawal nanti..."

" OK set..." (siap calit ibu jari tu, beb...!!)

Harap-harap pendedah aurat tegar ni akan berubah menjelang Ramadhan tahun ini... Bagi la peluang kat umat lain nak meraih pahala penuh... pahala berganda dari tahun-tahun sebelumnya...

(gambar sicomel bertudung kat atas tu diambil dari "wirastokarim.wordpress.com". Thanks)

10 comments:

al-lavendari said...

salam.

pendedah tegar ini tak dapat di elakkan. kalau di luar negara, langsung kita tak boleh buat apa. sudah menjadi budaya mereka. bukan sahaja dedah, telanjang pun perkara biasa. kita yang berpuasa ni, memang cukup teruji dan tercabar.

pasal cuaca ini, apa akan jadi kalau cuaca 100 darjah salsius ? kalau berkesempatan baca entri saya di sini :

http://al-lavendari.blogspot.com/2010/04/kalaulah-cuaca-di-malaysia-naik-sampai.html

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

salam dan terimakasih THJ,
memang betul kata THJ tu...memang cukup mencabar dan tercabar...

insyaALLAH ada masa nanti saya jengok...

jazakallahu khair THJ...

Anonymous said...

Betul tu... setuju sangat-sangat..kita ikat diorang ramai-ramai... huhuu...

Anonymous said...

Salam.

Sambil-sambil berlayar didalam alam siber mencari informasi-informasi terkini, ana terjumpa blog saudara. Terpanggil rasa untuk membaca . Alhamdulillah ana bangga kerna masih ramai saudara-saudara ana yang memperjuangkan kesejahteraan bersama. Alhamdulillah…

Ketika membaca artikel ini, ana tersentuh dengan beberapa perkara iaitu:

1) Islam
2) Puasa
3) Akal

Demi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, ana cuma ingin berkongsi bersama ilmu-ilmu yang mungkin boleh membantu kita sama-sama tingkatkan lagi perpaduan kita sesama Islam. Insyallah… . Sebelum ana memulakannya fahami maksud ayat ini:

Surah Al A’raaf ayat 204

“Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat “.

1) Islam

Perkataan yang selalu kita dengar bukan? Tapi persoalannya, dari mana datangnya perkataan ISLAM itu sendiri? Apakah makna ISLAM? Nah, soalan yang mudah aja jawabannya benar? Mari kita cuba fahami bersama .

ISLAM itu akarnya dari perkataan SALAM iaitu SEJAHTERA

Surah Yunus ayat 10

“Do'a mereka di dalamnya ialah: "Subhanakallahumma", dan salam penghormatan mereka ialah: "Salam". Dan penutup do'a mereka ialah: "Alhamdulilaahi Rabbil 'aalamin.

Cantik namanya, Maha bijaksana penciptanya…

ISLAM = SALAM = SEJAHTERA

Anonymous said...

2) Puasa

Apabila dibilang puasa, terus beberapa perkara yang utama akan wujud di minda manusia:

a) Tidak makan dan tidak minum
b) Terawih
c) Bertaubat
d) Pasar juadah

Tapi berapakah bilangan manusia yang menyatakan keISLAMannya faham benar dengan arti PUASA? Kedua, bagaimanakah PUASA menjadi salah satu tiang yang benar-benar boleh menegakkan ISLAM? Ungkapkan dengan hati yang tulus apakah yang kita semua benar-benar rasakan ketika kita berPUASA. Adakah kita benar-benar rasakan yang kita betul-betul beribadat atau sedang menunaikan kewajiban kita sebagai umat ISLAM atau kita sedang menahan lapar dan dahaga sambil membayangi kita sedang melaksanakan perintah Allah SWT? 

PASTInya, PUASA itu adalah satu kerja buat yang bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, tetapi juga wajib ada lagi seperkara yang mampu membuatkan pendengaran, penglihatan dan hati (akal) manusia yang hidup di dunia ini berubah. Hayati dan fahamkan dengan akal yang waras maksud ayat ini:

Surah At Taubah ayat 20

“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan”.

Terang lagi bersuluh maksud ayat ini. Bagi orang-orang yang beriman (yakin) kemudiannya mereka ini berhijrah (berpindah) serta berjihad (berperang) di jalan Allah dengan harta dan diri itu adalah jalan menuju Al Falah.

Maksudnya, jika kita benar-benar yakin dengan ISLAM, kita perlu berpindah atau dengan kata lain, kita wajib melalui anjakan paradigma! Tetapi apakah yang perlu di anjakkan? Pastinya mentaliti kita mesti diubah dahulu pasti perbuatan akan turut serta secara automatik. Akal mesti bijaksana kemudiannya baru kita memperoleh satu cara atau satu rencana yang hebat untuk berjihad nanti.

Bila perkataan JIHAD dilontarkan dari mulut manusia, apa yang terfikir adalah perang atau syahid. Benar sama sekali JIHAD itu berperang atau syahid ke jalan Allah. Tetapi JIHAD yang manakah lebih bernas dan praktikal di abad ini? Berperang dengan menggunakan fizikal semata-mata dan memerlukan laskar-laskar yang terlatih atau pun berperang dengan menggunakan minda? Minda yang mampu mengubah gaya, cara hidup, cara berfikir, peradaban, dan malahan mampu mengubah dunia tanpa ada kerosakkan dan mampu membawa dunia ke arah KESEJAHTERAAN tanpa kerosakkan? Fikirkan…

Kesimpulannya di sini, dengan berPUASA sahajalah kita dapat berjimat cermat, kemudiannya kita dapat mengumpulkan harta, harta yang dikumpul itu kita laburkan kearah BasmalahNya, barulah KESEJAHTERAAN dan KEMENANGAN itu akan wujud, langsung diPERSEMBAHKANkan kepadaNya di akhirat kelak sebagai bukti bahawa kita umat ISLAM bukan omong kosong dengan melafaskan ayat-ayat suci setiap hari tetapi tidak memahami ayat-ayat suci itu dan yang paling sedih sekali kita umat ISLAM tidak mampu membuktikan kepadaNya yang kita mampu membina sebuah dunia yang SEJAHTERA.

Surah Al A’raaf ayat 179

”Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati (akal), tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai BINATANG TERNAK, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”.

Binatang ternak? Adakah kita lembu? Atau pun burung kakak tua yang mampu menyebut atau menduplikasi sebutan tanpa memahaminya? Hmmm, seperkara lagi yang perlu difikirkan…

Jikalau kita di letakkan di tempat yang tidak berhawa dingin dan tertutup, bagaimanakah perilaku dan keadaan kita? Pastinya kepanasan melanda, keadaan kita tidak tenteram, kucar-kacir, banyak berlaku kerosakkan dan sebagainya. Ungkaian permasalahan ini mudah sahaja dengan memberikan manusia yang kepanasan itu air. Sifat air yang sejuk lagi tenang pasti dapat menenangkan kita yang berada didalam keadaan yang panas ini. Apakah yang mahu dikongsikan bersama dan apakah relevannya rangkap ini?

Anonymous said...

Kita semua tahu bahawa bulan puasa jatuh didalam bulan Ramadhan. Selain itu juga, didalam bulan Ramadhan inilah diturunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia.

Surah Al Baqarah ayat 185

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur”.

Kenapa Al Quran diturunkan didalam bulan Ramadhan? Ramadhan bermaksud “Bulan yang panas (Ramad)”. Jadi wajarlah ayat-ayat suci ini diturunkan ketika manusia didalam kepanasan supaya SEJUK . Bagaimanakah kamu rasa keadaan kamu sekarang? Sejuk atau panas? Jika sejuk, Alhamdulillah. Tetapi jikalau kamu masih berasa panas setiap kali kamu buka matamu, bukankah selagi itulah kamu berada didalam “Bulan yang Panas”? Jadi berapa lama kamu perlu berpuasa? Setahun 30 hari kah? Atau selagi kamu berasa PANAS? Fikirkan lagi…

Semua ini tidak akan dapat dihadami tanpa satu elemen penting pada manusia iaitu AKAL. Jadi perkongsian terakhir ana ialah bicara AKAL.

Anonymous said...

3) Akal

Surah Al Qamar ayat 17

Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?

Surah Al Qamar ayat 17

Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?

Surah Al Qamar ayat 32

Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?

Surah Al Qamar ayat 40

Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?

Didalam surah Al Qamar telah diulang-ulang sebanyak empat kali ayat yang sama tetapi “Adakah orang yang mengambil pelajaran?”. Allah itu Maha mengetahui, oleh itu penegasan terhadap hamba-hambaNya telah dinyatakan disini. Untuk seseorang manusia itu memberi pelajaran atau menerima pelajaran, pastinya individu itu perlu dilengkapi dengan AKAL. Gunanya adalah untuk berfikir dengan wajar dan waras kerna doktrin Allah ini memerlukan AKAL untuk dituai isinya.

Surah Maryam ayat 97

“Maka sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Qur'an itu dengan bahasamu, agar kamu dapat memberi kabar gembira dengan Al-Qur'an itu kepada orang-orang yang bertakwa, dan agar kamu memberi peringatan dengannya kepada kaum yang membangkang”.

Jadi, segala apa yang kita perbuat pastikan ianya sejajar dengan mahuNya, kehendakNya, fahamNya. Dakwah kita perlu bijaksana supaya tidak akan menyinggung mereka-mereka yang sedang kita berkongsi pelajaran. Jangan dihina, dicaci, diherdik, dituduh malahan jauh sekali menyamai mereka dengan syaitan atau iblis. Niat yang baik kita akan menjadi sia-sia apabila saudara-saudara kita yang mungkin masih perlukan bantuan kita tadi tercalar dek bahasa yang agak kasar yang digunakan kita didalam tarbiyah ataupun dakwah kita tadi. Mereka tidak akan mengikut kita malahan mereka akan menjauhkan diri mereka dari kita. Telitikan maksud ayat ini:

Surah Al An’am ayat 108

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan”.

Jika perkara ini terjadi, siapakah yang bertanggungjawab menyebabkan Allah “dihina” nanti? Fikirkan…

Gunakanlah stratergi yang telah Allah ajarkan kepada kita didalam surah Al Fiil ayat 1 hingga 5. Ulat yang kerdil lagi lemah mampu menamatkan riwayat sepohon pokok yang besar lagi kuat dengan hanya memakan daunnya sahaja. Tetapi ingat, ulat perlu sama warna dengan daun saudaraku…Fikirkanlah. Alhamdulillah.

Yang Benar,
Abdullah

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Alhamdulillah dan terimakasih yang tak terhingga atas nasihat tuan yang sangat berguna ini... insyaALLAH akan ana jadikan panduan dan lebih berhati-hati dalam setiap penulisan ana... teruskanlah menegur andai ada kesilapan yang bakal tuan temui dalam entry ana yang akan datang...
insyaALLAH ana sedia mendengar dan perbetulkan segala kesilapan ana itu nanti... tuan juga boleh hantarkan email ke abi_albaihaqi@ymail.com jika ada lagi teguran serta nasihat agama untuk ana jadikan pedoman...

semoga ALLAH SWT beri kefahaman agama kepada ana dalam menempuh kehidupan yg serba mencabar ini...

terimakasih banyak tuan

wassalam

Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.