The Traveller - Lonely Bus...

Assalamu’alaikum, 
Sebenarnya RKA agak malu nak cerita sebab takut…(klik) Tapi atas semangat yang diberi oleh blogger tersohor TNHJ AL-LAVENDARI (klik) RKA gagahkan jugak lah…hehee

 bergaye depan opis...

Camni cerita dia…tajuk dia "The Traveller - Lonely Planet Bus"...

Ramai sedara-mara, sahabat dan kenalan bila jumpa RKA akan bertanya pengalaman serta kesanggupan RKA 8 tahun kerja berulang-alik KL-SBN… ada yang respect ada jugak yang suspect…huhuu..  Tapi, dah orang bertanya RKA cerita ler…(orang tak tanya pun kadang2 RKA cerita jugak…hehee peramah la katakan…) Cuma sesekali tu jemu jugak bila soalan yang sama diajukan.. lenguh lidah nak cerita benda yang sama dimasa-masa yang berlainan…
Ditakdirkan ALLAH SWT, pada hari Rabu 31 Julai 2013 lepas seorang wartawan paper NST telah dengan bangganya menyelek (men-select) RKA untuk dijadikan model cover cerita kisah orang berulang-alik KL-SBN… Dia interview over the phone je… 5.30 am dikala subuh-subuh sapi’e Khamis 1 Ogos tu sorang photographer NST dah terpacak depan pintu-gate rumah RKA...ambik gambar dari rumah sampai la ke dalam bas kat tmnl 1…pastu sampai KLCC sorang lagi jurugambar dah siap sedia menanti..dia snap..snap..snap…snap…snap sampai la kat opis RKA…Umangaiii…dah macam artis la pulak… dan pada Ahad 4 Ogos cerita RKA tu pun tersiarlah di dada akhbar New Sunday Time (NST)… hambik kau…! Satu Malaya baca… glamer kejab sehhh…hehee


Pastu ramai la sahabat lama call ucap tahniah dan usik-usik RKA…Alhamdulillah...
RKA nak ucapkan ribuan terimakasih kepada TNHJ AL-LAVENDARI (klik) kerana war-warkan cerita nie kat facebook LH…so nanti tak payahlah RKA susah-susah bercerita…kalau orang tanya lagi RKA jawab sila layari link di bawah ini…

 Lapan tahun berulang-alik memang la letih tapi...
IT WAS WORTH IT WHEN HE RETURNED HOME TO SEE HIS WIFE (CHEPUTEH), DAUGHTER (RPNF) AND SON (MUHAMMAD) LIVING COMFORTABLY… 
“AS A FATHER, IT MAKES ME HAPPY…”

Terimakasih juga RKA ucapkan kepada isteri RKA yang tersayang sebab tak pernah jemu gosok baju dan kejutkan RKA dan anak-anak setiap pagi... 
Luv You So Much...



RKA03

 


BERCERITA UNTUK KAKCIK SEROJA

Kakcik Seroja buat kontest lagi (klik sini) kali ni lebih mencabar dan poning palo dibuek'ea...yang sebolun nie RKA dapat no. 2 (klik sini)...Yang nie macam susah sikit...Tapi takpo lah RKA cubo...


Tetikus Hitam Tegar
(ikut irama lagu - Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang)

 
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dah ada touch screen sekarang ku dibuang
Dulu...dulu...dulu ku bahagia
Sekarang jiwaku terseksa


Cita-citaku nak jadi tikus kaya
Boleh panjat tingkap...bebas panjat menara
Tiba-tiba hatiku terdetik
Kenapa kat tingkap ada nama Kak Cik...?


c/o... Dahulu hidupku seekor tikus masjid
Tiap malam asyik je nak berwirid
Mengejar cita-cita paling mulia
Menjadi tikus betina solehah...

Sekolah tiap hari memang aku tak senang
Kejab-kejab ada aje orang intai ikut lobang
Terpaksa aku harus berhenti sekolah
Sebab  awek asyik nak ambik gambar...
 
Tengoklah awek tu, aku cakap main-main
Baru tegur sikit dah toleh tempat lain
Tadi ambik gambar aku - ikut celah lobang
Sekarang merajuk...ambik gambar bayang...

Cita-citaku nak jadi orang kaya... Ooiiii...!!
Dulu ku susah sekarang kaya gila
Dulu naik basikal sekarang pakai kereta
Tahun depan beli kapalterbang pula....




RKA03


Raja 'Alim Raja Di-Rindu…

Assalamu’alaikum,

Selang beberapa hari selepas DYMM Tuanku Muhriz dimasyhurkan menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 29 Disember 2008, RKA berkesempatan berbual dengan mantan Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Yang Berbahagia Ustaz Zaidi selepas beliau menyampaikan ceramah kuliah subuh di Surau Ibnu Khaldun, LH. Dalam perbualan itu Ustaz Zaidi menceritakan tentang kezuhudan YM Tuanku, dari bagaimana YM Tuanku menjaga solatnya hinggalah kepada hidang-santapannya yang sentiasa dipastikan halal dan bersih.

RKA terpegun dan bermula dari saat itu RKA “jatuh cinta” dan memasang azam untuk berjumpa dan kalau boleh memeluk baginda tuanku.

Masa berlalu namun angan dan kerinduan untuk bertemu YM Tuanku tetap segar dalam sanubari RKA. Kerinduan ini pernah RKA ceritakan kepada seorang sahabat baik YM Tuanku yang juga jiran baik RKA di LH, iaitu En. Mohd. Ghazi. Beliau mempelawa RKA bersolat Jumaat bersama YM Tuanku kerana inilah satu-satunya peluang terbaik RKA untuk bertemu YM Tuanku secara dekat.

Alhamdulillah, pada hari Jumaat 30hb Ogos 2013 yang lepas RKA bersama anak RKA, Raja Muhammad Al-Baihaqi (Muhammad) berpeluang menyertai rombongan Di-Raja bersolat Jumaat di Masjid Al-Firdaus, Melang, Kuala Pilah. Rombongan bertolak dari Istana Hinggap, Seremban lebih-kurang pukul 12.45 tengahari dan sampai di Masjid Al-Firdaus, Melang sejurus sebelum azan zuhur berkumandang. Rombongan kami disertai oleh lima orang Polis Pengiring Bermotosikal dan 8 kereta termasuk 1 kenderaan rasmi YM Tuanku.
Sekali lagi RKA bersyukur kerana selain terpilih untuk bersama dalam satu rombongan YM Tuanku, dapat pula bersolat Jumaat satu saf dengan baginda. Alhamdulillah...

Selesai solat rombongan kami terus ke Istana Seri Menanti untuk makan tengahari bersama YM Tuanku. Selepas makan RKA dan Muhammad diperkenalkan kepada YM Tuanku oleh En. Mohd. Ghazi. Kami sempat berbual pendek dan bergambar sebelum YM Tuanku berangkat pulang ke Istana Hinggap di Seremban untuk urusan baginda yang selanjutnya.

Pertemuan singkat tapi manis itu insyaALLAH akan terus kekal dalam ingatan RKA. RKA doakan semoga ALLAH SWT lanjutkan usia YM Tuanku dan limpahkan rahmat serta kurniakan kesihatan yang baik ke atas YM Tuanku, keluarga serta kerabat YM Tuanku. 

Raja 'Adil Raja Di-Sembah
Raja 'Alim Raja Di-Rindu…
Daulat Tuanku 

RKA03
Rombongan kami memasuki perkarangan Masjid Al-Firdaus Melang, Kuala Pilah sejurus sebelum azan zuhur

Muhammad tak lepaskan peluang berposing di hadapan kereta rasmi Raja kesayangannya, DYMM Tuanku Muhriz...

Polis Pengiring Bermotosikal

DYMM Tuanku Muhriz mengatur langkah menuruni tangga Masjid Al-Firdaus Melang

YM Tuanku sempat berbual mesra dengan para jamaah sebelum memasuki kenderaan rasmi baginda untuk berangkat pulang ke Istana Hinggap, Seremban

 Hidangan di Dewan Santapan...

Curi-curi ambil gambar Muhammad dalam Dewan Santapan Di-Raja

Bergambar kenangan bersama DYMM Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir, Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan ke-11

Jumpa sahabat lama RKA, En. Jaafar Pengarah Bomba Kuala Pilah (rakan sePing-Pong RKA)

Dari Mata Tangga...


Dari mata tangga yang paling atas
Abah berdiri dan melihat
Dua tubuh, adik dan kakak merengkok kesejukan
Ditinggal selimut yang diterterajangkan tadi malam
Sementara kipas siling berpusing ligat tak reti bahasa
Meratah tubuh kecil anak-anak abah yang belum ada dosa

Bukankah anak-anakku kedinginan...?

Bodoh...! 
Berhentilah dari mendinginkan pengarang-jantungku...!!

Di tengah malam hujan lebat di luar yang bising menghentam dinding
Abah perlahankan kipas dan menebar cadar perca kain kasa
Menutupi tubuh anak-anak abah dari kedinginan dinihari yang membisa...

Abah bunuh nyamuk yang menyibuk
Abah sepak kelkatu yang berpusu
Ahh... Pergi jauh dari anak-anakku
Jangan sesekali ganggu anak-anakku...
Sebagaimana aku, yang tidak pernah mengganggu anak-anakmu...!

Tidurlah anak-anakku kerana subuh lambat lagi
Nanti kita bangun berwuduk dan berjamaah lagi
Dikesempatan yang sedikit ini
Sebelum abah selamanya pergi
meninggalkan mata-mata tangga ini
di suatu hari nanti......


Abah 
21 Syawal 1434



Buta Dalam Cahaya...


Berpuluh email menerjah mail box
Membawa seribu firman dan sabda
Petunjuk siratulmustaqim
pada aku yang selalu lupa

Cahaya terang benderang
Menyuluh lorong lurus tidak bercabang
Ditunjuk jalan tak bersilang
Tapi kaki tetap nak ke longkang...

Kenapa hati terus keras menyusun tapak?
Melangkah gugup memikir rentak
Bersuluh tapi masih tak nampak
Berpimpin... tapi ke longkang jugak kaki memijak!

Ya ALLAH Ya Tuhan ku
Celikkanlah mata hati ku
Dalam menyusuri jalan berliku
Mencari cahaya petunjuk dan inayahMu

RKA03



Tazkirah Syawal - RKA dan Kerisauannya

Assalamu’alaikum wbh…

Perasan tak Ramadhan kali ni waktu berbukanya agak berbeza sedikit dari Ramadhan2 sebelum ini… Kalau di Seremban bermula dari hari pertama puasa sampailah 4 hari sebelum raya waktu berbukanya pukul 7.27pm…tidak berganjak walaupun seminit…!!! Dah nak dekat Syawal barulah waktu berbuka di Seremban berganjak seminit awal, iaitu dari 7.27pm ke 7.26pm… seingat RKA pada tahun 2005, masa mula-mula berulang-alik KL-SBN dulu waktu berbuka di awal Ramadhan ialah pukul 7.17pm dan berganjak +-20 minit awal hingga ke pukul 6.57pm bila nak dekat Syawal… Kenapa dan mengapa jadi macam tu RKA tak pasti…mungkin ini perkara biasa tapi apapun sama2lah kita berdoa agar ALLAH SWT kurniakan keselamatan dan kesejahteraan kepada kita serta keluarga, agama, bangsa dan negara kita…dan semoga ALLAH SWT pelihara dan lindungi kita serta keluarga dari gangguan syaitan dan manusia yang berjiwa syaitannirrojim…

Satu lagi… dah berpuluh tahun RKA dengar perkataan “Ramadhan & LailatulQadar”…dan berpuluh tahun jugalah RKA biarkannya berlalu begitu sahaja tanpa sebarang usaha..Leka seleka-lekanya... Leka diulit mimpi dunia sehingga tidak sedar membiarkan Ramadhan berlalu sia-sia…

Apakata bermula saat ini kita pasang azam untuk cari dan kejar LailatulQadar di Ramadhan tahun hadapan (dan tahun-tahun seterusnya…) sebab manalah tahu itu Ramadhan terakhir kita… Tak dapat semua, dapat “serpihannya” pun jadilah…Alhamdulillah…sekurang-kurangnya kita ada usaha dan termasuk dalam golongan orang yang pernah berusaha (ke arah itu)…itu jauh lebih baik dari bertakbir meliuk-lintuk, syahdu-sendu-pilu di pagi Syawal sedang Ramadhannya sia-sia, kosong tanpa pengisian dan tak mendapat apa-apa…(ya ALLAH ruginya hamba…)

Wallahu’alam

Ma’assalamah wa ilalliqaq…

RKA03

RIAK...

Assalamu'alaikum, apa habaq...? ....habaq baik... (RKA tolong jawabkan...sebab memang itu yang RKA harapkan...semoga sahabat semua sentiasa dalam keadaan sihat walafiat...)

Genap 1 tahun 5 hari RKA tak menulis. Nie entry pertama sejak publish entry terakhir kurang-lebih 370 hari yang lalu. Ramai jugak yang tanya mana entry baru... RKA senyum je... kalau RKA cerita tak semua orang akan faham... Nak kata sebuk memang la sebuk...tapi sebenarnya lebih kepada takut RIAK... riak dah memang lama bertahta dalam hati. Susah betul nak buang...

Bila buat entry nak pilih gambar yang hebat-hebat je... gambar yang tak best simpan... mengarang cerita nak yang best-best je, yang tak best simpan... pendek kata buat entry nak "me-nge-bat" je kerja nya... RIAAAK MANJANG...!!!

Lepas publish entry tunggu orang komen... kalau takde orang komen jauh di sudut hati terasa macam orang tak sudi baca pulak... bila orang komen - kena jawab... kang tak jawab takut sahabat kecik hati pulak... lepas tu tunggu orang puji...padahal dah tahu maksud Alhamdulillah tu sebenarnya "Segala puji tertentu bagi ALLAH..." tapi masih nak menunggu pujian jugak...

Haiiii.... asyik gituuuu je lah...sampai bila...?

Kadang-kadang rasa sedih sangat bila tak dapat layan sahabat blogger yang setia, yang sanggup luangkan masa baca dan komen blog RKA nie... macam tnhj al-LAVENDARI, USTAZ RAZAK, AANAS, MILOAIS, KAKCIK SEROJA, JEJAKA DESA dan ramai lagi... tapi nak buat macamana, separuh masa RKA habis atas jalan... suku lagi - tepi jalan... dan suku lagi - bawak anak-isteri jalan-jalan...

Mana ada can...?!!

Last-last RKA buat keputusan berhenti blogging...! dan beri tumpuan kepada anak-anak yang nak peksa penting tahun nie... Alhamdulillah Muhammad dah habis UPSR semalam... tinggal anak sulung RKA (my beloved RPNF) pulak nak SPM hujung tahun nie... mintak doa semoga ALLAH SWT kurniakan kejayaan yang besar kepada kedua mereka atas usaha dan kerja keras mereka selama nie... dan untuk sahabat-sahabat mereka juga... insyaALLAH...

Itu sekadar lauhan hati atas apa yang RKA rasa dan alami selama nie... untuk sahabat lain teruskanlah berkarya...dan elakkan berdosa dalam berkarya...

Akhirkata dari RKA... Selamat Hari Raya Aidilfitri... Mohon Ampun Maaf Zahir dan Batin... Sanggul bonggol unta - 500 tahun jauh dari syurga... (ada hadithnya nie... cer tanya ustaz...)


Cerita Raya - 1

Muhammad nyenyak tido masa berhenti sahur kat Hentian Sebelah Tanjung Malim...
Sampai Kodiang lebih-kurang kul 11 pagi Isnin, sehari sebelum raya...
Rumah mertua RKA nun kat hujung petak sawah yang sedang menguning...
Jelapang padi Pak Lang Cin...
Pokok asam jawa tumbang pulak...
Muhammad bergaya sebelum solat Aidilfitri bermula... sempoi je surau kitorang, serba sederhana dan seadanya...
Semua kat kampung nie bukan orang lain... sedara-mara & adik-beradik kami je... Memang meriah beraya di kampung, dapat pulak bertakbir dengan Pak Lang Cin (pak mertuo den la...) alahai bestnya... (minggu dopan balik Johor ziarah keluargo bolah RKA pulak insyaALLAH...)
Saat paling dinanti oleh Muhammad... Alhamdulillah boleh la simpan buat ke Mekah... insyaALLAH
Pemandangan sebelah petang kampung mertua RKA di Kodiang...

(BERSAMBUNG - INSYAALLAH...)


Kek Lapis Ixora... Terbaek...

Assalamu'alaikum wbh...

Kali nie RKA nak perkenalkan Kek Lapis Ixora atau kek lapis berempah (Betawi) home made, keluaran sahabat baik RKA, Encik Salleh dan isterinya Puan Mas yang tinggal di Taman Ixora Senawang NSDK.

Tak silap RKA ini raya kali yang ke 8 RKA order kek lapis nie dengan usahawan suami-isteri yang gigih nie. Selain rasanya yang lazat RKA TAK PERNAH RAGU AKAN KEBERSIHAN DAN STATUS HALALNYA kerana RKA kenal sahabat RKA nie sebagai seorang yang menjaga amal.

Kalau sahabat-sahabat semua berminat bolehlah hubungi beliau di no. 019-6625776 (En. Salleh) atau 019-6506427 (Puan Mas)

KEK LAPIS IXORA
RAMUAN : TEPUNG, TELUR, REMPAH, MENTEGA DLL.
SAIZ : 8" x 8" x 2"
BERAT : 1.3 kg
HARGA : RM65.00

RKA rasa harganya berpatutan sebab beratnya lebih 300 gram dari pengusaha lain. Ini kerana menurut En. Salleh kek lapis ini bertambah lazat jika saiznya bertambah tebal. Tempahan boleh dibuat untuk jamuan atau apa saja majlis sebelum, semasa dan selepas raya...

RKA doakan semoga perniagaan sahabat RKA nie bertambah maju dan diberkati ALLAH SWT sentiasa... Amin... insyaALLAH...


MERAJUK...MERAJUK...MERAJUK...

Tak main ler merajuk-merajuk...



Assalamu'alaikum wbh...

Opp...oop... oop... Jangan salah faham... bukan RKA yang merajuk tapi lebih 2 bulan menyepi nie RKA berhadapan dengan beberapa kes orang merajuk. Kesemuanya tak dayo RKA nak pujuk. Sepatah kata oghang nogori... "POKOK KEK KAULAH JANG...!!"

Tapi sebelum RKA teruskan omelan, RKA susun sepuluh jari, nak mintak ampun... nak mintak maaf kepada semua sahabat dan saudara-mara yang singgah kat sini, di atas KEMENYEPIAN (istilah apa pulak nie) RKA selama hampir 2 bulan setengah nie. Terimakasih banyak sebab sudi singgah walaupun tuan punya blog tak sempat singgah ke blognya sendiri.

Sebenarnya bermula pertengahan Mei lepas "kepakaran" RKA diperlukan oleh sahabat RKA di opisnya kat menara Keck Seng, Jalan Bukit Bintang dan dalam masa yang sama Rukun Tetangga taman RKA lantik pulak RKA jadi pengerusi untuk Majlis Hari Keluarga yang diadakan pada hari Sabtu 23hb Julai yang baru lepas nie, kemudian ditutup pulak dengan jamuan untuk para AJK dan para dermawan malam semalam di sebuah restoran dalam hutan belantara di Jalan Bukit Putus.

Bayangkan betapa penat dan letihnya RKA selama 2.5 bulan nie...!!! Habis kerja kat opis kul 5.30, ambik bas ke KLCC. Dari KLCC jalan kaki pulak ke Menara Keck Seng. (terpaksa jalan kaki beb, sebab jalan jam teruk area tu, kalau naik teksi kena RM20.00...!!!) Buat kerja kat situ sampai pukul 9.40 malam. Pastu berkejar pulak ke Puduraya untuk dapatkan bas terakhir untuk balik ke Seremban. Sampai Seremban pukul 11.30 pm berkejar ke markas RT untuk meeting hari keluarga pulak. Macam tulah hampir saban malam selama 2 bulan setengah nie...!! (Meeting kena buat tengah malam sebab itu je masa yang RKA ada...)

YA ALLAH sengsaranya rasa badannnnn... tapi nak buat macamana, semua tu tanggungjawab yang dah diletakkan kat atas bahu RKA dan untuk tidak mengecewakan semua sahabat dan JIRAN YANG TERSAYANG "terpaksalah" RKA lupakan sementara "kesengsaraan" yang RKA "hidapi" tu.

Alhamdulillah, dengan mendapat khidmat nasihat dari otai-otai LH (seperti Cikgu Mat, THJ Al-Lavendari, En Ghazi, Hj Rashid dll...) dan dgn bantuan AJK yang sangat komited kami berjaya mengadakan satu sambutan Hari Keluarga yang dikatakan sebagai terbaik setakat ini. (orang kata ehkk... bukan RKA kata...) Dan dengan tamatnya jamuan makan malam untuk AJK malam semalam (yang menyaksikan THJ AL-Lavendari menyumbangkan 3 lagu dengan suaranya yang merdu) maka dengan rasminya RKA meletakkan jawatan sebagai pengerusi dan menjadi ahli biasa seperti sebelumnya.

Ok, cukup takat nie cerita hari keluarga... Berbalik cerita merajuk pulak... Alahai... mudahnya kamu merajuk... silap sikit merajuk... silap sikit tak datang... silap sikit tak singgah... silap sikit tak sudi jengah... kita nie hidup bukan lama sangat Bro. Tak payahlah nak baran-baran... tak payahlah nak sensitif sangat sampai fasal benda-benda kecik pun nak berjauh hati sampai putus sahabat - putus saudara.

Kita bukannya hebat sangat... Dan kita memang tak hebat langsung... Tengok keindahan dunia ciptaan ALLAH SWT pun dengan bantuan kanta sesentuh/kanta pelekap... Baru ALLAH lebihkan gula dalam darah dah kelam-kabut cari ubat kencing manis... baru ALLAH lebihkan garam dalam darah dah ke hulu ke hilir cari pucuk hempedu bumi...

Mintak maaf bercakap, RKA perhatikan kebanyakkan orang merajuk nie biasanya orang tempatan, maksud RKA orang yang beli rumah berdekatan dengan kampung halaman masing-masing. Tak kiralah kat mana... kat taman RKA ke, taman orang lain ke... kat Congo ke... kat Mongolia ke... Turkmenistan ke...sama jer... Iya la kan, kalau apa-apa hal berlaku kampung halaman korang dekat. Rumah Pak Long sepelaung-duo, rumah Pak Ngah setapak cumo, Ombong ado, Ochu ado, rumah Bang Chik pun dokek - anytime boleh datang tolong. Tak payah harapkan jiran tetangga yang takde pertalian darah nie...

Itu KAMU... tapi AKUUUU...!!!?? (Ooppsss... ehmmm...ehmmm... maafkan saya....) Tapi RKA...? Macamana dengan RKA...? RKA orang Johor Bahru, isteri pulak orang Kodiang, Kedah - sempadan Perlis... duduk membangsat (merantau - dalam bahasa Kedah) kat Seremban... adik-beradik jauh di mata, mak dan pak mertua jauh nunnnn di Kodiang, mak dan abah sendiri dah lama pergi mengadap ILLAHI... Ada takde JIRAN-JIRANLAH adik beradik RKA kat sini. JIRAN-JIRANLAH saudara-mara RKA kat sini... kalau apa-apa hal insyaALLAH jiran-jiranlah orang pertama yang akan sampai menghulur bantuan...

HABIS KALAU DAH SEMUA PAKAT MERAJUK...??!!!

RKA ingat tukar je la nama taman kepada Taman Merajuk Fasa 5 ke, Taman Merajuk Fasa 7 ke... besok kalau Pak Long tanyo, "Hello, apo alamat rumah kau Jang... Pak Long dah start enjin keto nie...?"

"No. 18003, Jalan Merajuk 17/2A, Taman Merajuk Fasa 9...
Alaaa... Sonang yo Pak Long, lepas simpang Giant masuk kanan, pastu masuk kiri, pastu kiri lagi, pastu terus sikit sampai jumpa trafficlight masuk kanan... pastu kiri, lepas selekoh nampak kubur cina masuk kiri... pastu masuk....

...hello... hello... hello Pak Long.... Laaaaaaaa... MERAJUK KO...??!!! "


Sambal Belacan Asam Kalenda

Assalamu'alaikum wbh...
Pernah tak tengok buah ni...? Orang Kodiang panggil buah Asam Kalenda dan benihnya RKA import dari rumah mertua RKA di Kodiang. Ini kali keempat pokok yang RKA tanam tepi laman rumah RKA ni berbuah. Kali ni lebih lebat dari biasa... Ada lebih kurang 347 biji kesemuanya (jangan percaya, RKA hentam je..heheee...)

Kalau tengokkan rupanya memang boleh meleleh air liur tapi rasanya mak oii... masam kedarok (sepatah kata orang Johor). Burung pun tak sanggup nak makan (kecuali burung mengandung sulung...)
Warnanya yang merah menyala mencantikkan laman sempit rumah RKA... memang sesuai untuk dijadikan pokok hiasan... tapi AWAS... durinya panjang, bercabang dua, tajam dan sangat berbahaya kepada perahu-perahu kecil...!!
Geram tengok kaler dia...
Tak pernah pulak RKA tengok depa masak buah nie, kalau ada pun makan dengan garam-belacan + cili api (cabai melaka) dan sedikit gula... tapi biasanya dibiarkan begitu saja atas pokok atau jatuh ke tanah tanpa jasa...
2 minggu lepas RKA tak boleh tahan... ambik tapis dan "tuai" buah asam nie... (konon-konon macam tuai anggur kat kampung RKA di selatan Belarus tu...)
Buah asam kalenda tu RKA bersihkan dan tos... Lepas tu termenung sekejab... nak buat apa pulak dengan asam nie...? Dibuang sayang dimakan masam...
Last-last dapat idea... ambik cili api sikit, belacan Klebang sikit + ikan bilis... maka terhasil lah Sambal Belacan Asam Kalenda... RKA rasa Chef Wan pun tak pernah buat resepi nie... nie boleh dikira signature recipe RKA la nie... hehee
Selebihnya RKA bubuh garam dan gula, masukkan dalam botol - buat jeruk...

kan ALLAH SWT dah berfirman,
"TIDAKKU JADIKAN SESUATU ITU SIA-SIA..."

HEBAT ALLAH, KAN...?

MAAFKAN RKA...

Bersama Andrew Park di Malampaya SWP Platform Philippines



Assalamu'alaikum wbh...
Alahai sodih'ea hati eseh ni ha... baru nak berkonalan dah BLOGGERdotcom buek hal pulak...

RKA nak minta maaf kepada semua yang singgah dan beri komen kat blog RKA nie lebih-lebih lagi pengunjung entri Rumah Semi-D (Sempena Hari Ibu)... Hampir semua komen dalam entri ini hilang tanpa dapat kesan...! Bukan RKA buang tapi hilang...!!!

RKA sempat balas semua komen tu sebelum BLOGGERdotcom "kiok" semalam... Ralat sangat-sangat... RKA harap sahabat semua tidak berkecil hati dengan RKA...
Bagaimanapun RKA ucapkan terimakasih kepada semua sahabat yang sudi singgah terutama sekali kepada Tuan Haji Al-Lavendari (klik sini) yang linkkan cerita RKA dalam blog beliau yang power tu...

MAAFKAN RKA sekali lagi...

Rumah Semi-D (Sempena Hari Ibu)


RUMAH SEMI-D (SEMPENA HARI IBU)

Baru seminggu pindah rumah baru
Hati emak seronok Tuhan je yang tahu
Mana nak sangka belajar takat menengah satu
Dapat pulak beli rumah besar macam tu

Lantai mar-mar berkilau-kilauan
Dari dapur memancar-mancar sampailah ke depan
Perabut baru abah dah belikan
Perabut lama bagi kat kawan-kawan

Atap genting kelabu pekat
Silingnya pulak kuning pucat
Dinding baru cat berkilat
Warna pilihan beige nak dekat coklat

Habis semua sudut emak hias
Dari pagi ke petang asyik mengemas
Yang kanan ke kiri, yang bawah ke atas
Semuanya emak pastikan cantik walaupun ringkas

Emak tersenyum sampai ke petang
Tengok rumah cantik penat pun hilang
Tapi adik pulak pantang ada peluang
Dapat je pensil mulalah nak membilang...!

Adik pulak baru pandai mengeja
Di mana ada tempat lapang di situ jadi mangsa
Kadang-kadang adik tulis entah apa-apa
Sampai kakak sakit perut tahan ketawa...!!

Emak selalu marah kat adik
Sebab pensil kakak panjang dah jadi pendek
Tapi adik pulak akalnya cerdik
Bila emak kejar terus lari masuk bilik...!

Selalu jugak emak pesan kat kakak
Jangan biarkan adik conteng rumah baru emak
"Kalau adik conteng rumah baru emak...,
Emak pukul adik sekali dengan kakak...!!"

Suatu hari emak balik dari pasar
Kakak menjerit sampai tekak nak terkeluar
"Emaakkk... adik conteng bilik luar...!"
"Habis tu kenapa engkau biar...??!"

Kakak tengok emak betul-betul marah
Emak capai rotan yang tersangkut kat bilik abah
Barang-barang yang dibeli emak biarkan bersepah
Emak cari adik yang belum tahu erti susah

Emak cari adik dengan rotan kat tangan
"Kalau aku dapat teruk aku kerjakan...!!"
Kakak tengok timbul rasa kasihan
"Emak, kalau jumpa adik janganlah diapa-apakan..."

"Ahhh... engkau apa tahu...?!!
Celik-celik mata mintak duit nak beli buku
Engkau tahu tak betapa susahnya aku dulu...
Jangankan rumah banglow, rumah kos rendah pun belum tentu...!"

"Emak... kesiankanlah kat adik
Dari tadi menangis tunggu emak balik
Janganlah dipukul, janganlah dijentik
Kalau dinding kotor nanti kami bersihkan balik..."

Emak tak hirau rayuan kakak
Dengan hati yang marah teddy bear atas lantai emak sepak
Cadar dan langsir semuanya emak selak
Rupa-rupanya adik sembunyi dalam kotak...!

"Oooo... kat sini rupanya engkau sembunyi ya...?
Orang jerit panggil kau buat-buat pekak je...
Mana satu tangan yang suka buat kerja sia-sia...?
Meh sini aku pukul, biar dia rasa...!!"

Emak pulas telinga kakak dan adik tarik masuk bilik
Emak suruh kakak tunjuk mana satu dinding yang dah jadi tak cantik
Kakak rasa menyesal sebab tadi dialah yang ajar adik
Kakak dapat rasakan lepas ni teruklah diorang kena titik...!!

Sampai dalam bilik kakak tunjuk dinding yang adik conteng
Emak terdiam sampai kakak dan adik naik pening
Tadi emak marah sangat sampai suara macam kucing
Kali ni mata emak berlinang tengok tulisan adik kat dinding...!

Emak peluk adik dan kakak dengan perasaan yang sebak
Sebab marah adik dan kakak tanpa periksa, tanpa semak
Kat dinding adik tulis "SELAMAT HARI IBU, KAMI SAYANG EMAK,
Daripada anak-anak emak, ADIK DAN KAKAK...!!!"

Airmata emak tak tertahankan lagi
Berjurai bergenang membasahi pipi
Barulah kini emak sedari
Betapa berharganya kasih-sayang anak daripada RUMAH SEMI-D...



SELAMAT HARI IBU

By: RKA 2002




 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 RKA instinct |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.