Assalamu'alaikum...
Percaya tak kalau RKA kata RKA tak pernah izinkan kami sekeluarga bergambar berlatar-belakangkan perayaan orang-orang kufur...dengan apa gaya dan post sekalipun...!!
Nnnnnn..nanti dulu...tak...tak...bukan...bukan...bukannn...RKA bukan nak tunjuk 'alim...sama sekali tidak... jangan salah faham... cuma RKA terfikir macam nie...:
Konon kita ada seorang raja yang sangat baik, sangat pemurah dan sangat penyayang...dan kita sangat tahu bahawa itulah satu-satunya raja yang paling layak disembah dan diagungkan... Kendian, atas ketaatan dan KEPATUHAN kita padanya dia kurniakan kita dua perayaan besar untuk kita meraikannya...dalam masa yang sama dia melaknat orang lain yang ENGKAR (kufur) kepadanya... dan mereka yang engkar tu pulak mencipta perayaan mereka sendiri dengan segala perhiasan dan bunga-bungaan yang bertujuan supaya perayaan mereka itu nampak lebih hebat dari perayaan yang raja kita bagi... dan lepas tu mereka berasa mereka menang...!
Lepas tu kita ramai-ramai bergambar dan berseronok-seronok dengan perayaan @ kemenangan orang yang kufur-engkar itu...
Agak-agak kalau kita jadi raja tu kecik tak hati kita...? Terasa macam belot pulak kan...
Tu la tu...RKA ni amal ibadat besar belum berdayo nak buat...jadi buat masa nie perlahan-lahan berusaha mengambil hati Sang Raja... Tak tahulah apa kata sahabat yang lain tentang isu ini... tapi walau apa pun alasannya tak tergamak rasanya RKA nak kecikkan hati Sang Raja...
RKA03